Anda di halaman 1dari 4

SMK DESA SERDANG ( BEA 4634 )

Jalan Desa Serdang 10, Taman Desa Serdang


43300 Seri Kembangan , Selangor Darul Ehsan
No . Telefon : 03- 89408523 No.Faks :03-89408642

KERTAS KERJA
UNIT KURIKULUM – PANITIA PENDIDIKAN MORAL
2022

1. TAJUK
GOTONG-ROYONG TANDASKU IDENTITIKU 2022
Tarikh : JUN hingga 25 JULAI 2022
______________________________________________________________________________
2. PENGENALAN

Budaya kebersihan tandas sekolah-sekolah merupakan salah satu agenda


nasional sejak tahun 2017. Pandemik covid-19 yang melanda negara pada awal
tahun 2020 membangkitkan kesedaran terhadap penerapan dan pengamalan
kebersihan diri amat perlu dititikberatkan agar warga sekolah terhindar dari
jangkitan penyakit .Selain itu,tandas sekolah merupakan tempat yang sangat
penting kepada murid untuk mengekang pelbagai punca jangkitan penyakit.
Tandas-tandas di sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai tempat untuk
melepaskan hajat atau membersihkan diri tetapi juga digunakan untuk menukar
pakaian dan pelbagai fungsi lain. Kesukaran murid-murid dan warga sekolah yang
terpaksa menggunakan tandas yang rosak atau kotor merupakan salah satu
penyumbang ketidakhadiran mereka ke sekolah. Lazimnya, tandas akan
dikunjungi oleh murid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid
yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat
menahan keperluan melepaskan hajat. Hakikatnya, tandas merupakan antara
tempat utama dikunjungi murid setiap hari di sekolah, oleh itu wajarlah keadaan
fizikal, unsur-unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan sepatutnya menjadi
perhatian. kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan kesejahteraan rakyat
khususnya warga sekolah.
.
1
3. OBJEKTIF

Program ini diharapkan dapat :


3.1 Mewujudkan kesedaran penjagaan kebersihan melalui penerapan ilmu dan
amalan kebersihan yang berterusan dalam, kehidupan seharian melibatkan
seluruh warga sekolah.

3.2 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen serta kerjasama warga sekolah


terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai
kemudahan yang disediakan.

3.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.

3.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi memupuk rasa


tenggungjawab bersama-sama terhadap kebersihan tandas.

3.5 Menggalakkan penglibatan aktif warga sekolah dengan menyumbang tenaga


dan buah fikiran dalam bidang keceriaan dan kebersihan sekolah.

4. SASARAN / PENGLIBATAN
Semua murid, guru-guru, dan AKP

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


5.1 Tarikh : Jun hingga 25 Julai 2022
5.2 Masa : Sabtu
5.3 Tempat : Semua tandas, Smk Desa Serdang

6. JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM


 Mengecat dan menghias luar dan dalam tandas
 Membersihkan persekitaran tandas
 Sentiasa membuat pemantauan terhadap tandas.
 Menceriakan sekitar kawasan tandas.
 Menerapkan unsur pendidikan penjagaan kebersihan tandas.

2
7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan –PCG Panitia Pendidikan Moral


7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci
PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. Double Tape 18mm x 10m RM2.50 x 50 pcs RM125.00


2. Kertas A4 (CENTURY) RM11.50X 5 RM57.50
3. Kertas warna (DEEP COLOUR)
Biru RM28.50 x 2 RM57.00
Hijau RM28.50 x 2 RM57.00
Kuning RM28.50 x 2 RM57.00
4. Laminating Film A4 100’S RM45.00 x 5 RM225.00
RM578.50
5. Label Tandas RM42.80x 10 RM428.00
JUMLAH RM1006.50

11. PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah dikemukakan.
Sesungguhnya kejayaan Gotong-royong Tandasku Identitiku 2022 peringkat sekolah yang
dirancang ini bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak
yang terlibat. Konsep permuafakatan dan kerjasama menjadi tunjang ke arah kejayaan
program ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................................. ...........................................................
(NUR EZRA BINTI ) (SITI BAIZURA BINTI ZAINUDDIN)
Ketua Panitia Pendidikan Moral PK Pentadbiran
SMK Desa Serdang SMK Desa Serdang
Tarikh: Tarikh:

KERTAS KERJA
UNIT KURIKULUM – PANITIA PENDIDIKAN MORAL

3
GOTONG-ROYONG TANDASKU IDENTITIKU 2022
_____________________________________________________________________________
KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Gotong-royong Tandasku Identituku 2022

Atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Gotong-royong Tandasku Identituku 2022

Ulasan:

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

WAN NORMA BINTI WAN PI


Pengetua
SMK Desa Serdang
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai