Anda di halaman 1dari 7

SK PEKAN KENINGAU II,

PETI SURAT 1517, 89007 KENINGAU SABAH.

KERTAS KERJA
PROJEK MENAIK TARAF KECERIAAN
BENGKEL REKA BENTUK & TEKNOLOGI

ANJURAN
GURU PELATIH ( PISMP SEMESTER 6)
IPG KAMPUS KENINGAU

DENGAN KERJASAMA
PANITIA REKA BENTUK TEKNOLOGI
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN KENINGAU II
1.0 Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam
menjamin kemajuan sesebuah negara. Bengkel Reka Bentuk Teknologi
berperanan sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan untuk murid-murid di
sekolah. Oleh itu, kebersihan dan kualiti bengkel RBT ini perlu sentiasa dijaga dan
dipantau demi memastikan segala urusan berjalan lancar tanpa sebarang
halangan. Justeru, demi meningkatkan lagi tahap kebersihan, keceriaan dan
keindahan bengkel RBT di Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau II, kami guru
pelatih yang menjalani program Praktikum Fasa II di sekolah ini bercadang untuk
memfokuskan kepada perancangan dan pengelolaan projek menaiktaraf keceriaan
di bengkel Reka Bentuk Teknologi.

2.0 Matlamat
Kertas kerja ini bermatlamat untuk menaiktaraf keceriaan dan kecantikan di
bengkel Reka Bentuk Teknologi selaras dengan kriteria 3K iaitu Kebersihan,
Keceriaan dan Keselamatan di sekolah. Di samping itu, ia juga dapat memenuhi
keperluan projek untuk program Praktikum Fasa II ini. Projek ini dapat
meningkatkan keceriaan sekolah seterusnya dapat memberi input yang berkesan
kepada murid dan guru yang melalui proses pembelajaran yang berlaku di dalam
bengkel tersebut.

3.0 Objektif
a) Memenuhi salah satu keperluan projek untuk Program Praktikum Fasa II.
b) Meningkatkan keceriaan dan kebersihan di bengkel Reka Bentuk Teknologi.
c) Meningkatkan kerjasama dalam kalangan guru pelatih dan warga sekolah.
d) Memupuk nilai estetika dalam diri guru pelatih.
e) Meningkatkan kesedaran murid-murid mengenai suasana belajar yang selesa.
4.0 Aktiviti Yang Dicadangkan
a) Menaik taraf keceriaan bengkel :
i. Mengubah susun atur peralatan di dalam bengkel.
ii. Membina panel alatan.
iii. Melukis mural di pintu hadapan dan dinding bengkel.

5.0 Tarikh Pelaksanaan


18 Januari 2016 hingga 25 Mac 2016

6.0 Tempat
Bengkel Reka Bentuk Teknologi

7.0 Jawatankuasa

Penaung
Puan Nur Baya Toleng
(Guru Besar SK Pekan Keningau II)

Penasihat I & II
Encik Yusri Bin Wariso
(Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Pekan Keningau II)
Puan Zunani Binti Hamzah
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pekan Keningau II)

Guru Pembimbing
Puan Sinessah Binti Abdullah

Setiausaha
Cik Nur Zakirah Binti Mohd

Jawatankuasa Pelaksana
Cik Irfidah Binti Bakir
Cik Nurul Ain Binti Mustapah
Cik Jubaidah Binti Kaya
8.0 Jadual Perlaksanaan Projek

Bil Aktiviti Tarikh


1 a) Perbincangan bersama ahli kumpulan mengenai 25 Januari 2016
projek keceriaan bengkel.
b) Mengusulkan cadangan projek mural kepada guru
pembimbing dan guru panitia Kemahiran Hidup.
2 Menyerahkan kertas cadangan projek kepada guru 29 Januari 2016
pembimbing dan Guru Besar SK Pekan Keningau II
3 Pelaksanaan
a) Mengubah susun atur kerusi dan meja serta 03 - 04 Februari
peralatan 2016
b) Membina panel alatan di dalam bengkel 17 – 19 Februari
c) Melukis mural di dinding dan pintu hadapan 2016
bengkel 22 – 26 Februari
d) Melekatkan maklumat pada dinding 2016
01 – 04 Mac 2016
4 Pelaporan
a) Menggambar keadaan bengkel setelah projek 21 - 23 Mac 2016
keceriaan
b) Membuat pelaporan bertulis
9.0 Kos

Kos perbelanjaan bagi melaksanakan projek yang telah dirancang. Berikut ialah
perincian kos :

HARGA
BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH
SEUNIT
1. Berus 5 batang RM RM
2. Pelaka Biru 1 bekas RM RM
3. Pelaka Merah 1 bekas RM RM
4. Pelaka Kuning 1 bekas RM RM
5. Pelaka Hijau 1 bekas RM RM
6. Pelaka Hitam 1 bekas RM RM
7. Double Tape RM RM
8. Kain Lap 4 Helai RM RM
9. Gunting RM RM
10. Reben RM RM
11. Pembalut Hadiah RM RM
12. Penggantung 4 Set RM RM
13. Tali Hijau 2 Kotak RM RM
14. Pin ‘Softboard’ RM RM
15. Dawai Kokot RM RM
16. ‘Laminating Film’ RM RM
17. Kertas warna RM RM
JUMLAH

10.0 Penutup

Semoga kertas cadangan ini mendapat sokongan daripada pihak sekolah. Diharapkan
juga projek ini mampu memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah amnya dan
berupaya meningkatkan keselesaan dan keceriaan bengkel RBT yang sedia ada. Selain
itu, projek ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru pelatih
dan warga sekolah serta dapat membantu pelajar meningkatkan lagi kemahiran mereka
dalam bidang reka bentuk dan teknologi demi melahirkan individu pelajar yang kreatif
dan inovatif sekaligus menyumbang kepada kemajuan negara.

Sekian, terima kasih.

“REKA BENTUK TEKNOLOGI PEMANGKIN PELAJAR KREATIF DAN


BERINOVASI”

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

(NUR ZAKIRAH BINTI MOHD) (NUR BAYA BINTI TOLENG)


Setiausaha, Guru Besar,
Projek Keceriaan Bengkel SK. Pekan Keningau II.
Reka Bentuk Teknologi,
SK. Pekan Keningau II.

Anda mungkin juga menyukai