Anda di halaman 1dari 1

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN

SK SERI NILAM
TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2 Tel: 03-61854178
68100 KUALA LUMPUR Fax: 03-61854179
Email: wba0077@moe.edu.my

Tarikh: 23 Oktober 2023


No Rujukan: SKSN.100-7/1/9(06)

Kepada
En. Saiful Adli bin Abdul Razak
Guru Besar
SK La Salle (1) Sentul
Jalan Sentul
51000 Kuala Lumpur

Tuan
JEMPUTAN KE MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Seri Nilam ingin mengucapkan sekalung
tahniah di atas lantikan tuan sebagai guru besar di SK La Salle (1) Sentul.
3. Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati menjemput tuan ke majlis ini
pada ketetapan beikut:
Tarikh : 26 Oktober 2023
Hari : Khamis
Tempat: Dewan Terbuka SK Seri Nilam & BBQ Lamb KL Kemensah
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari (bersama murid di sekolah)
2.00 petang – Jamuan perpisahan di BBQ Lamb KL Kemensah)
Tema pakaian: Batik Hijau/ Tshirt Sukan SK Seri Nilam
4. Semoga dengan kehadiran tuan dapat memeriahkan lagi majlis ini. Kerjasama yang
tuan berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………………………
(MOHD KHAIRUL HAISYAM BIN DRAMAN)
Pengerusi,
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan,
SK Seri Nilam,
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai