Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

2017

UNIT HEM (KECERIAAN)

PRPGRAM PENDIDIKAN KHAS

SK FELDA PURUN

28200 BANDAR BERA.


1.0 PENDAHULUAN
Unit Keceriaan SK FELDA Purun dengan kerjasama warga sekolah akan
mengadakan aktiviti keceriaan sempena Bulan Patriotisme bermula 21 Ogos hingga 25
Ogos 2017 bagi menyemai dan menanam perasaan cinta akan negara dalam kalangan
murid sekaligus mengingatkan murid agar mengisi kemerdekaan ini dengan perkara-
perkara positif ke arah pembangunan diri ,sekolah dan negara.Selain itu,program ini
juga diadakan bagi mengisi takwin sekolah bagi tahun 2017. Unit keceriaan akan
mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid
pendidikan khas. .Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan
pendedahan kepada murid selain menjadi pemangkin untuk memupuk hubungan mesra
dan menanam semangat patriotisme dalam jiwa masing-masing.

2.0 RASIONAL
Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan satu sambutan yang diadakan di seluruh
negara sempena merayakan tahun-tahun kemerdekaan yang telah dikecapi oleh
negara di samping mengingati jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara ini. Generasi
muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah
perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi
antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi.

3.0 TEMA
Sehati Sejiwa

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada
negara.
4.3 Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta
menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.

4.4 Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan


Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran
dan pembelajaran.

4.5 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa


pemimpin

5.0 AKTIVITI-AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

Lampiran 1

6.0 CADANGAN TARIKH

4 hb September 2017 sehingga 15 September 2017

7.0 TEMPAT

SK FELDA Purun

8.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Pendidikan Khas SK FELDA Purun

9.0 SUMBER KEWANGAN

Lampiran 2

10.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan
kelulusan daripada pihak tuan.
Disediakan oleh,

..................................
NORFAIZAH BINTI MAT DIAH
Penyelaras Program Kemerdekaan ,
PPKI SK FELDA Purun,
28200 BANDAR BERA

Di semak oleh,

………………………
SAUFILINA BINTI JURAIMI
Penyelaras Program Pendidikan Khas
PPKI SK FELDA Purun
28200 BANDAR BERA

Di sahkan oleh,

………………………
ANUAR BIN IDRIS
Guru Besar,
SK FELDA Purun
28200 BANDAR BERA
Lampiran 1

AKTIVITI KECERIAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2017

Bil Aktiiviti Tarikh Pelaksanaan Panitia/Kawasan Sasaran/Waktu

1. Pertandingan Melukis 4 September - Pendidikan Seni Murid-murid Tahap

Poster Patriotik. 9 September Visual/ 2/Matapelajaran Seni

Bilik Darjah

2. Pertandingan Mewarna 4 September – 9 Pendidkan Seni Murid-murid Tahap 1

Jalur Gemilang. September Visual/ Matapelajaran Seni

Bilik Darjah

3. Pertandingan Kelas 4 September – Bilik Darjah

Tercantik 14 September Semua murid

Pendidikan Seni

4. Pertandingan Papan 4 September – Semua Panitia Semua murid

Kenyataan Tercantik. 15 September Koridor Sekolah Bahasa Melayu


Lampiran 2
KEWANGAN
Bil Aktiiviti Kuantiti Anggaran Kos

1. Hadiah Pertandingan Mewarna Bijak (RM 3 X 10)


Pandai (RM 3 X 10) RM 60.00

2. Hadiah Pertandingan Melukis Bijak (RM 3 X 10) RM30.00


Poster. Pandai (RM 3 X 10)

3. Pertandingan Kelas Tercantik Tempat Pertama


RM 60.00 RM100.00

Tempat Kedua
RM 40.00

4. Pertandingan Papan Kenyataan Tempat Pertama RM 100.00


Tercantik. RM 60.00

Tempat Kedua
RM 40.00

5. Banner 10 keping x RM 30.00 RM 300.00

6. JUMLAH RM590.00

Anda mungkin juga menyukai