Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA SERDANG

(BEA 4634)
Jalan Desa Serdang 10, Taman Desa Serdang,
Tel : 03-89408523
43300 Seri Kembangan, Faks : 03-89408642
Email : bea4634@btpnsel.edu.my
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA

Rujukan Kami :  SMKDS600-4/1/15(5)


Tarikh : 22 September 2021
Kepada
Pengetua Cemerlang,
SMK Desa Serdang,
Jalan Desa Serdang 10,
Taman Desa Serdang, 43300
Seri Kembangan, Selangor
(u.p. En Mohamad Lufti bin Mahpudz)

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PSV TINGKATAN


1, 2 DAN 3 TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Desa Serdang akan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab
PSV khusus bagi murid Tingkatan 1, 2 dan 3 tahun 2021. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk
memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai teknik belajar dan cara menjawab yang betul serta
berkesan bagi mata pelajaran PSV sebagai persediaan menghadapi pentaksiran PdPR Tingkatan 1, 2 dan
3 nanti.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput En Mohamad Lufti bin Mahpudz sebagai
penceramah bagi bengkel teknik menjawab tersebut. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak puan
dapat memberikan pelepasan kepada pegawai tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 05 Oktober 2021 (Selasa)


Masa : 10.00- 11.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)

3. Kerjasama daripada pihak tuan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................
(WAN NORMA BINTI WAN PI)
Pengetua Cemerlang

s.k. Fail Panitia

ILMU, AMAL DAN ILTIZAM

Anda mungkin juga menyukai