Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA

PENTAKSIRAN 1 TAHUN 2022/2023


PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 3
MASA: 1 JAM

NAMA : ………………………….. KELAS : 3 CEKAL


___________________________________________________________________________

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi bahagian A dan bahagian B. Jawab semua
soalan.

BAHAGIAN A
Sila bulatkan jawapan yang betul.

1. Yang manakah bukan alatan menjaga kesihatan diri:

A. berus gigi.
B. pengetip kuku
C. jam tangan
D. tuala

2. Yang manakah bukan etika ketika bertanding :


A. menghormati lagu ” Negaraku ”.
B. mengejek – ejek pihak lawan apabila menang.
C. mengucapkan tahniah kepada pemenang.
D. bermain dengan penuh semangat kesukanan.

3. Yang manakah bukan anggota seksual?


A. punggung
B. zakar
C. faraj
D. dubur

4. Antara berikut yang manakah bukan bahan tembakau?


A. ketumbar
B. rokok daun
C. cerut
D. paip tembakau

5. Perokok pasif ialah ……………………………….

A. orang yang tidak merokok


B. orang yang menghirup rokok
C. orang yang berkawan dengan perokok.
D. orang yang tidak merokok tetapi menghirup asap rokok dari
persekitarannya.

6. Keyakinan diri bermaksud …………………..

A. berasa kurang berkeyakinan melakukan sesuatu perkara


B. berasa rajin melakukan sesuatu perkara.
C. berasa baik hati melakukan sesuatu.
D. berasa yakin dengan kemampuan diri untuk melakukan sesuatu

7. Yang manakah berikut sentuhan tidak selamat?

A. bersalaman dengan ayah


B. memberikan rawatan kesihatan
C. sentuhan anggota kemaluan
D. sentuhan ketika mendidik

8. Manakah antara berikut merupakan amalan positif?

A. ingin mencuba
B. suka menolak
C. tidak peduli
D. suka memberontak

(8 Markah)

BAHAGIAN B
1. Bulatkan 4 anggota seksual berdasarkan gambar di bawah.

(4 Markah)

2. Nyatakan amalan penjagaan kebersihan anggota seksual berikut.

 Mengelap dengan tuala bersih


 Menukar seluar dalam setiap hari
 Mencuci mulut selepas makan

(8 Markah)

3. Tanda (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah.

1. Katakan “Tidak” kepada rokok.


2. Hidup sihat dengan rokok.

3. Tabiat merokok perlu dijadikan amalan hidup kita.

4. Orang yang merokok tidak disukai oleh kawan-kawan yang tidak merokok.

5. Nafas tidak berbau apabila merokok.

6. Merokok boleh membahayakan kesihatan diri.

7. Rokok mengandungi banyak bahan yang selamat untuk kesihatan manusia.

8. Cerut merupakan salah satu jenis bahan tembakau.

9. Paru-paru perokok lebih sihat daripada paru-paru bukan perokok.

10. Tabiat merokok menjimatkan wang.

(20 Markah)

4. Pilih jawapan yang betul berdasarkan gambar yang menunjukkan amalan


positif.
(10 Markah)
-KERTAS SOALAN TAMAT-

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH :

….………………………… …………………………….. ……….……………………


(PN.V.GOURI) (PN.ZURIANA BT HALIM) (DATIN CHENG LEAN BEE)
GURU MATAPELAJARAN PK K. PANITIA PJK PK PENTADBIRAN
SK TANJUNG BUNGA SK TANJUNG BUNGA SK TANJUNG BUNGA

Anda mungkin juga menyukai