Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Tuan :

Rujukan kami : PPDL 800-5/8 Jld 1(09)


Tarikh : 3 Ogos 2022

Pengetua,
SMK Mahsuri,
Langkawi, Kedah.

Tuan,

Permohonan Penggunaan Gelanggang Bola Tampar Untuk Latihan Pusat MSSD


Langkawi ke Kejohanan Bola Tampar MSSK 2022

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Mahsuri telah dipilih sebagai tempat Latihan
Pusat Pasukan Bola Tampar MSSD Langkawi ke Kejohanan Bola Tampar MSSK 2022 yang
akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 4 hingga 9 Ogos 2022


Masa : 8.00 pagi – 6.30 petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar SMK Mahsuri

3. Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi ingin memohon penggunaan


Gelanggang SMK Mahsuri untuk kejohanan tersebut. Pihak urus setia akan menjaga
kebersihan dan keselamatan peralatan dewan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

4. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi En. Muhammad Syafiq bin
Shalehudin, Pengerusi Teknik Pembangunan Bola Tampar MSSDL di talian
0195526308. Pegawai berurusan di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, En. Mohd Fahmi
Bin Adnan, Penolong Pegawai PPD Pembangunan Bakat Murid (Sukan) boleh dihubungi
di talian 04-9666294/012-5765562.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi
penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(ISMAIL BIN MAN)


Timbalan PPD Pembangunan Murid
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi
MFA/OLAHRAGA MSSD LANGKAWI 2022

“Langkawi Setanding”

Anda mungkin juga menyukai