Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA PERDANA

PETI SURAT 35, KOTA PERDANA


26700 MUADZAM SHAH
(CBA 5079)
Tel : 09-4525703 Faks : 09-4522325
Email : cba5079.skkp@gmail.com

Ruj. Kami : CBA5079.600-3/1/11/15-KBS ( )


Tarikh : 3 Mac 2018

KEPADA : Puan Nafsyhah Bt Mohd Daud


Puan Shahida Bt Roppiee@Shafiee
Puan Azlina Bt Azizan
Puan Huzaimah Bt Akop
Puan Nurshalihah Bt Khazanah

Tuan /Puan,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PEMBIMBING (FASI) BAGI PROGRAM KEM BESTARI


SOLAT (KBS) SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN 2018.

Dengan segala hormatnya, perkara tersebut di atas adalah di rujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pend. Agama
Islam akan mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) sepanjang sesi persekolahan 2018 kepada
murid-murid beragama Islam.

3. Berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman luas puan dalam hal yang berkaitan,
maka saya dengan penuh rasa bangga dan ta’zimnya melantik puan sebagai Guru Pembimbing
(FASI) bagi program tersebut sepanjang tahun 2018.

4. Adalah menjadi harapan saya dan pihak sekolah agar puan dapat memberi kerjasama dan
menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur, amanah dan
dedikasi demi melahirkan modal insan yang seimbang dengan tuntutan ilmu duniawi dan ukhrawi.

5. Segala kerjasama dan sokongan puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

“MENUJU KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH”

Saya yang menjalankan amanah ,

………………………………………………
(ENCIK ABDUL RAZAK BIN MUDA )
Guru Besar
SK Kota Perdana

SK : Panitia Pendidikan Islam.


Fail Kem Bestari Solat.

Anda mungkin juga menyukai