Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) APPAR

50350 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN
BADAN BERUNIFORM
(PENGAKAP)
TAHUN 2016

TARIKH TENTATIF
29 & 30 APRIL 2016

TEMPAT
PUSAT KOKURIKULUM, KUALA LUMPUR

DISEDIAKAN OLEH:
PN.G.PADMANY
Naib Setiausaha Perkhemahan,
SJK(T) Appar.
PERKHEMAHAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) APPAR
50350 KUALA LUMPUR
TAHUN 2016

1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti tradisi yang dianjurkan oleh unit kokurikulum
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Appar. Pada kebiasaannya, penyertaan adalah terbuka kepada
pelajar-pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6. Ia akan diadakan di Pusat Kokurikulum, Kuala Lumpur pada 29
April hingga 30 April 2016.
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui
penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum
untuk menyeimbangkan tahap social mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh
mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk member pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang
perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji
ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat
kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran
dengan positif.
Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan
mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan
pembangunan Negara yang mampan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1 Tarikh yang dirancang ialah 29 April 2016 –30 April 2016
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT
5.1 Pusat Kokurikulum, Kuala Lumpur.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


6.1 Jumlah peserta: 40 orang. (pelajar Tahun 3, 4, 5 dan 6 )
(Sila rujuk LAMPIRAN 1)
6.2 Jumlah guru yang terlibat:13 orang guru
7.0 FASILITATOR
7.1 Pegawai-pegawai di Pusat Kokurikulum dan guru-guru SJK(T) Appar akan
mengendalikan program sepanjang perkhemahan ini.

8.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk LAMPIRAN 2

9.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn.K.Peramah (Guru Besar)
P.Pengerusi : Pn.S.Chittra (GPK Kokurikulum)
N.Pengerusi1 : Pn.P.Aiyana Devi (GPK Tadbiran & Kurikulum)
N.Pengerusi2 : Pn..A.Vimala (GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Cik.Revathi (Penyelaras Perkhemahan)
N.Setiausaha : Pn.G.Padmany
Bendahari : Pn.Sheila
AJK : Pn.U.Punithuati
: Pn.S.Punitha
: Pn.Logambigai
: Pn.Siti Maisarah
: Cik.Selvasiamala
:En.Naresh
: Pn.Nagavalliamal
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2016

BI PERKARA KUANTITI JUMLAH


L
1 HEMPER 8 X RM 60.00 RM 480.00
2 BARANG KEPERLUAN 40 ( MURID ) RM 320.00
PERKHEMAHAN Kutipan
Dari Murid
3 SARAPAN PAGI 60 X RM 3.00 RM 180.00
RM 1200
4 SIJIL PENYERTAAN 40 X RM 1.00 RM 40.00
5 ALAT TULIS 40 X RM 4.50 RM 180.00
6 MASAKAN ( MAKANAN & MINUMAN ) 60 ( MURID & GURU ) RM 500.00 SUWA
RM500
JUMLAH RM 1700.00

SUMBER KEWANGAN.
KUTIPAN DARI MURID (40 X RM30.00) - RM 1200.00
WANG SUWA - RM 500.00
JUMLAH - RM 1700.00
11.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancer dan berkesan. Semoga
segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Kami guru-guru dan murid-murid tahap 2 sekolah ini amat berbesar hati dan
berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan oleh pegawai-pegawai di Pusat Kokurikulum
demi menjayakan program kami ini. Kami juga amat menghargai seluruh warga sekolah, terutama
Guru Besar yang telah memberikan kebenaran dan sepenuh kerjasama bagi menjayakan program
yang telah dirancang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………….. ………………
(PN.G.PADMANY )
Naib Setiausaha
Program Perkhemahan
SJK(T) Appar, KL

Disahkan oleh,

………………..

Anda mungkin juga menyukai