Anda di halaman 1dari 2

MUSALLA AL-EHSAN

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA (2)


JALAN GENTING KELANG, 53300 KUALA LUMPUR
No. Tel: 03-4149 8975 No. Faks : 03-4149 8957
Email : helpdesk.mae@gmail.com.my

Ruj. Kami : SKDK(2).200-


6/1/3(01)
Tarikh : 05 Januari 2023

Pengurus
BIMB Cawangan Semarak
Jalan Tun Razak
50400, WP Kuala Lumpur

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENILAIAN PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH (PERSISS)


KPM-BANK ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Musalla Al-Ehsan telah terpilih untuk Penilaian Penarafan
Surau Imarah Sekolah-Sekolah (Persiss) Kpm-Bank Islam Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Justeru
itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput Dato’/Datin /Tuan/Puan sebagai penghargaan atas
penglibatan pihak tuan dalam pembangunan Musalla Al-Ehsan SK Danau Kota (2). Majlis tersebut
akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Januari 2023


Hari : Selasa
Masa : 7.30 pagi
Tempat: Musalla Al-Ehsan, SK Danau Kota (2)

3. Kerjasama dan perhatian pihak Dato’/Datin /Tuan/Puan amatlah dihargai. Semoga kehadiran
tuan dapat menyerikan lagi majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD RAZIF BIN MOHD TAHIR)


Guru Besar,
SK Danau Kota (2)
Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai