Anda di halaman 1dari 7

KERTAS

CADANGAN
PENUBUHAN DAN PROGRAM
PEMBANGUNAN
PASUKAN KRIKET SK KAMPONG SETAR

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD ISLAKH BIN ABDUL KADIR
KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN PASUKAN KRIKET
SK KAMPONG SETAR

1.0 LATAR BELAKANG


Sukan kriket adalah satu sukan yang dimainkan di peringkat antarabangsa dan merupakan sukan yang
amat digemari di negara-negara seperti India dan beberapa negara Eropah. Sukan ini mempunyai
prospek dan potensi yang sangat luas untuk diceburi dan menyediakan laluan-laluan pendidikan dan
kerjaya yang sangat baik. Sehubungan dengan itu, kertas cadangan ini disediakan untuk menubuhkan
pasukan kriket yang bakal mewakili sekolah ke kejohanan-kejohanan kriket yang dianjurkan sama ada
di peringkat daerah mahu punk ke peringkat yang lebih tinggi.

2.0 RASIONAL
Kegiatan kokurikulum di sekolah adalah bertujuan untuk memberikan pendidikan mental, fizikal,
rohani dan intelek kepada murid-murid secara tidak formal. Pengalaman melalui kegiatan kokurikulum
adalah lebih berkesan sekiranya murid-murid terlibat secara aktif dan dapat melihat manfaat yang
bakal diterima pada masa depan.

Untuk tujuan itu maka lahirnya hasrat untuk menubuhkan pasukan kriket SK Kampong Setar. Dengan
tertubuhnya pasukan ini akan dapat membuka minda murid-murid SK Kampong Setar yang selama ini
hanya tertumpu di kawasannya sahaja. Semoga dengan tertubuhnya pasukan kriket sekolah akan
dapat membuka laluan kepada murid-murid untuk menimba pengalaman serta keluar dari kepompong
dan kebiasaan agar lebih produktif dan berdaya saing.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan pemain-pemain yang berkemahiran tinggi untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah,
negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
3.2 Membentuk jatidiri dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid-murid.
3.3 Mengasah kemahiran berfikir dan kemampuan membuat keputusan secara logik dan bijak dengan
pantas dan berkesan.
3.4 Mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan murid-murid untuk membawa dan
mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

4.0 JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran I

5.0 PELAN PERANCANGAN STRATEGIK


Rujuk Lampiran II

6.0 KOS/SUMBER KEWANGAN


Sumbangan luar.

7.0 SUMBER TENAGA


7.1 Guru-guru SK Kampong Setar
7.2 Pengerusi Teknik Kriket Daerah Kuala Muda Yan
7.3 Pengerusi Teknik Kriket Negeri Kedah
7.4 Persatuan Kriket Negeri Kedah

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA KUANTITI KOS
1. KELENGKAPAN LATIHAN 1 SET RM 3000.00
Stanford Cricket Team Set – Junior
i. Batting Legguard Club (3 Pairs)
ii. Batting Glove Club (3 Pairs)
iii. Wicket Legguard Club JN (3 Pairs)
iv. Wicket Glove COLLEGE JN (3 Pairs)
v. Cricket Helmet Junior (4 Pcs)
vi. Cricket Bats Size 4/5 (2 Pcs)
vii. Stump and Bail SN 1 Set
viii. Poly ball (30 Pcs)
ix. AVIS Cricket Ball Leather(3 Pcs)
x. Abdominal Guard (3 Pcs)
xi. Cricket Spare Grips (2 Pcs)
xii. Cricket Sun Hat (1 Pcs)
xiii. Equipment Bag (1 Pcs)
2. KELENGKAPAN PERTANDINGAN 1 SET RM 2000.00
Gunn & Moore Cricket Team Set – Junior
i. Batting Legguard 202 Youth (3 Pairs)
ii. Batting Glove 101 Youth(3 Pairs)
iii. Wicket Legguard 606 Youth (1 Pairs)
iv. Wicket Glove 606 Leather Youth (1 Pairs)
v. Cricket Helmet Junior (3 Pvs)
vi. Cricket Bats Size 4/5 (2 Pcs)
vii. Stump & Bail Junior (1 Set)
viii. Crawn Match Cricket Balls 4.75oz (6 Pcs)
ix. Arm Guard (2 Pcs)
x. Abdominal Guard Anatomic (2 Pcs)
xi. Umpire Counter 1 (1 Pcs)
xii. Bat Mallet (1 Pcs)
xiii. Equipment Bag Original Wheelie (2 Pcs)
3. KLINIK KRIKET
i. Klinik Kriket Siri 1 (Kemahiran Cathing Ball) RM 100.00
ii. Klinik Kriket Siri 2 (Kemahiran Fielding) RM 100.00
iii. Klinik Kriket Siri 3 (Kemahiran Bowling) RM 100.00
iv. Klinik Kriket Siri 4 (Kemahiran Batting) RM 100.00
4. LATIHAN PERSEDIAAN PASUKAN DAN RM 1000.00
PERLAWANAN PERSAHABATAN
JUMLAH RM 6600.00
9.0 PENUTUP
Semoga segala cadangan dan perancangan mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak bagi
meningkat prestasi kemenjadian murid dan sekolah. Diharapkan perhatian dan sumbangan dari semua
pihak dapat merealisasikan impian untuk menubuhkan pasukan kriket sekolah dalam usaha
memartabatkan nama SK Kampong Setar di persada negara dan antarabangsa.

Disediakan oleh:

…………………………………………………………..
MUHAMMAD ISLAKH BIN ABDUL KADIR

Disemak oleh:

…………………………………………………………
CHE WAN MOHD HAIRI BIN CHE WAN CHIK
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kampong Setar

Disahkan oleh:

……………………………………………………………
MOHD SAFIAN BIN ISHAK
Guru Besar
SK Kampong Setar.
LAMPIRAN I

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PASUKAN KRIKET SKKS 2023-2024


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SETAR, YAN, KEDAH DARUL AMAN

Pengerusi : Encik Mohd Safian Bin Ishak


Guru Besar SK Kampong Setar

Timbalan Pengerusi : Encik Wan Mohd Hairi Bin Che Wan Chik
Penolong Kanan Kokurikulum

N. Pengerusi 1 : Encik Mohamad Bikri Bin Che Man


Penolong Kanan Pentadbiran

N. Pengerusi 2 : Encik Samsudin Bin Hashim


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Encik Muhammad Islakh Bin Abdul Kadir


Bendahari : Encik Muhammad Zainudi Bin Mohd Nor

Ajk Kecil :
Encik Afifuddin Bin Mohamad
Puan Mas Idayu Mirar Binti Mansor
Puan Hasaniah Binti Omar
Puan Murshida Binti A. Kasim
LAMPIRAN II

PELAN PERANCANGAN STRATEGIK KELAB KRIKET SK KAMPONG SETAR SEPANJANG TAHUN 2023-2024

BIL. PERKARA TEMPAT TARIKH PERLAKSANAAN / TARIKH


TERIMA
1 Pelantikan Guru Penyelaras dan Jurulatih Kriket Pejabat SK Kampong Setar 30 Julai 2023
Sekolah (Ahad)
2 Tayangan video pengenalan sukan kriket Makmal Komputer 2 Julai 2023
(Rabu)
3 Klinik Kriket Siri 1 Padang SK Kampong Setar 5 Ogos2023
Kemahiran Cathing Ball (Sabtu)

4 Klinik Kriket Siri 2 Padang SK Kampong Setar 12 Ogos 2023


Kemahiran Fielding (Sabtu)

5 Klinik Kriket Siri 3 Padang SK Kampong Setar 19 Ogos 2023


Kemahiran Bowling (Sabtu)

6 Klinik Kriket Siri 4 Padang SK Kampong Setar 26 Ogos 2023


Kemahiran Batting (Sabtu)

7 Taklimat pemilihan pemain mewakili sekolah untuk Makmal Komputer 3 September 2023
Kejohanan Kriket Luar Musim Peringkat Negeri (Ahad)
Kedah
- Bentuk pasukan sekolah (Perempuan)

8 Pemilihan 15 pemain kriket (Perempuan) Makmal Komputer 6 September 2023


- Sasaran murid 4, 5 & 6 (Rabu)

9 Latihan Catching & Fielding Padang SK Kampong Setar Bulan September - Oktober

10 Latihan Bowling Padang SK Kampong Setar Bulan September - Oktober

11 Latihan Fielding Padang SK Kampong Setar Bulan September - Oktober


LAMPIRAN II

12 Perlawanan Persahabatan Padang SK Kampong Setar Bulan September - Oktober

13 Kejohanan Kriket Luar Musim Peringkat Negeri Padang SMK Ibrahim & SMS Mohd Jiwa, Sungai Bulan November 2023
Kedah. Petani
14. Kejohanan Kriket Luar Musim Peringkat Kebangsaan UKM Bangi Bulan Disember 2023
15. Taklimat pemilihan pemain mewakili sekolah untuk Makmal Komputer Januari 2024
Kejohanan Kriket MSSD 2024
- Bentuk pasukan sekolah

16. Pemilihan 15 pemain kriket Makmal Komputer Januari 2024


- Sasaran murid 3, 4, 5 & 6 (Sesi 2024)

17. Latihan Persediaan Untuk Kejohanan Kriket MSSD Padang SK Kampong Setar Januari – Jun 2024
2024

Anda mungkin juga menyukai