Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MANJUNG
TAHUN 2022

PADA:

13,14, DAN 15 JULAI 2022

(RABU, KHAMIS DAN JUMAAT)

TEMPAT :

GELANGGANG FASA 3C, SERI MANJUNG

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD IRFAAN AFIFI BIN MOHD RAZKI

( PENGURUS PASUKAN BOLA TAMPAR SEKOLAH

SMK PANTAI REMIS)

1
1. PENGENALAN
1.1 Kejohanan Bola Tampar Bawah 18 MSSD Manjung 2022 merupakan acara tahunan yang
diadakan sebagai aktiviti tahunan Unit Kokurikulum Peringkat Daerah. Kejohanan ini
bertujuan untuk mengembangkan lagi bakat-bakat pelajar dan membawa pelajar yang terlibat
ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, pertandingan ini juga menjadi platform kepada
pelajar-pelajar untuk mencungkil bakat-bakat baru dan pelapis-pelapis untuk diketengahkan
pada masa yang akan datang.

2 . OB J EK TIF
2.1 Memperkembangkan potensi peserta yang mewakili SMK Pantai Remis sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
2.2 Memberi peluang meningkatkan markah penilaian kokurikulum kepada pelajar yang
menyertai apa-apa aktiviti peringkat daerah.
3. MATLAMAT
3.1 Menambah lagi bilangan pelajar yang layak ke peringkat seterusnya dengan
mengaharumkan nama SMK Pantai Remis.
3.2 Membina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep Keghairahan
Bersukan.
4. ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER PERBELANJAAAN / PERKARA JUMLAH (RM)

Bantuan Kokurikulum 1) Makanan peserta


13/7/18 – 9 pelajar X RM10.00 90.00
14/7/18 – 9 pelajar X RM10.00 90.00
15/7/18 – 9 pelajar X RM10.00 90.00

2) Yuran Pendaftaran 220.00

JUMLAH RM 490.00

2
5. PENUTUP
Semoga Kejohanan Bola Tampar Bawah 18 MSSD Manjung 2022 ini dapat memenuhi
matlamat dan objektif sukatan GERKO Sukan dan permainan. Hasil penyertaan atlet ini akan
membantu melihat sejauh mana tahap pencapaian peserta dan mencungkil bakat-bakat baru
dalam bidang Sukan Bola Tampar serta memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan
kebangsaan yang berteraskan kepada Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

................................................................ ..................................................
( MOHAMAD IRFAAN AFIFI BIN
MOHD RAZKI )
Pengurus Pasukan Bola Tampar Sekolah
SMK Pantai Remis

Disahkan Oleh:

...........................................

Anda mungkin juga menyukai