Anda di halaman 1dari 3

x

KERTAS CADANGAN

Sudut Bacaan
“Jungle Theme “
SK Seri Bonus

Unit Keceriaan Sekolah


1.0 PENDAHULUAN

Sebagai sebuah sekolah yang menitik beratkan kemenjadian murid, SK Seri


Bonus maju selangkah ke hadapan dengan mewujudkan satu sudut bacaan
bertemakan hutan yang kreatif dan interaktif bagi melahirkan anak murid yang
minat membaca.Projek kecil ini merupakan salah satu pencetus kepada usaha
melahirkan golongan murid yang suka membaca , cintakan buku,
berpengetahuan dan berpandangan luas melalui pembinaan sebuah sudut
bacaan yang interaktif. Melalui projek kecil ini, murid-murid dapat
meluangkan masa mereka untuk menjalankan aktiviti membaca yang lebih
bermanfaat di samping menikmati keselesaan suasana sudut bacaan yang
disediakan.

Sudut bacaan Interaktif yang dirancang ini akan berlokasi di tepi dewan dengan
bertemakan Hutan dan alam semulajadi.Hal ini adalah untuk menarik perhatian
murid untuk singgah membaca bagi menyemarakkan lagi semangat serta minat
membaca di kalangan murid-murid sekolah .Ianya juga bertujuan untuk mengisi
masa lapang murid sementara menunggu ibubapa menjemput mereka

2.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan peranan Unit keceriaan sebagai sebuah unit yang membantu


kecemerlangan pelajar melalui aspek menyediakan sebuah sudut dan ruang
bacaan bagi murid
2. Memupuk budaya dan menyemarakan minat membaca dalam kalangan
murid SK Seri Bonus
3. Menyediakan ruang membaca yang interktif dan berinfomatif

3.0 SASARAN

1. Ruangan kosong di sudut belakang dewan terbuka

4.0 PELAKSANAAN

10 ogos 2022 hingga 31 ogos 2022

5.0 AJK PELAKSANAAN

PENASIHAT : DATIN MALIHAN BINTI DATO MUSTAFA

(GURU BESAR SK SERI BONUS)

PENGERUSI : ENCIK MAZERUL B. hj MOHAYUDIN

(GURU PK HAL EHWAL MURID)


PENYELARAS : pn FATIN AMEERA BT AHMAD SHUKRI

(PENYELRASS KECERIAAN SEKOLAH )

SETIAUSAHA : PN NORAFIDAH BT BASARUIN

6.0 . ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

BI PERKARA KUANTITI JUMLAH KOS


L
1. Cat air 1 liter x 5 tin 5 Tin x1 liter Rm 137.00
2. Cat pelaka 1 kg x 3 warna RM 59.70
3. Rumput Hiasan 2M x 5 M RM459.00
4. Pokok Hiasan RM 333.27
5 Jaring PVC (15mm) 4M x RM9.00 RM 36.00
6 Upah Lukis RM 200.00
Jumlah Besar RM1224..97

7.0 PENUTUP

Projek Kecil pembinaan Sudut Bacaan Interaktif ini diharap dapat mencapai objektif
dan matlamatnya. Selain itu, diharapkan semua kemudahan dan keceriaan yang
disediakan dapat menggalakkan budaya membaca untuk meningkatkan
penguasaan bahasa melayu dan bahasa inggeris dalam kalangan murid melalui
penyediaan bahan – bahan bacaan dalam bahasa melayu dan bahasa
inggeris.Seterusnya menjadikan murid SK Seri Bonus murid yang suka membaca
dan berilmu pengetahuan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................... .............................................. ...................................


Penyelaras Unit Keceriaan PK Hal Ehwal Murid Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai