Anda di halaman 1dari 4

SK BUKIT JALIL

KUALA LUMPUR

PROGRAM BIJAK BERBICARA

ANJURAN BERSAMA
UNIT KURIKULUM, UNIT KOKURIKULUM &
PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
SK BUKIT JALIL KUALA LUMPUR
PENDAHULUAN

Bijak berbicara merupakan salah satu teknik penyampaian idea yang sudah lama
diamalkan oleh kebanyakan tempat di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Bijak
berbicara sama ada Bijak berbicara, syarahan dan bercerita merupakan satu cara
penyampaian hujah dan idea yang direct kepada audian yang sememangnya masih lagi
di amalkan sehingga ke hari ini. Kebaikan Bijak berbicara adalah, ia boleh maelatih kita
menjana idea yang bernas dan membolehkan kita menjadi insan pemikir yang berpotensi
untuk mengubah suatu keadaan kepada suatu keadaan yang baik dengan mencari isu dan
penyelesaian.

Bijak berbicara juga mampu menjadikan kita seorang yang pakar menggunakan bahasa
dan fasih dalam menggunakan bahasa yang digunakan. Oleh yang demikian, unit
kurikulum dan unit kokurikulum berhasrat untuk mengadakan sesi pendedahan kepada
murid tentang Program Bijak Berbicara dengan memanggil motivator iaitu saudara
Badrul Sani seorang motivator terkenal dan pengacara Rancangan Adik-adikku anjuran
RTM.

Ilmu Bijak Berbicara adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan
pengasahan minda agar menjadikan sesutu bangsa itu bertrampilan dan berjaya.
Kewibawaan diri dapat ditonjolkan dek kerana keyakinan dan kepetahan meluahkan bait
perkataaan yang memukau pendengaran dan minda di hadapan khalayak ramai. Ianya
berdasarkan rinsip fatonah (kebijaksanaan), amanah (kejujuran), tabligh (menyampaikan)
dan siddiq (kebenaran) serta ukhwah (pertalian). Maka Bijak Berbicara yang
diperjuangkan di sini sangatlah berkesan di dalam era masa kini.
OBJEKTIF

1. Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada murid


supaya berani untuk berBijak Berbicara, bersyarah dan bercerita.
2. Memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan supaya
kreatif dan inovatif dalam berbicara.
3. Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan serta mencungkil
bakat mereka.

2. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 25 Mei 2017

Masa : 10.30 pagi 12.30 tengah hari - (Slot sesi pagi)

1.00 tengah hari 3.00 petang (Slot sesi petang)

Tempat : Dewan terbuka SK Bukit Jalil

3. SASARAN

Muird tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 SK BUKIT JALIL seramai
1300 orang.

4. SUMBER KEWANGAN
1. Dana PIBG segmen Kurikulum
2. Dana PIBG segmen Kokurikulum

5. ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Penceramah Slot pagi - RM 800
2. Penceramah Slot petang - RM 800
Jumlah = RM 1,600
6. PENUTUP

Unit Kurikulum dan Kokurikulum SK Bukit Jalil mengharapkan program ini akan
memberi impak yang positif kepada murid-murid di sekolah ini. Bijak Berbicara
merupakan seni pengucapan dan ungkapan fikiran di khalayak umum dengan memakai
bahasa yang indah untuk memikat dan memukau audiens untuk terus mendengar apa
yang diperkatakan. Bijak Berbicara dan pengucapan adalah tunggak kepada lahirnya
sebuah masyarakat yang berkeyakinan, bertrampilan, berwibawa dan mampu
mengeluarkan hujah dan idea berkesan bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang
berjaya.

Bijak Berbicara juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai
dikalangan kita masih menganggap kebolehan ini satu keistemewaan warisan yang
diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

" Mempelajari ilmu Bijak Berbicara itu bukanlah suatu kemahuan tetapi merupakan
suatu perkara penting di abad ini. Seperkara yang berteraskan kemahuan tidak bertahan
lama namun suatu perkara yang berteraskan keperluan akan terus kekal."

Kesimpulannya setiap induvidu yang normal boleh Bijak Berbicara sekiranya diberi
peluang mengenali dan mempelajari kemahiran ini. tersebut secara terperinci dan
bersistematik.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai