Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari


Jalan Pengkalan
08000, Sungai Petani Telefon =
6044212648
Kedah, Malaysia Fax = 604425820

Ruj. Kami:SMKKJ.600-4/1/1 ( )
Tarikh: 22 MAC 2023
Pengarah,
Pusat Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Azlan Shah
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan

Tuan,
PERMOHONAN SEWAAN ASRAMA MARINA DI PUSAT SUKAN UPSI.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pegawai dan Atlet Olahraga dari Pusat Latihan Daerah Kuala
Muda Yan, Kedah sedang merangka program latihan penyesuaian trek olahraga Fasa 2 pada
ketetapan berikut :
TARIKH : 31 Mei - 02 Jun 2023
HARI : Rabu – Jumaat

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin menyewa di Asrama Marina sebagai penginapan pegawai
dan atlit.

4. Tujuan surat permohonan ini, pertama untuk mendapatkan sebut harga sewaan asrama.
Selain itu pihak kami juga berharap dan memohon pertimbangkan bagi bayaran minima kadar
sewaan yang berpatutan khusus untuk atlit/pelajar sekolah. Kertas kerja program latihan ini akan
dilampirkan bersama surat permohonan.

5. Pihak kami juga memohon jasa baik tuan memaklumkan jumlah bayaran sewaan sekiranya
mendapat persetujuan dari pihak tuan. Sebarang pertanyaan dan maklum balas mohon berhubung
dengan En. Mohd Zainal Bin Mat Isa (Setiausaha PLD) di talian 0126788101 dan email maklum
balas ke (asazmi81@gmail.com).

Sekian, terima kasih,


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Saya yang menjalankan Amanah.

(MOHD ZAINAL BIN MAT ISA)


Setiausaha
Pusat Latihan Daerah (Olahraga)
SMK Khir Johari
Daerah Kuala Muda Yan
Kedah Darul Aman.

Anda mungkin juga menyukai