Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

Projek Menaik Taraf Sistem Jaringan &


Baik Pulih Komputer
SK SERI BONUS

Pada :
16-18 November 2020

Tempat :
Makmal Komputer SK Seri Bonus

0
1.0 PENDAHULUAN

Bangunan SK Seri Bonus yang baru dibuka pada March 2015 ini menjadi
simbol kebanggaan penduduk setempat.

1.1 LATAR BELAKANG SEKOLAH

SK Seri Bonus telah dibuka secara rasminya pada tanggal 9 March 2015 lalu. Ianya telah
didirikan di atas sebidang tanah berkeluasan 4.9 ekar di tengah-tengah hutan metropolitan di
antara PPR Seri Bonus dan PPR Semarak. Sebelum sekolah ini dibuka, penduduk-penduduk
PPR Seri Bonus dan PPR Seri Semarak di ulit rasa hiba kerana kesukaran untuk
menguruskan persekolahan anak-anak apatah lagi dengan kos hidup di bandar yang
mencabar. Namun, setelah sekolah ini dibuka ianya memberi harapan dan senyuman kepada
penduduk-penduduk PPR Seri Bonus dan PPR Semarak.

Di pasca Covid19 ini, sekali lagi memberi cabaran ekonomi kepada rakyat Malaysia amnya
dan kepada penduduk-penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) khususnya. Di peringkat
sekolah pula, pendedahan-pendedahan baru dunia digital dan pembelajaran atas talian
(Online Learning) semakin rancak memandangkan jadual dan aktiviti di sekolah semakin
terhad bagi mengelak penularan wabak Covid19.

Oleh itu, kertas cadangan projek ini bertujuan untuk memohon sumbangan pihak-pihak luar
agar sama-sama membantu memberi kemudahan fasilitas pembelajaran ICT yang kondusif
kepada 505 orang murid di kalangan anak-anak warga PPR Seri Bonus dan PPR Semarak
yang belajar di sekolah ini.

1
1.2 LATAR BELAKANG MAKMAL KOMPUTER

Makmal Komputer sekolah merupakan sebuah tempat yang perlu menyediakan kemudahan
Komputer lengkap dengan capaian internet merupakan medan pembelajaran maya bagi
pelajar SK Seri Bonus. Sehubungan dengan itu, keupayaan jaringan internet dan peralatan
makmal komputer adalah penting bagi menarik para pelajar dan menjadikan suasana
pembelajaran maya yang lebih kondusif.

Bagi mendepani cabaran alaf baru, sekolah telah menggalas beberapa agenda transformasi
pendidikan yang menuntut seluruh warga sekolah untuk memaksimalkan tahap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Program-program dan aplikasi-aplikasi yang
diterapkan secara langsung dalam PdPc ialah ;
1. Akademi Microsoft (Kemahiran Words dan Power Point)
2. Digital Competency Score (DCS)
3. Seminar dalam Talian (Webinar)
4. Smart School Qualification Standards (SSQS)
5. Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa)
6. Google Classroom (Quizizz, Padlet, Kahoot, Plickers, EdPuzzle, Blend Space,
Wakelet)

Menyedari hakikat ini, melalui ilham Guru Besar, Datin Malihan Binti Dato Mustafa, bersama
Unit ICT SK Seri Bonus dan guru-guru berhasrat untuk menambah baik mutu prasarana
makmal komputer sekolah dan memperkasa pembelajaran murid berteraskan komputasional.

2.0 OBJEKTIF UMUM


Menambah baik akses internet dan membaiki komputer-komputer sedia ada supaya dapat
beroperasi secara optimum.

3.0 OBJEKTIF KHUSUS


3.1 Menaiktaraf sistem rangkaian internet local area network-LAN yang rosak dan tidak
berfungsi termasuk melakukan konfigurasi semula LAN, memasang baru soket double
port faceplat CAT6 RJ45.
ATAU
Menaiktaraf sistem rangkaian internet melalui pemasangan Peranti USB Wireless
Adapter 5GHz Model : F-812AC/ USB 3.0/ 1300Mbps
3.2 Menaiktaraf Hard Disk kepada SSD beberapa buah komputer yang yang menjadi
punca komputer sering mengalami  Freezes, Reboots, atau Blue Screens of Death.

2
4.0 TARIKH CADANGAN
Tarikh yang dicadangkan ialah pada 16 November 2020. Tempoh masa yang diambil untuk
projek naik taraf ini dijangka selama 3 hari.

5.0 TEMPAT CADANGAN


Makmal Komputer SK Seri Bonus.

6.0 ORGANISASI
Penasihat : Datin Malihan Binti Dato Mustafa (Guru Besar)
Pengerusi : En Azlan Bin Desa (GPK Tadbir & Kurikulum)
Timbalan Pengerusi : En Mazerul Bin Haji Mohayudin (GPK HEM)
Pn Mimi Saliza Binti Abdul Rahman (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : En Jamiulkhair Bin Jaapar (GICT)

7.0 KOS DAN PERBELANJAAN


Oleh kerana program ini hanya mampu dilaksanakan melalui dana sumbangan pihak luar,
pelaksanaan akan dijalankan berdasarkan bersesuaian dengan jumlah kutipan yang akan
diperolehi. Kos dan perbelanjaan adalah berdasarkan salah satu di antara pelan yang akan
kami pilih iaitu :

7.1 Pelan 1

BIL DESKRIPSI TUGAS UOM TOTAL (RM)


1. Menguji dan re-terminate node sedia ada dengan (node/lot) 2 500.00
'cable tester', dokumentasi pelan lantai, re configuration X 32 buah
LAN, memasang baru soket double port faceplat CAT6 komputer
RJ45
2. Naik taraf Hard Disk kepada SSD SanDisk Ultra 250GB 32 buah 6 400.00
+ Bracket + Re Install OS dan Software komputer
8 900.00

3
atau ;

7.2 Pelan 2

BIL DESKRIPSI TUGAS UOM TOTAL (RM)


1. Memasang Peranti USB Wireless Adapter 5GHz
32 unit 1 120.00
Model : F-812AC/ USB 3.0/ 1300Mbps
2. Naik taraf Hard Disk kepada SSD SanDisk Ultra 250GB 32 unit
6 400.00
+ Bracket + Re Install OS dan Software komputer
7 520.00

7.3 Sumber Perbelanjaan


Sumbangan-sumbangan luar.

8.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan sekolah agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kejayaan program ini akan mendorong pelajar menjiwai dunia teknologi maklumat tanpa
sempadan seterusnya mempunyai minda kelas pertama.

Disediakan oleh :

……………………………………….

Tarikh :

Disahkan oleh :

……………………………………….

4
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai