Anda di halaman 1dari 20

HBEF1403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA





SEMESTER: SEPTEMBER 2011





HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN


SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SMP)






NAMA :MOHAMED MUSTAPHA KAMAL BIN OTHMAN
NO. MATRIKULASI : 641101086633001
NO. KAD PENGNEALAN : 641101-08-6633
NO. TELEFON : 013-6021625
E-MEL : mmk_64@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE
NAMA TUTOR :PUAN RASHIMAH BINTI NORDIN



HBEF1403


KANDUNGAN



I si Kandungan m/s
______________________________________________________________________________


1.0 PENGENALAN 2
2.0 ISI KANDUNGAN
2.1 Pelan Sekolah 3
2.2 Pelan Lokasi 4
2.3 Pelan Bilik Seni & Petunjuk 5 & 6
2.3.1 Huraian Pelan Lantai Bilik Seni 7
2.3.2 Huraian Bilik Seni Tekstil 9
2.4 Iklim Bilik Pendidikan Seni Visual Dari Aspek
Fizikal, Emosi Dan Sosial

2.4.1 Aspek Fizikal 10
2.4.2 Aspek Sosial 11
2.4.3 Aspek Emosi 12
3.0 ANALISIS & CONTOH BAHAN
3.1 Melukis dan membuat gambar 13
3.2 Membuat rekaan corak 14
3.3 Membentuk dan membuat binaan 15
3.4 Kraf Tradisional 16 & 17
4.0 KESIMPULAN 18
5.0 RUJUKAN 19

1
HBEF1403


1.0 PENGENALAN

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan
Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat
membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai
murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,kemahiran
berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat,
kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan
kemahiran pengurusan.
Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan
kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual,
kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran
secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan
seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan
menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid. Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni
Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam
pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi
impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah
sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan
praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya
asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang
melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan
perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat
diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.
Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam
kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga
digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk
kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan.


2
HBEF1403


2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 PELAN SEKOLAH











































Tangki Air
Pondok
Pengawal Keselamatan
Rumah Pengetua
Padang Bola

























Rumah
Penolong
Kanan





















Taman
Permainan
Kanak-Kanak
Gelanggang
Bola Tampar &
Bola Keranjang
Tapak
Perhimpunan
Bengkel Kemahiran
Vokasional
Bengkel Kemahiran
Vokasional
Surau
Bengkel Kemahiran
Vokasional


Rumah Waden
Asrama
Rumah Staf
Sekolah


Laluan & Tangga
Garaj Bas
Pejabat
Waden Asrama
Dewan Makan
Asrama
Puteri
Asrama
Putera
K
a
n
t
i
n

Bangunan Pentadbiran
& Blok A
Blok B
Dewan
Besar
3
HBEF1403


2.2 PELAN LOKASI



































Pondok
Pengawal
Keselamatan










Laluan
&
Tangga
BILIK
SENI
Dewan Besar


Bangunan Pentadbiran
& Blok A
Blok B
4
HBEF1403



2.3 PELAN BILIK SENI














































1
2
3
6
5
4
5
HBEF1403


PETUNJUK:



BIL SIMBOL RUJUKAN BIL SIMBOL RUJUKAN
1

MEJA GURU 14

TRAY MENCETAK
2

MEJA PELAJAR 15
LALUAN PEJALAN
KAKI
3

SINGKI 16

RUMPUT
4
PARA GANTUNG
TEKSTIL
17 1
PEJABAT SENI &
BILIK AKSES ICT
5

TINGKAP 18 2
STOR ALAT &
BAHAN
6

MEJA KERJA 19 3 BILIK CETAKAN
7
RODA MEMUTAR
TEMBIKAR
20 4 BILIK SENI KRAF -
TEMBIKAR
8
TANUR
ELEKTRIK
21 5 BILIK SENI TEKSTIL
9

KABINET 22 6
RUANG BELAJAR,
KERJA DAN
PAMERAN
10

PAPAN PAMERAN 23 POKOK BUNGA
11
PAPAN PAMERAN
GANTUNG
24 PAPAN TULIS
12
PINTU DUA
DAUN
25

BLOK PAMERAN
13
ALAT PEMADAM
API







6
HBEF1403


2.3.1 HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI


Bilik Cetakan:

Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat
cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan
di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1. Cetak tinggi
(relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, 2. Cetak dalam (Intaglio) dry
print, etsa, mizotint, sugartint 3. Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden
adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar
menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional.

Bilik Akses ICT

Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-
pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini
juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Komputer-komputer
yang digunakan adalah model yang terkini, di mana ia dapat membantu pelajar dan komputer
tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan
seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini
akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk
menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama.










7
HBEF1403



Bilik Stor

Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan
pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan.
Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru
perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang
banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar
contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat
minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu
di asingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk
menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu
yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk
memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.

Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya
setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga
dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran
dan yang seumpamanya.Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah
canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan
yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah.


Pejabat Seni

Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi
sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan
pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga, ia digunakan sebagai tempat menerima, mengesah
dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal.





8
HBEF1403


2.3.2 HURAIAN BILIK SENI TEKSTIL (BILIK 5)















Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan
peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-
sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik
Seni. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham
bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf
tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.

Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif adalah tanggungjawab guru untuk
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam
pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititikberatkan. Dalam gambar rajah bilik seni tekstil
seperti yang di atas, cara susunan peralatan dan pengudaraan serta pencahayaan perlu di
titikberatkan. Ia akan memberi impak yang positif kepada pelajar untuk mempelajari pelajaran
seni dengan lebih gigih dalam suasana prsarana yang menarik dan teratur.

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

unsur seni
menggambar / melukis
warna
lukisan alam semulajadi
seni huruf dan sebagainya.

5
9
HBEF1403


2.4 IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN
SOSIAL

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada
di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana
pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.

2.4.1 Aspek Fizikal

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah
atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti
yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar
perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan
cara-cara berikut:

o Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.

o Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,
gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

o Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi
keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.

o Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai sama ada cahaya semula jadi atau
cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik
darjah.

o Bilik darjah harus mempunyai pengedaran udara yang baik supaya dapat
menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.

o Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja murid
sama ada dalam bilik stor atau almari.





10
HBEF1403


2.4.2 Aspek Sosial

Aspek sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan
murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam
pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui
sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah
proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek sosial ini akan dapat:


o Interaksi Murid

Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan
dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan murid
dengan guru.


o Kemudahan Aktiviti Kumpulan

Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan
dengan berkesan.Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut
jenisnya seperti:

Unsur Seni
Menggambar/Melukis
Warna
Lukisan Alam Semula Jadi.
Seni huruf dan sebagainya

Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian
sewajarnya:

Keselamatan.
Kebersihan
Susunan perabot
Pameran hasil kerja
Kelengkapan bilik seni
Pengagihan tugas
Pengumpulan alat/bahan
Jadual waktu penggunaan bilik seni


11
HBEF1403


2.4.3 Aspek Emosi

Aspek emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan
oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah
yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang,
bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil,
bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.

o Hiasan Dalaman

Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah dapat
membantu suasana pengajaran dan pembelajaran menggalakkan lagi interaksi
pelajar.

o Ruang

Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat
menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya
dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.

o Peragaan Hasil Kerja

Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja
pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam
menghasilkan kerja seni.










12
HBEF1403


3.0 ANALISIS & CONTOH BAHAN

3.1 Melukis Dan Membuat Gambar





























Teknik Lukisan Menggunakan Media Pen dan ink


Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya
yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. Bentuk-bentuk ini dihasilkan
menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna
amat terhad. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti pen
kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan
yang berbeza. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci. Antara pelukis-
pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik
dan lukisan dalam kajian figura mereka.

Lukisan media pen
13
HBEF1403


3.2 Membuat Rekaan Dan Corak





























Teknik Rekaan Dan Corak Batik


Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada
dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut
zaman akan tidak terhasil dalam teorinya. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara
teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang
iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motifnya terdiri daripada motif flora, fauna,
geometrical dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya yang tersendiri dan mempunyai
nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita lihat adalah seperti corak
bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan sebagainya.


Rekaan Corak batik
14
HBEF1403


3.3 Membentuk Dan Membuat Binaan





























Teknik Membentuk Dan Membuat Binaan
Walaupun kertas telah digunakan untuk tujuan pembalutan pada zaman China purba sejak abad
yang kedua sebelum masehi. Pada zaman Dinasti Tang (618 907 s.m) kertas yang berbentuk
beg digunakan untuk membungkus teh. Tujuan ini adalah untuk memelihara rasa teh.
Bagaimanapun, penciptaan beg kertas moden adalah pada abad yang ke-19 oleh Elias Senger.
Pada tahun 1630 beg-beg kertas mula digunakan secara kormesil dan digunakan di kedai-kedai
runcit. Beg kertas adalah lipatan kertas yang berbentuk beg. Kebiasaanya kertas yang digunakan
adalah dari jenis kertas yang tebal dan tahan lasak bagi tujuan menyimpan atau membawa
pakaian, surat, buku, dan lain-lain lagi. Memahami terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut dapat memahami lebih jelas bila
mereka membentuk dan membina sesuatu model. Untuk menggunakan pelbagai bahan, alat dan
teknik penghasilan dapat memudahkan proses penghasilan membuat beg kertas.
Beg Kertas
15
HBEF1403


3.4 Kraf Tradisional




























Kraf Tradisional - Wau

Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu
sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu
asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.

Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku
Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang
berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud
Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.
Wau Kucing
Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor
ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.

16
HBEF1403



Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan
pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan
Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai.
Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga
berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-
setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau
yang tercantik di antara daerah-daerah. Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang
tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah
didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman.
Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan
disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.


Kategori Wau


Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian
Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan
Wau untuk hiasan dan replika




















17
HBEF1403



4.0 KESIMPULAN
Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang
lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa dan
zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid
semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni
khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Justeru, perlu ada satu arena yang
kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat
digilap.

Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat
diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka
apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik seni yang saya
bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni.
Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama pengajaran dan
pembelajaran, ruang cetakan, ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, ruang akses
ICT, stor dan sebagainya.

Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkarya-
pengkarya yang menggunakan ruang futuristik ini. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap
kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkara-perkara yang lain iaitu ruang
pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau
prasarana yang kontemporari.

Lantaran itu, sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu menghargai
budaya, mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur berpaksikan kepada Rukun
Negara, maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara.
Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di sekolah merangkumi peringkat rendah
persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Perubahan ini turut merangkumi mata
pelajaran Pendidikan Seni yang dikira akan dapat mengangkat martabat seni visual khasnya
ke suatu kedudukan yang lebih baik. Insyallah
(2,808 Patah Perkataan)
18
HBEF1403


5.0 RUJUKAN
1. http://wareyzseni.blogspot.com/
2. http://www.scribd.com/doc/7266711/Membuat-Corak-dan-Rekaan-Dalam-Pendidikan-
Seni
3. http://begkertas.wordpress.com/
4. http://imann9969.blogspot.com/2009_07_01_archive.html
5. http://www.sajadstudio.info/
6. http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html
7. Open University Malaysia (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd
8. MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
(INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)
9. Panitia Mekanik Penyejukbekuan & penyamanan Udara Domestik SM Pendidikan Khas
Vokasional, Shah Alam. (Pelan Lantai Sekolah)









19

Anda mungkin juga menyukai