Anda di halaman 1dari 2

Pelaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT) Fasa 2 Kepada Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan (PPP) Tahun 2017

NBOS Summit pada 17 Jun 2016 telah memberi mandat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Malaysia Blue Ocean
Strategy Institute (MBOSI) untuk melaksanakan BOSOT dalam perkhidmatan awam yang melibatkan
seramai 200,000 penjawat awam(Gred 41-54) mulai tahun 2016 sehingga 2017. Seramai 20,000
penjawat awam dilibatkan pada tahun 2016 (Fasa 1) dan 180,000 orang pada tahun 2017 (Fasa 2).

2. Bagi pelaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training tahun 2017, Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) adalah sebagai ambassador@ministries yang bertanggung jawab untuk menyelaras dan
memantau pelaksanaan BOSOT kepada 89,550 orang PPP di KPM seluruh negara iaitu di;

Bahagian KPM;

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN);

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); dan

Sekolah

3. Semua PPP yang terlibat AKAN;

menerima e-mel pemakluman yang mengandungi ID, Kata Laluan dan Token dari MBOSI;
atau

boleh menyemak nama masing-masing melalui SPLKPM (Modul Individu); atau

akan dimaklumkan oleh Penyelaras BOSOT di Bahagian, JPN, PPD dan sekolah.

4. Pelaksanaan BOSOT ini adalah secara berperingkat yang mana PPP mesti menyelesaikan
kursus secara online berdasarkan ketetapan berikut :

Bil Zon/Negeri Tarikh/Masa

1. Zon 1 1 April hingga 30 April 2017

WP Putrajaya

WP Kuala Lumpur

Selangor

2. Zon 2 1 April hingga 30 April 2017

Johor

Melaka

Negeri Sembilan
3. Zon 3 1 Mei hingga 30 Mei 2017

Perak

Pulau Pinang

Kedah

Perlis

4. Zon 4 1 Mei hingga 30 Mei 2017

Terengganu

Kelantan

Pahang

5. Zon 5 1 Jun hingga 30 Jun 2017

Sarawak

Sabah

WP Labuan

5. PPP yang terlibat juga boleh memuat turun TATACARA MULA KURSUS yang disertakan.

Anda mungkin juga menyukai