Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

1.0 PENGENALAN

          Setiap tahun, Majlis Sukan  Sekolah-sekolah Daerah Port Dickson


mengadakan Kejohanan Bola Tampar Daerah Port Dickson. Sehubungan dengan
itu, Sekolah Kebangsaan Telok Kemang turut mengambil bahagian
dalam  kejohanan pada tahun ini. Pasukan sekolah telah mengambil
bahagian  dalam kategori lelaki 12 tahun.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan memberikan murid-murid peluang menyertai


pertandingan Sukan Bola Tampar.

2.2   Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari
peringkat sekolah rendah lagi.

2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang diambil.

2.4   Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.

2.5   Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan
dan cabaran.

2.6   Memupuk semangat perpaduan di kalangan murid selaras dengan "RIMUP".

3.0 RASIONAL

3.1  Dapat mengembangkan bakat yang ada pada murid.

3.2  Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari dalam Pendidikan  Jasmani


untuk diserapkan dalam aktiviti luar.

3.3   Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid.

3.4   Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai


sesebuah kejohanan dari awal hingga akhir.
4.0 BUTIRAN KEJOHANAN

                        Tarikh             : 11 FEBRUARI 2020 (Selasa)

                        Masa              : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

                        Tempat          : Stadium Dato’ Lim Lee Seng, Port Dickson

5.0 SASARAN PESERTA

Para peserta adalah murid lelaki dari Kelab Bola Tampar sekolah dan juga
murid-murid tahun 6.

6.0 CATATAN / ULASAN

           Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam katogeri lelaki bawah 12


tahun. Peserta telah bermain dengan bersungguh-sungguh namun nasib pasukan
sekolah kita kurang baik kerana hanya dapat beraksi pada peringkat kumpulan
sahaja. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk pasukan bola tampar
sekolah. Murid perlu banyak latihan dan pendedahan untuk meningkatkan
kemahiran dalam permainan ini. Ada di kalangan mereka berasa gementar dan kaku
kerana kali pertama bertanding di peringkat daerah. Oleh yang demikian, saya
mencadangkan pada tahun hadapan kita perlu mengenal pasti para pemain yang
berpotensi dan berbakat menjalani latihan seawal mereka tahun lima lagi. Selain itu
juga, saya mencadangkan supaya murid-murid yang mewakili sekolah diberikan
penghargaan daripada pihak sekolah semasa hari anugerah. Ini secara tidak
langsung akan meningkatkan semangat mereka untuk bertanding dan bermain
dengan bersungguh-sungguh pada masa akan datang.

Disediakan oleh:                 Disemak oleh:

………………………………..             ...................................................

(NORHAYATI BINTI JAAFAR) ( )


Pengurus Pasukan                           Penolong Kanan Kokurikulum        
SK TELOK KEMANG
 LAMPIRAN

KEJOHANAN BOLA TAMPAR  MSSD PORT DICKSON

SENARAI NAMA PEMAIN BOLA TAMPAR  SK TELOK KEMANG 2020

KATEGORI : 12 TAHUN LELAKI

BIL NAMA PEMAIN/ PESERTA KELAS / TAHUN NO. JERSI

1 MUHAMMAD RAIMI RAFIQ BIN 6 16

10

11

12

Disahkan oleh:

………………………………..             ...................................................

(NORHAYATI BINTI JAAFAR) ( )


Pengurus Pasukan Penolong Kanan Kokurikulum        
SK TELOK KEMANG
GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai