Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS 2

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


144, JALAN PARAMESWARA
75000 MELAKA
Tel & Fax : 06-2823507
Email : MBB2049@moe.edu.my

Ruj Kami : SKCIJ2M.100-13/1/4( )


Tarikh : 5 Oktober 2023

AJK PIBG,
SK Convent Infant Jesus (2),
Sekolah Berprestasi Tinggi

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE 24 TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program tersebut mengikut
ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Oktober 2023


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Stadium Hang Jebat, Melaka

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat menghadiri dan
memeriahkan lagi Kejohanan Sukan Olahraga pada kali ini.

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
"BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT"

Saya yang menjalankan amanah,

(KHOO AH NYOOT)
Guru Besar,
SK Convent Infant Jesus (2)

Anda mungkin juga menyukai