Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN LANAI

02100 KUPANG, KEDAH

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN BENGKEL
REKA BENTUK & TEKNOLOGI
SEKOLAH KEBANGSAAN LANAI
02100 KUPANG KEDAH
2017

1.0 Pengenalan
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah

melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai

wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari

persekitaran sekolah yang kondusif. Projek ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang

bersama oleh guru-guru Panitia Reka Bentuk dan Teknologi SK Lanai dengan sokongan

pihak sekolah. Dalam masa yang sama, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat

dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat

menceriakan lagi keadaan dalam bengkel serta persekitaran sekolah.

2.0 Rasional

Prasarana dan pengurus dalam bengkel Reka Bentuk dan Teknologi yang

kondusif menjadi agenda penting kepada guru-guru bagi memastikan murid dapat belajar

dalam suasana yang kondusif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk

dan Teknologi berlangsung. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa

pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru, sebagai tempat

yang menjadi tempat belajar bagi matapelajaran khususnya reka bentuk dan teknologi,

suasana dalam bengkel mestilah teratur dan menarik perhatian, supaya perkhidmatannya

digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.

3.0 Objektif

3.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat belajar yang kondusif terutama murid
yang menjalani sesi PnP Reka Bentuk dan Teknologi.
3.2 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah terutamanya Bengkel Reka Bentuk dan

Teknologi sebagai kawasan yang cantik dan indah.

3.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti

dalam melaksanakan tugas.

3.4 Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru sebagai sumbangan terhadap sekolah.

3.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara

berterusan.

4.0 Sasaran

4.1 Guru-guru Panitia Reka Bentuk dan Teknologi

4.2 Pekerja Am SK Lanai

5.0 Tarikh

Bermula pada Mei 2017 hingga November 2017

6.0 Tempat

Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi SK Lanai

7.0 Cadangan Program Keceriaan Bengkel


7. 1 Menyusun atur bengkel

7.2 Mengecat meja bengkel

7.3 Menghasilkan sudut hasil kerja murid.

7.4 Menghasilkan barangan trafic light untuk pdpc abad ke -21

7.5 Menyediakan wall art untuk hiasan bengkel.

8.0 Struktur Organisasi Induk

Penaung : En. Mohd Azilah Bin Md Lazim


(Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Rohanah Bt Sulaiman

(pk kanan pentadbiran)

Naib Pengerusi I : Pn. Habibah Bt Ismail

(Pk Hal Ehwal Murid)

Naib pengerusi II : En. Md Sobri

( Pk KoKurikulum)

Pengarah projek : Pn. Nor Azilah binti Ismail

( Ketua Panitia )

Setiausaha : Pn. Nor Zalina Bt. Talib

Ajk : En. Noor Ashikin Bt. Omar

En. Zulhilmi Bin .Harum

9.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran ) Perubahan berdasarkan program semasa

13.0 Penutup
Pihak jawatankuasa amat mengharapkan semoga program ini dilaksanakan dengan

jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta akan lebih memantapkan suasana

kondusif bengkel reka bentuk & teknologi Sekolah Kebangsaan Lanai. Perancangan

perlaksanaan projek dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan

yang melibatkan semua ahli jawatankuasa.. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan

yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan

pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar

berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.........................:................................. .........................................................

( PN. NOR ZALINA BINTI TALIB ) (PN.NOR AZILAH BINTI ISMAIL)

Setiausaha Program Keceriaan Bengkel RBT Ketua Panitia Reka Bentuk & Teknologi

Sekolah Kebangsaan Lanai Sekolah Kebangsaan Lanai

Disahkan oleh,

.................................................................

( EN.MOHD AZILAH BIN MD LAZIM)

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Lanai

Lampiran A ANGGARAN BELANJAWAN


BIL. BAHAN DAN ALATAN KUANTITI ANGGARAN
PERBELANJAAN

1. Berus lukisan kecil RM 3.00 X 5 RM15.00

2. Cat mural RM 10.00 X 6 RM 60.00

3. Polisterin board RM 3.00 X 6 RM 18.00

4 Kertas warna A4 1 Rim RM 25.00 X 1 RM 25.00

5 Plastik laminate 100 keping RM 45.00 X 2 RM 90.00

JUMLAH RM 208.00

Anda mungkin juga menyukai