Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KUIZ KEMERDEKAAN
(NILAM) @ RUMAH
TAHUN 2021

ANJURAN:
PUSAT SUMBER
1.0 PENDAHULUAN
Pengetahuan sejarah amatlah penting untuk diserapkan dalam jiwa murid-murid bermula
daripada peringkat sekolah rendah. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Melalui penerapan pengetahuan sejarah ini, murid-murid dapat mengetahui
sejarah negara kita seterusnya dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi
dalam kalangan murid-murid terutamanya pada peringkat sekolah rendah. Maka
Pertandingan Kuiz Kemerdekaan diadakan bagi memupuk minat membaca dan
semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid SJK (C) Chee Wen.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.
2.2 Merangsang murid dalam membaca dan mengetahui sejarah negara.
2.3 Mempertingkatkan pengetahuan am murid dan KBAT melalui pembacaan
informasi yang tepat dan maklumat yang sahih.
2.4 Membentuk disiplin dan sahsiah dalam kalangan murid.

3.0 ANJURAN DAN KELOLAAN


Pusat Sumber Sekolah (Nilam )

4.0 SASARAN
Semua murid

5.0 PELAKSANAAN
TARIKH : 7 Disember 2021
MASA : 30 minit (mengikut kelas masing-masing)
TEMPAT : Di rumah masing-masing

6.0 AKTIVITI
6.1 Terbuka kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
6.2 Guru-guru kelas mempamerkan link Kuiz Kemerdekaan (Google form) di google
classroom masing-masing.
6.3 Murid-murid menjawab kuiz dalam masa yang ditetapkan (30minit).
6.4 Bagi setiap kelas, lima murid yang mendapat markah tertinggi akan mendapat
hadiah.
7.0 PERUNTUKAN PERBELANJAAN
7.1 PUNCA KEWANGAN: Peruntukan Pusat Sumber Sekolah
7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN:

Bil Perbelanjaan Harga seunit Kuantiti Jumlah


1 Tahun 1 RM 4.50 40 RM180.00
Pelitup muka saiz S
(8 kelas x 5 hadiah )
2 Tahun 2 RM 4.50 35 RM157.50
Pelitup muka saiz S
(7 kelas x 5 hadiah )
3 Tahun 3 RM 4.50 45 RM202.50
Pelitup muka saiz S
(9 kelas x 5 hadiah )
4 Tahun 4 RM 4.50 40 RM180.00
Pelitup muka saiz S
(8 kelas x 5 hadiah )
5 Tahun 5 RM 4.50 35 RM157.50
Pelitup muka saiz
S(7 kelas x 5
hadiah )
6 Tahun 6 RM 4.50 45 RM202.50
Pelitup muka saiz S
(9 kelas x 5 hadiah )
Jumlah RM1080.00
besar

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


8.1 Penasihat :
Pengerusi :
Naib Pengerusi 1 :
Naib Pengerusi 2 :
Naib Pengerusi 3 :
Penyelaras Program :
Setiausaha :

8.2 Hakim-hakim Pertandingan Kuiz Kemerdekaan


- Guru-guru kelas masing-masing

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancear dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan di dalam program ini dapat
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Disediakan oleh, Disemak Oleh,

................................................... …………………………….

Guru Media Penolong Kanan


Kurikulum

Diluluskan oleh,

.....................................................
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai