Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

P R O G R A M PENGGALAKAN KESENIAN

‘SENI UNTUK SEMUA’

BIDANG: SENI VISUAL


(BENGKEL PENGHASILAN KRAF BATIK GAM )
SEKOLAH RENDAH

ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

DIKELOLAKAN OLEH:
SK (LKTP) KERATONG 4, ROMPIN, PAHANG
1. PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu mata pelajaran penting di sekolah
rendah yang bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Lanier (1976)
berpendapat seni adalah satu bentuk pendedahan terhadap pengalaman estetika yang
mempunyai nilai intrinsik dan beberapa keperluan kearah membuat sesuatu justifikasi.
Ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat
Pendidikan Seni Visual iaitu untuk melahirkan insan yang berperibadi mulia dan
harmonis. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini
melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan dan reka bentuk dalam pebagai jenis seni visual dan membolehkan
mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia
membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita
rasanya sendiri.

Batik merupakan salah satu kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau
Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan
kehalusan seni tekstil yang tinggi. Di sekolah rendah, seni batik sukar untuk dijalankan
dalam aktiviti Pendidikan Seni Visual kerana kekangan alat dan bahan mencanting
serta faktor keselamatan dalam pengendalian alat dan bahan dalam kalangan murid-
murid sekolah rendah. Sehubungan itu, bengkel penghasilan batik menggunakan
media gam ini diperkenal dan dilaksanakan berhasrat untuk mencipta keseronokan
dan mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan melalui olahan penggunaan bahan
yang lebih mudah didapati dan dikendalikan oleh murid-murid sekolah rendah. Selain
itu, bengkel ini turut bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan
kraf tangan batik yang merupakan salah satu kraf Malaysia yang sangat berharga
serta merupakan warisan sepanjang zaman yang patut dikekalkan untuk tatapan
generasi yang akan datang.

2. OBJEKTIF

Adalah diharapkan melalui program ini, peserta dapat:


i) Mengenali asas seni lukis dan k o n s e p teknik resis yang digunakan dalam
aktiviti penghasilan batik.
ii) Menambah pengetahuan dan pengalaman murid terhadap aktiviti seni bidang
membuat corak dan rekaan penghasilan batik.
iii) Meneroka dan mengaplikasi kepelbagaian alat dan bahan dalam
penghasilan karya batik teknik resis.
iv) Menzahirkan apresiasi terhadap hasil karya.
v)Memupuk nilai kerjasama, keyakinan diri, disiplin, tanggungjawab dan
patriotisme.
3. BUTIRAN AKTIVITI

a. Tarikh : 20 Oktober 2023


b. Hari : Jumaat
c. Sasaran Peserta : 140 orang (murid tahun 5 dan 6)
d. Tempat : Dewan Sri Cempaka, SK (LKTP) Keratong 4

4. TENTATIFPROGRAM

TARIKH / HARI MASA PERKARA

7.30 pagi Pendaftaran

7.45 pagi Aluan pengerusi


Bacaan doa
Ucapan perasmian bengkel

20 8.00 pagi Bengkel Slot 1:


Oktober 2023 Pengenalan teknik resis
(Jumaat) 8.30 pagi Bengkel Slot 2:
Pengenalan alat dan bahan

9.00 pagi Bengkel Slot 3:


Penghasilan Batik - Melakar dan menerap gam

10.00 pagi Rehat

10.30 pagi Bengkel Slot 4:


Penghasilan Batik - Mewarna batik

11.30 pagi Bengkel Slot 4:


(Apresiasi seni)

12.00 Penutupan bengkel & bersurai


tengahari
5. AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Penasihat : En. Yunus bin Mohamed Ali Fiah


(Guru Besar SK LKTP Keratong 4)
Pengerusi : Tn. Hj. Zafiros bin Ramlan
(GPK Kokurikulum SK LKTP Keratong 4)
Setiausaha : Pn. Nurul Nazila binti Abu Hassan
(Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual SK LKTP Keratong 4)
Bendahari : Pn. Norazlina binti Kamaludin
(Pembantu Tadbir SK LKTP Keratong 4)

AJK Pengelola

(i) AJK Pendaftaran & Sijil : Norrihan binti Mat Nor


(ii) AJK Persiapan Tempat : Zamri bin Yusoff
(iii) AJK Multimedia dan Siaraya : Mohamad Syukur bin Mahat
(iv) AJK Dokumentasi : Siti Sumarni binti Sujono
(v) AJK Peralatan / Bahan : Rosnani binti Mat Ali
(vi) AJK Hadiah/ Cenderamata : Khadijah binti Abdul Jalil
(vii) AJK Kawalan Peserta : Tahun 5 - Nur Hanisah binti Mahzan
Tahun 6 - Hannul Asyiqin binti Mohamed

**Senarai AJK boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian semasa


6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Jumlah (RM)

1. Alat dan Picagari 10ml RM 100


bahan Gam PVA RM 100
Akrilik RM 150
Kain kapas putih RM 50

2. Saguhati RM 10 x 1 0 peserta RM 100


peserta Saguhati diberikan kepada peserta
yang menghasilkan karya yang
baik dan aktif sepanjang bengkel.

JUMLAH RM 500
7. PENUTUP

Diharapkan semoga aktiviti bengkel kraf batik ini dapat memberi ilmu pengetahuan serta
kemahiran baru kepada para peserta berkaitan teknik resis dan seni batik. Bengkel yang
dianjurkan juga diharapkan mampu mengukuhkan penghayatan dan rasa cinta peserta
terhadap seni kraf warisan yang menjadi lambang jati diri bangsa serta seterusnya dapat
memulih dan memelihara seni kraf warisan daripada terus pupus serta dilupakan
khususnya oleh generasi muda.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NURUL NAZILA BINTI ABU HASSAN) (ZAFIROS BIN RAMLAN)


Ketua Panitia PSV
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK (LKTP) Keratong 4
Setiausaha JK Pengelola SK (LKTP) Keratong 4
Program Penggalakan Seni Untuk Semua Pengerusi JK Pengelola
Program Penggalakan Seni Untuk Semua

Disahkan oleh:

(YUNUS BIN MOHAMED ALIFIAH)


Guru Besar
SK (LKTP) Keratong 4
Penasihat JK Pengelola
Program Penggalakan Seni Untuk Semua
LAMPIRAN - Contoh Hasil Karya

Motif Fauna

Motif Flora

Motif Geometri

Anda mungkin juga menyukai