Anda di halaman 1dari 2

MATEMATIK dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah yang khas untuk

mempelajarinya.

Isi kandungannya juga sangat berturutan iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi tuntutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah. Ini menjadikan ia satu subjek yang berat, susah lagi membosankan, tambah dengan tanggapan kononnya orang Melayu memang semulajadinya sukar menguasai ilmu itu. Mitos-mitos inilah yang menyebabkan segelintir masyarakat kita menerimanya sebagai satu kenyataan apabila di kalangan pelajar Melayu itu tidak menguasainya ebih menyedihkan apabila Islam sering digambarkan sebagai agama yang mundur dan dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmuKenyataan itu bukan saja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah. !ejarah membuktikan betapa dunia Islam melahirkan banyak sarjana Islam dan ilmu"an Islam yang cukup hebat dalam bidang masing-masing termasuk matematik. !alah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para cendekia"an ilmu"an Islam ialah mereka tidak sekadar menguasai satu bidang ilmu malah penemuan dan penciptaan mereka inilah yang telah dijadikan rujukan #arat. $akikatnya, kehidupan seharian kita itu sendiri sememangnya telah dipayungi dengan ilmu-ilmu matematik. %ontohnya, celik sahaja mata, pengiraan masa telah menjadi aspek utama dalam merencanakan rutin harian kita pada hari itu dan seterusnya. Kebijaksanaan seseorang itu dalam pengurusan masa menatijahkan kehidupan harian yang sempurna. #ertitik-tolak daripada situ, sememangnya bidang matematik tidak boleh dipandang enteng, lebih-lebih lagi di kalangan orang Islam. &erkara itu ditegaskan oleh &embantu &enyelidik di &usat &engajian !ains Matematik, 'akulti !ains Matematik, (ni)ersiti Kebangsaan Malaysia *(KM+, Muhammad Ikh"an A,lan dalam satu pertemuan bersama Mega, baru-baru ini. Malah pemuda yang berusia -. tahun itu yang juga pensyarah separuh masa &rogram uar Kampus, (ni)ersiti Teknologi Mara *(iTM+ dalam subjek ogik

Matematik dan Teknik &embuktian turut terpanggil membetulkan salam faham yang dibimbangi akan sebati dalam pemikiran orang Melayu, sekali gus menjadi satu kerugian besar.

/Matematik sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka kebanyakan orang. /Mungkin kerana imej yang selalu dipaparkan oleh media mengenai orang matematik yang berkaca mata tebal, berper"atakan aneh dan lemah dalam bersosial mematikan minat sesetengah orang untuk dikaitkan dengan matematik. /Mungkin juga kerana frasa-frasa seperti subjek ini susah, habislah kau kena ambil matematik, atau hafal sahajalah rumusan ini kerana memang tidak akan boleh faham punya, membuatkan matematik yang pada hakikatnya tidaklah sesukar mana, menjadi satu beban psikologi, lalu betul-betul menjadi sukar,/ ujar Muhammad Ikh"an yang kini antara jurulatih &asukan 0limpiad Matematik Antarabangsa. #agi menjelaskan adakah seorang yang tidak baik penguasaan dalam matematik merupakan noktah untuk mereka berjaya atau menguasai bidang ini, kata Muhammad Ikh"an, jika noktah yang dimaksudkan itu adalah berhenti langsung daripada menekuni matematik dan tidak mahu ada kaitan langsung dengan sesuatu yang mempunyai sifat matematik, sudah tentulah tidak "ajar. Katanya, perlu pula dikenalpasti apakah pula yang dimaksudkan 1tidak baik1 dalam penguasaan matematik itu. Adakah tidak baik disebabkan markah peperiksaannya rendah2 Atau bagaimana2 Adakalanya seseorang itu menyangka dia 1tidak baik1 dalam menguasai sesuatu bidang ilmu atau kemahiran, namun tanpa disedarinya dia sebenarnya mempunyai kebolehan yang tersembunyi yang belum dikenali lagi. /!ebenarnya, matematik bukan terhad kepada apa yang ada di dalam buku teks. Matematik adalah satu disiplin berfikir yang jelas, yang meliputi banyak aspek kehidupan dan ke"ujudan.

Anda mungkin juga menyukai