Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN

BAGI KHIDMAT JURULATIH LUAR


DAN
PERUNTUKAN PERALATAN
UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN BOLA TAMPAR
SMA TAN SRI GHAZALI JAWI (SABK) 2024

Disediakan oleh : ABDUL RAHMAN BIN WAHID PUTERA


Guru Penasihat Kelab Bola Tampar
SMA Tan Sri Ghazali Jawi 2023/24
KERTAS CADANGAN
MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI KHIDMAT JURULATIH DAN
PERALATAN UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN BOLA TAMPAR

1) PENDAHULUAN

Sukan dan permainan adalah aktiviti yang digalakkan penyertaannya kepada semua
pelajar SMA Tan Sri Ghazali Jawi (SMATSGJ). Pelbagai jenis sukan dan permainan boleh
menjadi pilihan pelajar-pelajar sebagai inisiatif untuk meningkatkan penyertaan dalam
aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain menggalakkan semua murid untuk kekal sihat
dan cergas, ia juga mampu membentuk disiplin mereka.
Walaupun terdapat golongan pendidik yang mampu membimbing mereka, namun
mereka masih memerlukan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari individu yang
professional bagi memantapkan lagi kemahiran mereka. Oleh itu, secara rasionalnya
bantuan jurulatih luar yang lebih mahir amatlah diharapkan. Selain meningkatkan
Kemahiran dan meningkatkan ketangkasan mereka, ia juga dapat mengembangkan lagi
bakat dan mendedahkan diri mereka tentang kejurulatihan dalam bidang sukan. Usaha
ini diharapkan dapat membantu sekolah dalam meeningkatkan mutu sukan SMATSGJ
serta mengharumkan nama SMATSGJ di dalam dan luar daerah Hulu Perak pada masa
akan datang.

2) TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka bertujuan bagi mendapatkan peruntukan kewangan daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMA Tan Sri Ghazali Jawi untuk membantu Kelab
Bola Tampar SMATSGJ mendapatkan khidmat jurulatih dari luar yang berbayar serta
mendapatkan dana bagi membeli peralatan yang mampu memudahkan aktiviti
pembangunan sukan Bola Tampar SMATSGJ.
3) MATLAMAT
Membantu kelab dan pasukan Bola Tampar SMATSGJ dalam Program Pembangunan
Bakat Bola Tampar SMASTGJ

4) OBJEKTIF
4.1 Menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti sukan dan permainan.
4.2 Membantu murid-murid mendapat latihan yang terbaik untuk meningkatkan
kemahiran mereka.
4.3 Membolehkan murid-murid menyertai pertandingan bola jaring di pelbagai
peringkat.

5) MAKLUMAT JURULATIH
NAMA JURULATIH
PENGALAMAN

6) TARIKH
Januari 2019 hingga Jun 2019

7) SASARAN
Ahli-ahli Kelab Bola Jaring SMK Tambun

8) ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA ANGGARAN UNIT JUMLAH (RM)


1 KHIDMAT JURULATIH
2 BOLA
3 BAIKI TIANG
JUMLAH KESELURUHAN (RM)

9) PENUTUP
Adalah menjadi harapan besar agar kertas cadangan ini diluluskan oleh Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SMK Tambun. Dengan ini, segala peruntukan dan khidmat
jurulatih yang disalurkan akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………… ……………………………………….
( ) ( )
Guru Penasihat, Pen. Kanan Kokurikulum,
Kelab Bola Jaring,

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………………………. ……………………………………….
( ) ( )
Pengetua, Pengerusi,

Anda mungkin juga menyukai