Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT,

JALAN 4/10 SEKSYEN 4, BANDAR BARU BANGI


SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS CADANGAN

KECERIAAN MELUKIS MURAL


2021

TARIKH:

22 NOVEMBER 2021

ANJURAN:
PUSAT SUMBER SEKOLAH

1
KERTAS CADANGAN

MELUKIS MURAL
SMK JALAN EMPAT 2021

1.0 PENGENALAN
Projek melukis mural merupakan salah satu program keceriaan yang
akan dijalankan oleh sebilangan pengawas Pusat Sumber yang telah dipilih oleh guru Pusat
Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat bagi membina semangat kerjasama dan
bergotong-royong dalam diri murid serta membentuk sahsiah yang seimbang dari segi intelek,
rohani dan sosial.
Maka, kertas kerja ini mengandungi objektif dan perincian program yang bakal
dijalankan.

2.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan di akhir aktiviti keceriaan ini, para peserta dapat:
2.1. Memupuk semangat kerjasama dalam diri dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan.
2.2. Memupuk minat untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan tugasan.
2.3. Memupuk semangat untuk sentiasa menceriakan dan sayang akan sekolah
2.4. Menerapkan nilai murni dalam kalangan pelajar tentang kebersihan dan
keceriaan sekolah.
2.5. Meningkatkan motivasi diri pelajar untuk bekerjasama mencapai malamat
program.
2.6. Membentuk sahsiah diri pelajar yang terpuji.

3.0 GURU TERLIBAT


Guru Pusat Sumber

4.0 TEMPAT
1. Blok Seri Pujangga (Laluan tangga menuju ke Pusat Sumber)

2
2. Dinding Kaunter Sirkulasi

5.0 PELAN TINDAKAN


Langkah Aktiviti
1 - Mengenalpasti kandungan mural iaitu kemahiran yang perlu dimiliki
oleh pelajar sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2 - Menyediakan peralatan mengecat dinding seperti berus dan cat
dinding.
- Mengecat semula dinding mural.
3 - Menyediakan peralatan melakar dan mengecat seperti cat pelaka dan
berus.
- Melakar kandungan mural pada dinding selepas cat pada dinding
telah kering.
- Mewarna kandungan mural secara berperingkat
4 - Memperbaiki hasil mewarna mural
5 - Membuat refleksi dan menulis laporan

6.0 JADUAL WAKTU AKTIVITI


Hari/Masa Aktiviti

Isnin/ - Berkumpul
8.00 – 4.30 - Pengagihan tugas
ptg - Mengecat latar belakang
- Minum petang

Selasa/ - Sarapan pagi


8.00 – 4.30 - Melakar rangka mural
ptg - Mewarnakan mural
- Makan tengahari

3
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH
1 CAT (PELAKA)
- Putih 5 RM15.00 x 5 RM75.00
- Kuning 5 RM15.00 X 5 RM7500
- Merah 5 RM15.00 X 5 RM75.00
- Biru 5 RM15.00 X 5 RM75.00
- Hijau 5 RM15.00 X 5 RM75.00
- Hitam 5 RM15.00 X 5 RM75.00
- Ungu 5 RM15.00 X 5 RM75.00
(botol)
2 CAT DINDING (undercoat)
Putih 3 RM200.00 x 3 RM600.00
CAT SIMEN (7 Liter) 3 RM80 x 5 RM400.00
(tong)
3 PERALATAN MENGECAT
i. Sarung tangan 20 RM8.50 RM 170.00
ii. Berus (2.5”) 10 RM10.00 RM100.00
iii. Berus (3”) 10 RM14.00 RM140.00
iv. Bekas cat 10 RM4.00 RM40.00

4 MAKANAN 10 RM5.50 RM 55.00


5 MINUMAN 10 RM3.00 RM 18.00
6 DOKUMENTASI RM 50.00
7 BANNER RM 250.00
8 3D MIRROR WALL STICKER 41 RM 5 X 41 RM 205.00
9
JUMLAH RM 2553.00

8.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini membantu para pelajar menghayati dan memahami
penjagaan kebersihan di sekolah dan dapat menerapkan nilai murni dalam jiwa pelajar. Pelajar
juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mereka semasa aktiviti dijalankan
selain meningkatkan daya saing dalam diri mereka. Tambahan pula, keceriaan sekolah semakin
meningkat dengan adanya khidmat masyarakat ini serta dapat memotivasikan para pelajar
untuk hadir ke sekolah. Semoga program ini berjalan lancar seperti yang dikehendaki oleh para
guru di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

4
Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………….. …………………….
HANILAH BINTI RAMLI ROSMAWATI BINTI KAMARUDIN
Guru Perpustakaan dan Media Penolong Kanan Kurikulum
SMK Jalan Empat SMK Jalan Empat
Bandar Baru Bangi Bandar Baru Bangi
15 November 2021 15 November 2021

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Karnival Pusat Sumber

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Karnival Pusat Sumber

Ulasan:

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

DATIN WAN NOR ASHIKIN BINTI ABU KASSIM


Pengetua Cemerlang
SMK Jalan Empat

5
Bandar Baru Bangi
19 November 2021

Anda mungkin juga menyukai