Anda di halaman 1dari 2

Latihan Sistem bahasa 14 -Soalan Kata Ganda Berimbuhan

Latihan Sistem bahasa 14 -Soalan Kata Ganda Berimbuhan


Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid
dalam soalan kata ganda berentak.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Penjenayah yang dikejar oleh polis itu ________ ke dalam rumah kosong itu.
A susur-galur C susup-sasap
B suku-sakat D kusut-masai

2 ________ penyanyi pujaan ramai itu menjadi ikutan para peminatnya.


A Lintang-pukang C Susur-galur
B Tindak-tanduk D Selok-belok

3 Rumah yang kami diami sekarang adalah pusaka ________ keluarga ayah.
A turun-temurun C susur-galur
B pindah-randah D selang-seli

4 _______ yang digunakan untuk mengikat kapal itu sangat tahan lama.
A Jongkang-jongket C Umbang-ambing
B Bengkang-bengkok D Tali-temali

5 ________ Tok Malim terkenal dengan sifat berhemah tinggi dan disenangi oleh ramai orang.
A Turun-temurun C Corat-coret
B Susur-galur D Anak-pinak
6 Kolam itu dihiasi dengan ______ yang cantik dan unik.
A tanah-tanih C batu-batan
B bukit-bukau D tali-temali

7 Encik Razif memotong _________ yang panjang di belakang rumahnya.


A rumput-rumpai C batu-batan
B sayur-mayur D tali-temali

8 ________ Adila menaiki komuter ke tempat kerja untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.
A Lintang-pukang C Sekali-sekala
B Kelam-kabut D Huru-hara

9 Kuih lapis yang ibu buat ______ dengan warna merah dan putih.
A warna-warni C selang-seli
B lekak-lekuk D corat-coret

10 Saya sukar mempercayai kerana dia sering bercakap _______.


A lenggang-lenggok C bolak-balik
B riuh-rendah D liang-liuk

11 Ahli payung terjun yang berani itu terapung-apung di _______.


A awang-gemawang C bukit-bukau
B gunung-ganang D tanah-tanih

12 ______bunyi mercun semasa sambutan Tahun Baru jelas kedengaran dari rumah saya.
A Dentam-dentum C Desas-desus
B Degap-degup D Detik-detak
13 Puan Amani ______ dari rumahnya ke tempat kerja sejauh 25 kilometer pada setiap hari.
A umbang-ambing C ulang-alik
B lenggak-lenggok D huru-hara

14 Badan Danial ______ setelah makan makanan laut kerana dia mengalami masalah alahan.
A kembang-kempis C degap-degup
B bengkak-bengkil D calar-balar

15 Sup sayur itu _______ kerana mangkuknya terlalu kecil.


A tunggang-langgang C comot-momot
B tumpah-ruah D serbah-serbih

16 Halina ada ________ dengan pemimpin yang disegani itu.


A turun-temurun C kacau-bilau
B desas-desus D kait-paut

17 Anak anak ayam itu _______ setiap kali nenek memberi makan.
A riuh-rendah C hiruk-pikuk
B sorak-sorai D ciak-ciap

18 Ibu meletakkan sekeping kertas tebal sebagai alas kaki alamari yang ______ itu.
A tunggang-langgang C incang-incut
B lenggang-lenggok D liang-liuk

19 Bunyi ______ tin minuman kosong yang terjatuh ke lantai telah membuat ibu terkejut.
A kelentang-kelentung C degap-degup
B dentam-dentum D riuh-rendah

20 _______ di kawasan itu subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.
A Sayur-mayur C Kayu-kayan
B Tanah-tanih D Batu-batan

21 Surat khabar lama itu __________ kerana dicakar kucing peliharaan abang.
A lintang-pukang C robak-rabik
B kusut-masai D haru-biru

22 Gadis itu dihormati kerana dia sentiasa memelihara ______ dalam pergaulan.
A lenggang-lengguk C basa-basi
B suku-sakat D liang-liuk

23 Basikal tua datuk saya berbunyi ________ apabila dikayuh.


A kelentang-kelentung C kerak-keruk
B keriang-keriut D kerap-kerup

24 Bau _______ begitu menusuk dihung apabila saya melalui tapak pelupusan sampah itu.
A busuk-bangar C hiruk-pikuk
B hingar-bingar D huru-hara

25 Kita tidak sepatutnya bercakap _________ walaupun sedang marah.


A porak-peranda C lekak-lekuk
B carut-marut D selang-seli

Anda mungkin juga menyukai