Anda di halaman 1dari 4

PERTUBUHAN INTEGRASI BERSATU MALAYSIA

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BARANGAN KIDS ATHLETICS

DARIPADA :
UNIT SUKAN
PERTUBUHAN INTEGRASI BERSATU MALAYSIA
1.PENGENALAN
Unit Sukan Pertubuhan Integrasi Bersatu Malaysia telah bercadang akan menganjurkan
Pertandingan Antara Kelas Bola Sepak kepada pelajar Tingkatan 3 hingga 5 . Program ini
serba sedikit dapat meningkatkan minat di kalangan pelajar serta menambahkan ilmu
pengetahuan serta kemahiran permainan bola sepak di sekolah kita. Di samping itu, melalui
pertandingan tersebut, pemain yang terbaik akan dipilih untuk mewakili sekolah pada tahun
depan sesi 2019. Semoga pertandingan tersebut dapat meningkatkan taraf dan mutu sukan di
SMK (ACS) Klang pada masa depan.

2.MATLAMAT
Menghasilkan atlet yang berpotensi serta meningkatkan mutu sukan sekolah. Selain itu,

menjadikan sukan sebagai wadah untuk melahirkan generasi yang sihat, cergas, berbakat dan

berdisiplin agar seiring dengan pencapaian akademik.

3.OBJEKTIF
a) Melahirkan murid yang sihat dan cergas dari segi mental dan fizikal.

b) Memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan bakat dalam bidang sukan

c) Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan

secara positif seterusnya merealisasikan Dasar 1 Murid 1 Sukan.

d) Memberikan semangat berdaya saing serta keyakinan diri murid tentang kebolehan diri

sendiri serta melatih mereka agar lebih berdisiplin.

4. KUMPULAN SASARAN
Seramai 120 orang

5. TARIKH/MASA /TEMPAT PELAKSANAAN


Tarikh : 08/09/2018 (Sabtu)
Hari : Sabtu
Masa : 8:30 Pagi- 12:45 Tengah hari
Tempat: Padang Sekolah

6.ANGGARAN PERBELANJAAN
Pingat Emas 30 Unit x RM 15.00 (Harga Pingat Seunit) x 10 Peserta = Rm 450.00
Pingat Perak 30 Unit x RM 15.00 (Harga Pingat Seunit) x 10 Peserta = Rm 450.00
Pingat Gangsa 30 Unit x RM 15.00 (Harga Pingat Seunit) x 10 Peserta = Rm 450.00
………………………………………………………………………………………………….
Jumlah Perbelanjaan RM 1350.00
………………………………………………………………………………………………….

7. PENUTUP
Diharap kertas kerja ini mendapat kelulusan untuk mengadakan program ini dalam
membangunkan mutu sukan serta memberi peluang kepada pelajar sekolah dalam menyertai
sukan yang berbentuk riadah ini untuk bergiat aktif dalam sukan.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh :

…………………………..... ..…………………………
En.M.Jaya Pragasam
Guru Penasihat Kelab Bola Sepak (ACS)

Contoh Tulisan :

PERTANDINGAN ANTARA KELAS

BOLA SEPAK 2018

SMK METHODIST (ACS) KLANG

JOHAN
PERTANDINGAN ANTARA KELAS

BOLA SEPAK 2018

SMK METHODIST (ACS) KLANG

NAIB JOHAN

PERTANDINGAN ANTARA KELAS

BOLA SEPAK 2018

SMK METHODIST (ACS) KLANG

KETIGA

Anda mungkin juga menyukai