Anda di halaman 1dari 5

Kertas Konsep

1. Tajuk:

“Lorong KBAT” Menjadi Laluan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Dalam
Membudayakan KBAT dalam diri warga SMK Kuala Penyu.

2. Latar Belakang

Sejajar dengan hasrat pendidikan di dalam Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (2013-2025) untuk menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang mampu
melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu mengembeleng tenaga
membangunkan negara pada masa akan datang. Justeru itu, dengan adanya platform ini
sebenarnya membuka ruang lingkup yang luas kepada pendidiakan di negara kita. Justeru
itu tercetusnya idea penaiktarafan lorong merupakan usaha yang berterusan dalam
penyebaran maklumat dan meningkatkan pemahaman warga SMK Kuala Penyu terhadap
peri pentingnya pengaplikasian KBAT secara menyeluruh di kalangan warganya. Ia diharap
mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran
KBAT kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, penjaga dan komuniti sekitarnya.

3. Asas Pertimbangan

Di Malaysia, percubaan yang lebit eksplisit untuk mengajar kemahiran-kemahiran pemikiran


di sekolah telah bermula sekitar tahun 1993 dan di maktab-maktab perguruan pada tahun
1994. Namun, sehingga sekarang terdapat kajian yang menunjukkan bahawa tahap
kemahiran pemikiran pelajar-pelajar tidak ada pada tahap yang dihasratkan. Sebilangan
besar pelajar kita tidak dapat membuat interpretasi maklumat yang lebih kompleks dan
gagal menunjukkan keupayaan berfikir bagi mengenal pasti strategi penyelesaian yang
sesuai serta mempamerkan proses kognitif aras tinggidalam penyampaian keputusan.

Guru-guru umumnya memahami kepentingan mengajar kemahiran-kemahiran pemikiran


berfikir aras tinggi kepada pelajar-pelajar. Namun, mereka menghadapi kesukaran
melaksanakan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam kelas. Antaranya
kegagalan menerapkan kemahiran pemikiran aras tinggi di kalangan guru-guru mungkin
disebabkan kelemahan dalam penguasaan teori-teori dan konsep-konsep asas yang
berkaitandengan kemahiran berfikir. Ramai guru juga kurang pengetahuan dan pengalaman
berkenaan dengan pelbagai pendekatan, strategi, teknik dan alatan untuk
mengajarkemahiran berfikir aras tinggi oleh golongan fasilitator yang berkebolehan serta
pengalaman.
4. Objektif Lorong KBAT
Secara umum, dengan adanya “Lorong KBAT” ini bertujuan meningkatkan kompetensi
para warga sekolah dalam pengaplikasian dalam kehidupan dengan menggunakan
pemikiran beraras tinggi. Objektifnya termasuk:
a. Diwujudkan sebagai wadah dan sudut pengajaran dan pembelajaran merentasi
kurikulum di dalam KBAT
b. Membantu pelajar menjana fikiran mengenai ruang luas memahami konsep KBAT
secara total.
c. Memberi pendedahan tentang maklumat perkara yang berkaitan dengannya .

5. Rasional

Sejajar dengan itu, kewujudan sudut khas untuk program sebegini menjadi keperluan
sebagai pusat informasi dan rujukan sampingan yang memastikan momentum
penyebarannya berkekalan setiap masa. Memandangkan kekangan bagi menyediakan bilik
khas, lokasi yang sedia ada terletak di laluan ke kantin dan ruang legar. Ianya difikirkan
sesuai kerana menjadi tumpuan pelajar untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk laluan ke
kantin, berkumpul, Kelas Seni Visual dan sebagainya. Bagi memenuhi kriteria pemarkahan,
beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti ruang pidato, ruang aktiviti, bahan
pameran serta pengurusan fail. Ruangan ini mampu memberi manfaat kepada pelajar
bukan hanya bagi mendapatkan informasi malah aktiviti-aktiviti lain yang menambah nilai
dalam proses pembelajaran mereka.

6. Kumpulan Sasaran

Seluruh warga sekolah dan komuniti sekitar secara amnya, dan khususnya kepada pelajar-
pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah.

7. Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan

Sepanjang bulan September sehingga Oktober tahun 2021

8. Cadangan Aktiviti

1. Membuat mural

2. Menempah banner

3. Menambahbaik lorong
9. Lokasi lorong KBAT

10.Jawatankuasa
 Penasihat: Encik Mohd Fuad Bin Abu Bakar
 Pengerusi: En Abu Bakar Sani
 Penyelaras: Encik Asbar Bin Baba
 Ahli Jawatankuasa:

Semua Jawatankuasa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Semua jawatankuasa Pembelajaran Abad Ke 21
11.Kewangan

Peruntukan kewangan akan disediakan oleh JPN Sabah.


12.Perbelanjaan Bil

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


01. Banner 1 Unit 350
02. Karpet 20 Meter 350
03. Cat 10 Liter 120
04. Papan Lapis Playwod 5 Unit 100
05. Berus cat 5 Batang 40
06. Paku simen 3kg 30
06. Kertas pasir 10 helai 10
Jumlah RM 1000.00

Disediakan oleh:

(ENCIK ASBAR BIN BABA)


Penyelaras Program “Lorong KBAT”

Disemak dan diluluskan oleh:

(TUAN MOHAMMAD FUAD BIN ABU BAKAR)


Pengetua SMK Kuala Penyu

Anda mungkin juga menyukai