Anda di halaman 1dari 3

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SK SUNGAI UDANG

LAPORAN PROGRAM

PROGRAM Pelancaran Kempen 5S ( Senyum,Salam,Sapa,Sopan,Sayangi


Sekolah ) Tahun 2022

PELAKSANA Unit Bimbingan Dan Kaunseling

TARIKH/MASA/ -11 April 2022 (Isnin)


TEMPAT -8.00 Pagi- 9.00 pagi
-Kantin sekolah

KUMPULAN SASARAN Murid -murid Tahap 2 (Tahun 4,5,6)

MATLAMAT 1) Mewujudkan satu suasana yang positif dan kondusif di


sekolah bagi menggalakkan warga sekolah untuk kekal
ceria dan gembira.

OBJEKTIF 1) Menjadikan amalan ini sebagai satu budaya yang dapat


dipraktikkan oleh semua warga sekolah. Mengurangkan
salahlaku murid dengan penerapan nilai-nilai murni.

2) Membentuk budaya positif dalam kalangan warga


sekolah iaitu saling hormat-menghormati, bertegur sapa,
bersopan santun dan menyayangi sekolah sebagai
tempat menuntut ilmu.

INPUT 1) Murid memahami bahawa penerapan nilai murni seperti


memberi salam,menyapa orang lain,sayang kepada
sekolah dan bersikap sopan santun adalah sangat perlu
diamalkan dalam diri masing-masing dan ianya adalah
salah satu kunci untuk menjadi murid yang cemerlang.

2) Murid menyedari bahawa kehadiran ke sekolah setiap


hari bukan saja bertujuan untuk menimba ilmu,tetapi
sebagai seorang murid,mereka juga bertanggungjawab
untuk menjadi warga sekolah yang sentiasa menjadikan
nilai murni sebagai amalan dan cara hidup.

KOS/SUMBER Banting pelancaran Kempen 5S


1 x RM25.00= RM25.00

Banting Info Amalan 5S


3 x RM 25.00= RM 75.00
ALAT BANTU PA sistem
PENILAIAN PROGRAM Program dapat dijalankan dengan Lancar dengan Kerjasama
(SEJAUH MANA guru Disiplin dan Guru bertugas mingguan.
PROGRAM/AKTIVITI DAPAT
DILAKSANAKAN)
PENILAIAN IMPAK Pencapaian Objektif program ini akan dilihat tercapai atau tidak
(PADA AKHIR melalui pemerhatian dan pemantauan sepanjang tahun.
PROGRAM/AKTIVITI SEJAUH
MANA OBJEKTIF TERCAPAI)
PENAMBAHBAIKAN Murid-murid perlu sentiasa diingatkan mengenai amalan ini
dengan guru menjadi role model dan melaksanakan nilai-nilai
yang ditekankan ini sepanjang masa.

DISEDIAKAN OLEH :
AMINAH BINTI SABTU

__________________
Guru Bimbingan Kaunseling SK Sungai Udanng

DISAHKAN OLEH : NORSHAM BINTI MOHD YUNUS

__________________
GPK HEM SK Sungai Udang

PELANCARAN KEMPEN 5S
( SENYUM,SALAM,SAPA,SOPAN,SAYANGI SEKOLAH )
TAHUN 2022

GAMBAR PROGRAM/AKTIVITI

Anda mungkin juga menyukai