Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

KERTAS KERJA PROJEK INOVASI INTERNSHIP 2020

‘POKOK PANDAI’

TARIKH

13 MAC 2020

TEMA

‘PEMANGKIN PEMBELAJARAN BERMAKNA’

OLEH :

VALNESSA GEINA ANAK BUNDEK

GURU PELATIH PEMULIHAN IPGKRM SEMESTER 8

DENGAN KERJASAMA

GURU-GURU DAN MURID-MURID SK PANCHOR


KERTAS KERJA

PROJEK INOVASI INTERNSHIP ‘POKOK PANDAI’ 2020


PERINGKAT SK PANCHOR
‘PEMANGKIN PEMBELAJARAN BERMAKNA’

KERJASAMA
GURU-GURU DAN MURID-MURID SK OANCHOR

Tarikh : 13 Mac 2020

Tempat : Bilik Pemulihan, SK PANCHOR

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak
Pengurusan dan Pentabiran Guru besar Sk Panchor, Seremban untuk melaksanakan projek
inovasi internship yang bertajuk ‘Pokok Pandai’ dengan kerjasama para guru bersama murid
pemulihan Sk Panchor, Seremban. Pencapaian akademik murid pemulihan bergantung
kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh seseorang guru. Guru
memainkan peranan signifikan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam akademik
termasuklah sahsiah dan tingkah laku mereka. Kaedah PdP yang menggunakan BBM
berinovasi seperti ‘Pokok Pandai’ dalam pengajaran Matematik adalah satu kaedah yang
dapat meningkatkan potensi diri murid dalam menguasai pembelajaran. Justeru itu
berdasarkan model Addie, saya telah bercadang untuk mereka cipta satu inovasi bagi
membantu murid oemulihan menguasai kemahiran matematik dengan nudah. Saya sangat
berharap bahawa kertas kerja ini akan dapat diluluskan oleh pihak atasan.

2.0 RASIONAL

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran di dalam
dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat guru dan murid
pemulihan terhadap laman web inovasi yang akan dihasilkan dan seterusnya memberi
pengetahuan tentang sesuatu subjek. Murid-murid mendapat ilmu pengetahuan sambil
bermain permainan talian yang diminati oleh murid. Projek ini juga dapat mempelbagaikan
teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru pemulihan di
dalam kelas, pembelajaran aktif dan sebagainya seperti yang dihasratkan dalam
pembelajaran abad ke-21(Braills Edward, 2017). Projek inovasi ini juga dapat membantu
guru pemulihan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan
adanya bantuan mengajar subjek matematik. Selain itu, projek inovasi yang berbentuk
bahan bantu mengajar ini memudahkan guru pemukihan untuk menerangkan konsep
operasi tambah secara jelas dan nyata kepad murid-nurid. Hal ini kerana nurid dapat
membayangkan bentuk dan aspek yang terlibat dalan proses pengiraan.

3.0 MATLAMAT

Kaedah penggunaan BBM yang berinovasi amat diperlukan dan seharusnya menjadi rutin
kepada setiap guru di sekolah untuk merancang pengajaran kepada murid dalam semua
subjek. Hal ini kerana semua murid pemulihan berkeperluan kepada pengajaran yang
menarik. Justeru itu, setiap guru harus kreatif dan berinovatif merancang setiap RPH untuk
mengajar murid pemulihan agar proses PdP yang akan berlangsung menarik dan mencapai
matlamatnya. Selain itu, projek inovasi ini juga dipraktikkan untuk membantu murid
pemulihan dalam meningkatkan kefahaman, kemahiran yang terlibat serta mereka dapat
mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Projek inovasi ini
diharapkan dapat melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
berkomunikasi serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diajar
berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni.

4.0 OBJEKTIF

i. Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid pemulihan dalam subjek


matematij menggunakan kaedah ‘Pokok Pandai’ yang menarik dan berinovasi.
ii. Mengubah persepsi dan minat murid pemulihan terhadap mata pelajaran Matematik
melalui kaedah ‘Pokok Pandai’’ yang menarik dan berinovasi.
iii. Meningkatkan keberkesanan kaedah ‘Pokok Pandai’ yang menarik dan berinovasi
terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik.
iv. Melatih guru pelatih menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan,
akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
5.0 MAKLUMAT PROJEK

5.1 Nama Projek

‘Pokok Pandai’

5.2 Tema

Pemangkin Pembelajaran Bermakna

5.3 Tarikh

13 Mac 2020 (Jumaat)

5.4 Tempat

Bilik Pemuliha, Sk Panchor, Seremban

5.5 Masa

8.45 pagi – 9.45 pagi (1 jam)

6.0 ANJURAN

Guru pelatih Pemulihan IPGKRM bersama para guru dan murid pemulihan

7.0 KUMPULAN SASARAN

Guru pemulihan dan murid pemulihan.

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung : En. Mohd Rashed bin Sahroni

Guru Besar Sk Panchor, Seremban

Penasihat : En . Mohd. Amin bin Mohd. Affandi

Guru Penolong Kanan 1, Sk Panchor, Seremban

Penyelaras : Pn. Nur A’tikah binti Amran

Guru Pembimbing Internship, Sk Panchor, Seremban

Pengerusi : Cik Valnessa Geina ak Bundek

Guru Pelatih Internship Sk Panchor,Seremban


Setiausaha : Cik Valnessa Geina ak Bundek

Guru Pelatih Internship Sk Panchor, Seremban

Bendahari : Cik Valnessa Geina ak Bundek

Guru Pelatih Internship Sk Panchor,Seremban

AJK Fotografi : Cik Nur Hazwani bintu Mat Sauberi

Guru Pelatih Internship Sk Panchor,Seremban

9.0 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

Minggu Tarikh Perkara


1 24.02.2020  Mendapatkan bimbingan dan pencerahan
sehingga dengan guru mentor internship untuk
28.02.2020 pemilihan kemahiran pemulihan mata
pelajaran Matematik yang sesuai untuk
projek inovasi
 Berbincang dengan guru mentor
internship berkaitan tajuk projek inovasi
dalam pengajaran dan pembelajaran
 Menyenaraikan bahan projek inovasi iaitu
bbm yang berkaitan
2 02.03.2020  Menyediakan kertas cadangan
sehingga pelaksanaan projek inovasi PdP
06.03.2020  Persiapan dan pelaksanaan bahan
projek inovasi dan bbm yang berkaitan
dengan tajuk pilihan
3 09.03.2020  Menyediakan bbm yang berkaitan
sehingga dengan pelaksanaan projek.
13.03.2020  Mengadakan perbincangan terakhir
dengan guru mentor internship berkaitan
sebarang perancangan dan
penambahbaikan sebelum
melaksanakan projek inovasi
 Melaksanakan projek termasuk
membuat rakaman bagi memenuhi
syarat menjalankan internship dan
sebagai penilaian pihak IPGKRM
4 23.03.2020  Menyediakan laporan projek sepanjang
sehingga pelaksanaan internship
27.03.2020

10.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Barang Harga Seunit


Tanah Kompos RM 5.00
Penyiram bunga (2 unit) RM 2.00
Serampang (2 unit) RM 2.00

Biji benih (4 unit) RM1.00

Pasu bunga (2 unit) RM2.50

Sarung tangan RM3.00

Jumlah RM25.00

12.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan daripada Sk Panchor, Seremban

13.0 PENUTUP
Besarlah harapan pihak pemohon agar kertas kerja projek ini akan mendapat kelulusan
pihak pengurusan Sk Panchor, Seremban kerana projek inovasi ‘Pokok Pandai’ ini
memerlukan kerjasama berpasukan dalam kalangan murid dan guru pemulihan. Di samping
itu, menurut Rashid (2018), menyatakan bahawa pelaksanaan projek’ ini bukan sekadar
memberikan kelebihan yang tidak terhingga kepada murid pemulihan sahaja malah turut
memberikan kelebihan kepada para guru pemulihan juga dimana ia meringankan beban
guru dan seterusnya menjimatkan kos, masa dan tenaga guru. Bantuan daripada semua
pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk
menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang jitu
daripada semua pihak.

Disediakan oleh :

.........................................

(VALNESSA GEINA ANAK BUNDEK )

Guru Pelatih IPGKRM

Disemak oleh : Diluluskan oleh:

................................................... ....................................

( PN. NUR A’TIKAH BINTI AMRAN ) (EN. MOHD RASHED BIN SAHRONI)

Guru Pembimbing Internship Guru Besar

Sk Panchor, Seremban. Sk Panchor,Seremban

Anda mungkin juga menyukai