Anda di halaman 1dari 2

Ruj Kami : SKSP 100-9/3/2 ( )

Tarikh : 04 Januari 2023


Pengarah,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
Jalan Kuala Ketil,
08000 Sungai Petani,
Kedah.
u.p Dr. Kumaran Gengatharan
Unit Kokurikulum IPSAH

Tuan,
MEMOHON BANTUAN GURU PELATIH UNTUK MENJADI FASILITATOR PERKHEMAHAN

Sukacita saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, Sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform


pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 29 DAN 30 JANUARI 2023


Hari : Ahad dan Isnin
Masa : 8.00 pagi ( 29 Januari 2023) Lapor diri
1.30 ptg (30 Januari 2023) Bersurai

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon khidmat 12 orang Fasilitator
untuk sama- sama membantu dalam program ini Pihak sekolah akan menanggung semua
makan dan minum guru pelatih ini sepanjang tempoh perkhemahan. Kami juga akan
menyediakan sijil Penghargaan untuk semua guru pelatih yang hadir.

Kerjasama dan tindakan tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
(SABARIAH BINTI JUMRI)
Guru Besar
SK Sungai Petani
Jalan Sekerat,08000
Sungai Petani, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai