Anda di halaman 1dari 5

SJK(T) APPAR

JLN MERPATI OFF JLN


RAJA LAUT, 50350 KL

LAPORAN

KELAB RUKUN
NEGARA

2016
LAPORAN KELAB RUKUN NEGARA 2016
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) APPAR, KL.

Tempoh: Bulan Januari sehingga Oktober 2016


Tempat: SJK(T) Appar, Kuala Lumpur.

PENAUNG : PN. K.PERAMAH

PENASIHAT : PN. S.CHITTRA

PENYELARAS : PN. G.PADMANY

PENGERUSI : HAIRUL SHAFEEQA

TIMBALAN PENGERUSI : NUR AZLINA

SETIAUSAHA : VESHNAVI

PENOLONG SETIAUSAHA : CHERAN

BENDAHARI : SHAKTIESVAR

AHLI JAWATANKUASA : THARVEENESH (TAHUN 3)

DURGA DEWI (TAHUN 4)

ATIQAH (TAHUN 5)

ASSAFREEN (TAHUN 6)

Kelab Rukun Negara telah dijalankan dari bulan Januari sehingga bulan Oktober 2016
pada setiap hari Rabu sewaktu masa Ko-Kurikulum di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Appar, Kuala Lumpur.
Matlamat utama Kelab Rukun Negara ini adalah untuk memperkenalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara dan memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara
kepada murid-murid sekolah ini. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyubur dan
mempertingkatan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma
kehidupan dan untuk menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup
yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu,
berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
Sepanjang tahun ini, pelbagai aktiviti di peringkat sekolah telah dijalankan bagi
mencungkil bakat murid-murid ini. Antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan adalah:
a) Pertandingan menyanyi lagu NegaraKU.
b) Pertandingan melafaz ikrar dalam dwibahasa
c) Sejarah Rukun Negara
d) Melukis peta minda mengenai negeri-negeri.
e) Membuat “Book Mark’
f) Kuiz mengenal tempat-tempat bersejarah.
g) Pertandingan mencipta jalur gemilang.
h) Pertandingan menyanyi lagu-lagu partiotik
i) Mencari harta karun
j) Pertandingan makanan tradisional
k) Aktiviti 1 Malaysia
l) Pertandingan pakaian tradisional
m) Pertandingan Inovasi mencipta jalur gemilang
n) Kuiz Rukun Negara

Dalam pelbagai aktiviti ini, aktiviti seperti melafaz ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu
“NegaraKu” dijadikan aktiviti rutin setiap perjumpaan untuk menyemarakkan rasa kecintaan
pada Negara. Murid juga dilatih untuk menulis Rukun Negara tanpa kesalahan ejaan. Berikut
merupakan beberapa aktiviti yang dijalankan.

Pertandingan pakaian tradisional


Pemberian hadiah untuk pemenang pertandingan pakaian tradisional

Murid melafaz ikrar pada setiap hari Isnin

Pertandingan melukis peta minda dalam kumpulan

Di samping itu, murid juga diperkenalkan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara dan
dijelaskan dengan teliti mengenai maksud setiap prinsip Rukun Negara. Murid juga telah
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang dapat memupuk mereka kearah kepentingan
Rukun Negara, pemimpin-pemimpin Negara dan dapat menyemai rasa cinta terhadap bangsa
dan negara.Dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sebegini, guru dapat memupuk semangat
patriotisme dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan murid.
Aktiviti- aktiviti yang dirancang pada tahun ini telah berjalan dengan lancar seperti yang
dirancang pada awal tahun. akhir sekali, saya selaku penyelaras kelab Rukun Negara
mengucapkan terima kasih kepada bahagian pentadbiran sekolah atas sokongan dan tunjuk
ajar yang diberikan. Kami berharap agar kelab ini akan dapat bergerak dengan lebih aktif pada
tahun akan datang.

Laporan disediakan oleh,

………………….
(PN.G.PADMANY)
Penyelaras Kelab Rukun Negara

Anda mungkin juga menyukai