Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG (2)


JALAN MAWAR PUTIH, TAMAN MAWAR,
81700 PASIR GUDANG TEL : 07-2553955
FAX : 07-2551755

Ruj. Kami : JEA1047/100-19/8(1)


Tarikh : 16. Mei. 2023
Kepada,

Ketua Balai,
Balai Bomba Pasir Gudang,
Johor.

Tuan,

MENGADAKAN LATIHAN KEBAKARAN DI SEKOLAH

Dengan sukacita dan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Latihan menghadapi kebakaran adalah program wajib yang dilaksanakan di sekolah.


Oleh kerana itu, amatlah besar harapan kami agar pihak tuan dapat memberikan satu latihan
kebakaran kepada semua warga sekolah. Latihan itu akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26. Jun 2023


Tempat : SMK Pasir Gudang 2
Masa : 8.30 pagi (SESI PAGI)
5.00 petang (SESI PETANG)

3. Kami akan membuat tindakan persediaan sebelum dan semasa latihan tersebut.Kerjasama yang
diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

4. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En.
Balvinder Singh di talian 018-7760131.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

NORSALEHA BINTI ABD GHANI


Pengetua
SMK Pasir Gudang 2
Pasir Gudang, Johor.

Saya yang menjalankan amanah,

MAHIDAH BINTI KOSNAN


Pengetua
SMK Pasir Gudang 2
Pasir Gudang, Johor.

Anda mungkin juga menyukai