Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI YONG PENG

83700 BATU PAHAT, JOHOR

KERTAS KERJA
BILIK APRESIASI SENI

DISEDIAKAN OLEH : PN.


NORIZAN BINTI ZUAINI
TARIKH : 8 FEBRUARI 2012
DISEDIAKAN OLEH : PN.
NORIZAN BINTI ZUAINI
TARIKH : 8 FEBRUARI 2012
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.0 PENGENALAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga


sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah
adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang
cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif terutamanya kawasan bilik
khas iaitu bilik apresiasi yang menjadi tempat atau wadah ilmu bagi pelajar-pelajar
menghasilkan karya. Namun bilik apresiasi seni di SK Seri Yong Peng terhad kerana
kebesaran bilik yang kecil. Justeru bilik ini di khas untuk meletakkan hasil karya yang
terbaik dan alatan seni.

Prasarana dan pengurusan bilik apresiasi seni sekolah yang kondusif menjadi
agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah
menepati cita rasa pelanggannya yakni guru dan para pelajar. Justeru,sebagai tempat
yang menjadi perhatian ramai, bilik apresiasi seni sekolah mestilah berperanan dalam
menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi
keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif
digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui
pembinaan mural akan terasa lebih mesra.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan
sumber perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi
sekolah.
2.2 Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan
murid yang ingin belajar subjek pendidikan seni.
2.3 Hasil kerja pelajar yang dipamerkan di bilik apresiasi sebagai buah
tangan /kenang-kenangan bila pelajar meninggalkan alam persekolahan
kelak.
2.4 Melatih pelajar untuk membuat bersungguh-sungguh dalam menghasilkan
karya seni kerana karya mereka akan dipamerkan di bilik apresiasi seni
2.5 Melatih pelajar untuk belajar menghasilkan karya yang terbaik.
Sebagai alternatif bidang perniagaan sekirannya mereka tidak
berkemampuan dalam bidang akademik. Pelajar dapat jadikan kemahiran
seni sebagai alternatif mata pencarian.

3.0 SASARAN
1. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual
2. Murid-murid tahun 1 hingga 6 (Hasil Karya Terbaik)

4.0 TEMPAT.
4.1 Bilik Apresiasi Seni SK Seri Yong Peng.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT:


Tarikh : April hingga November 2021
Tempat : Bilik Apresiasi Seni 2021

6.0 TEMPOH MASA.


8.00 pagi hingga 5.00 petang
7.0 Anggaran Kos Perbelanjaan.

Bil Perkara Harga Bilangan Anggaran Harga


1. Pembinaan kertas kerja dan
refleksi pendokentasian, RM0.00 0 0
Ink, kertas dan komputer
2. Berus RM2.00 4 RM8.00
Plaka, Cat Minyak RM10.00 3 RM30.00
3. Thinner RM 5.00 1 RM 5.00
Jumlah Keseluruhan RM 43.00

11.0 Penutup
Diharapkan projek bilik apresiasi seni ini dapat dijayakan dalam tempoh masa yang
ditetapkan dan memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat. Semoga segala
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ditimba semasa projek ini dilaksanakan
dapat meningkatkan kemahiran mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi dengan
baik dan berkesan sekali gus dapat mempraktikkan kemahiran ini apabila berkhidmat di
sekolah kelak.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………... …………………………………….....
(WAHIDAH BINTI IBRAHIM)
GURU, GURU BESAR
PROJEK BILIK APRESIASI SENI, SK SERI YONG PENG,
SK SERI YONG PENG. BATU PAHAT.JOHOR
LAMPIRAN 1

SEBELUM PROJEK:

KEADAAN BILIK APRESISASI SENI YANG TIDAK TERSUSUN DENGAN BAIK. INI
SUSULAN SELEPAS WABAK COVID-19 YANG MEWAJIBKAN SETIAP KELAS
MEMERLUKAN RUANG YANG BESAR.
PERCAMPURAN ALAT MUZIK DAN ALATAN PRASEKOLAH MENJADIKAN RUANG
BILIK SENI MENJADI SEMPIT. OLEH ITU, SUSUN LETAK PERABUT DAN ALATAN
PERLU DIBUAT UNTUK MENJADIKAN BILIK APRESIASI SENI INI LEBIH MENARIK
DAN MENJADI KUNJUNGAN MURID UNTUK MELIHAT KARYA TERBAIK.

Anda mungkin juga menyukai