Anda di halaman 1dari 4

SJK (T) LADANG ULU REMIS

81850 LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR.

KERTAS KERJA
PELANCARAN
PROGRAM AMALAN
GURU PENYAYANG
2021

DISEDIAKAN OLEH:
GOURI A/P VEDIAPPAN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG
TAHUN 2021

1. TUJUAN
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

2. KONSEP
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna
Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap
setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,
saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting
yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

3. OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang;
3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
sekolah.
4. JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : En.Murugananthan
(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En.Barbagaran


(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 1 : Pn.Sivagami


(GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : En.Jaykumar


(GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Pn.Gouri
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Ahli Jawatankuasa : Semua guru

5. SASARAN
Semua murid SJK(T) LDG ULU REMIS.

6.TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan berterusan sepanjang tahun 2021

7. AKTIVITI
Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan budaya guru.
Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara
berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga
aktiviti berikut;
7.1 Mengalu-alukan kehadiran murid
7.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
7.3 Memberi penghargaan kepada murid – Sambutan Hari Lahir

Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.


8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Peruntukan PCG untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK(T) LDG ULU REMIS

9. JANGKAAN PERBELANJAAN :
Perbelanjaan bagi melaksanakan program ini sepanjang Tahun 2021 adalah
dianggarkan sebanyak RM 90.00 ( Sembilan Puluh Ringgit Sahaja )

Anggaran Perbelanjaan :

Bil Perkara Jumlah (RM)

1. Banner Guru Penyayang 50.00


2 Perbelanjaan Runcit Mentor Mentee 40.00

JUMLAH 90.00

10. PENUTUP
Adalah diharap dengan adanya program guru penyayang akan mencapai
objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan komitmen dan kerjasama yang
baik dari semua pihak, program yang pada asalnya hanyalah catatan serta cadangan
pada kertas akan menjadi suatu program yang amat bermakna melalui pelaksanaan.
Dengan ini, ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada seluruh komuniti sekolah,
malah boleh meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa agar mereka sedar
bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata untuk mengajar malahan lebih
daripada itu. Semoga segala impian SJK(T) Ladang Ulu Remis akan bertukar realiti.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

.......................................……………. …………………………………………
(PN. GOURI A/P VEDIAPPAN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Disahkan oleh,

….…………………………………….

Anda mungkin juga menyukai