Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR,


KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
TRANSFORMASI MAKMAL BAHASA KE

BILIK PEMBELAJARAN ABAD KE 21

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR

SUMBANGAN : PIBG SK BANGSAR

TEMPAT : SK BANGSAR
1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Abad Ke-21 sering menjadi sebutan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Warga
Pendidikan. Semua elemen dalam pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar tertumpu kepada prasarana
dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru.

Guru perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas.Warga
pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh
Kerajaan.

Dalam menggerakkan sekolah untuk mengikuti transformasi ini, pihak sekolah ingin mewujudkan
bilik pembelajaran abad 21 sebagai penanda aras untuk bilik darjah yang lain dengan elemen-elemen yang
dapat membantu menggalakkan pembelajaran dan pemudahcaraan bercirikan pendidikan abad ke 21.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Fokus bilik pembelajaran abad ke-21 adalah pada murid, dimana mereka dapat
mengalami persekitaran sebagaimana mereka akan masuk sebagai pekerja abad ke-21.

2.2 Kurikulum kolaboratif berasaskan projek digunakan dibilik ini di mana murid dapat
membangunkan kemahiran berfikiran aras tinggi, kemahiran komunikasi yang berkesan
dan pengetahuan teknologi yang murid perlu di tempat kerja kelak nanti.

2.3 Bilik yang lengkap dari segi infrastruktur dan prasarana asas fizikal yang lengkap seperti
kerusi,meja dan media PdPc untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran abad ke 21
yang kondusif dan efektif.

2.4 Bilik pembelajaran yang cukup dari aspek sosial untuk mewujudkan bilik pembelajaran
yang sistematik dan berdisiplin.

2.5 Mewujudkan persekitaran yang memberikan galakan, motivasi dan penghargaan kepada
usaha murid-murid yang pelbagai aras melalui sudut ganjaran dan pameran hasil kerja
murid.
2.6 Menggalakkan eksplorasi, pembelajaran dan penerokaan sendirian untuk meningkatkan
pemahaman melalui sudut-sudut pembelajaran yang berlainan.

2.7 Lengkap dengan Tool Kits abad 21 untuk menggalakkan pembelajaran secara
berkumpulan seperti keperluan alat tulis, kad traffic lights dan bahan pameran.

2.8 Ruangan bilik yang dilabel dengan jelas dan teratur untuk menggalakkan pembeljaran
yang selesa, sistematik dan berkesan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melengkapi bilik darjah dengan elemen-elemen PAK21.

3.2 Menggalakkan guru-guru mengamalkan prosedur-posedur PAK 21.

3.3 Mewujudkan bilik darjah yang lebih kondusif dan bermotivasi untuk menyokong PdPc
bermanfaat.

3.4 Menambahbaikkan keadaan makmal bahasa untuk menyokong PdPc bercirikan abad 21.

4.0 SASARAN

Makmal bahasa di Sekolah Kebangsaan Bangsar


5.0 SENARAI JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR

SENARAI AHLI JAWATANKUASA


PENDIDIKAN ABAD KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR

Pengerusi :En Soharto bin Bahareen

Naib Pengerusi I :Pn Siti Maziah bt Malik

Naib Pengerusi II :Pn. Norsilah bt Dali

Naib Pengerusi III :En Ikhwan Najib bin Badar

Naib Pengerusi IV :Pn Hasmah Binti Usman

Pelaksana PAK 21 / KBAT / i-THINK :

Pn Jacinta George (BM)

Pn. Vasumathi a/p Ravintharan (MT)

En. Mani Arasan a/l Parameswaran (BI)

En. Nik Anuwar b Nik Yaacob (SN)

Bilik Bahasa :

Pn Jacinta George

Pn Nadiah Daud

En Mani Arasan a/l Parameswaran

En. Mohammad Hafis Afandi Mokhtar

Pn Wafa bt Mohd Azizan


6.0 SENARAI KEPERLUAN*

BIL PERBELANJAAN KUANTITI


Infrastruktur & Fizikal
Projector 1 unit
Cat lantai epoxy 2 tin
1 Meja berlipat 40 buah
Kain projector 3 meter
Speaker mudah alih 1 unit
Rak kasut 4 unit
Sosial
2.
Penyedian sudut pameran hasil kerja dan carta – carta ganjaran 3 banner
3. Sudut Eksplorasi 4 banner
Tool Kits (10 kumpulan )
Gam 10
Gunting 10
4.
Pensel warna 10
Pen marker 10
Bakul 10

*berdasarkan senarai semak Kelas Abad 21 PPPM untuk keperluan 40 orang murid
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN

BIL PERBELANJAAN KUANTITI ANGGARAN


Infrastruktur & Fizikal
Projector 1 unit RM 1000.00
Cat lantai epoxy 2 tin RM200.00
1 Meja berlipat 40 buah RM 800.00
Kain projector 3 meter RM 20.00
Speaker mudah alih 1 unit RM 100.00
Rak kasut 4 unit RM 60.00
Sosial
2. Penyedian sudut pameran hasil kerja dan carta – carta RM 60.00
3 banner
ganjaran
3. Sudut Eksplorasi 4 banner RM 100.00
Tool Kits (10 kumpulan )
Gam 10 RM 10.00
Gunting 10 RM 30.00
4.
Pensel warna 10 RM 100.00
Pen marker 10 RM 20.00
Bakul 10 RM 50.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 2 550.00

7.0 PENUTUP
Menjadikan satu bilik di Sekolah Kebangsaan Bangsar lengkap dengan semua elemen PAK 21
adalah satu transformasi yang akan memakan masa dan memerlukan penglibatan serta kerjasama
semua pihak. Namun jika permohonan ini dapat dipertimbangkan, bahan-bahan yang disediakan
akan dapat mewujudkan persekitaran yang lebih menyokong PdPc bercirikan PAK21. Makmal
bahasa juga dapat di tambahbaikkan untuk lebih menyokong PdPc abad 21 iaitu guru sebagai
pemudahcara dan menggalakkan penerokaan ilmu berterusan oleh anak murid.

Keperihatinan pihak tuan kami ucapkan jutaan terima kasih. Akhir kata, semoga usaha
murni ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan diberkati.

Disediakan oleh : 10 JANUARI 2019

………………………………………
(PN JACINTA GEORGE )
Penyelaras PAK 21 / MAKMAL BAHASA
Sekolah Kebangsaan Bangsar

Disemak oleh : Disahkan oleh :

………………………………………. …………………………………………

Anda mungkin juga menyukai