Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN E-SPORTS

ANJURAN BADAN WAKIL PELAJAR MRSM TUMPAT SESI 2020/2021

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapat kelulusan Pengetua MRSM Tumpat
bagi melaksanakan Pertandingan E-Sports peringkat MRSM Tumpat 2020.

2.0 LATAR BELAKANG

E-Sukan merupakan satu bidang sukan yang sedang berkembang pesat bukan
sahaja di negara kita malah seluruh dunia. Sukan ini hanya melibatkan pemain untuk
bertanding dalam alam maya (virtual). Tambahan pula, sukan ini sangat sesuai untuk
dilaksanakan pada situasi sekarang yang perlu mematuhi S.O.P Majlis Keselamatan
Negara (MKN) dengan mengelakkan sentuhan secara langsung antara individu.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Matlamat
Pertandingan ini dilaksanakan untuk mencungkil bakat para pelajar dalam
bidang e-sukan. Selain itu, pertandingan ini memberi peluang kepada
pelajar untuk tidak mensia-siakan bakat mereka.

3.2 Peserta
Terbuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga 4 MRSM Tumpat sahaja.

3.3 Tempat / Peralatan


Rumah / Menggunakan gajet masing-masing.

3.4 Tarikh
27 November hingga 5 Disember 2020 (Setiap Jumaat dan Sabtu sahaja)

4.0 PERUNTUKAN DIPOHON

Anggaran keseluruhan keperluan kewangan dipohon untuk melaksanakan


pertandingan ini adalah seperti di dalam lampiran.
5.0 JUSTIFIKASI

Dengan adanya pertandingan ini, diharap dapat membuka peluang kepada


semua pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka dalam bidang e-sukan.

6.0 KESIMPULAN

Adalah diharapkan dengan adanya pertandingan ini, hubungan antara semua pelajar
dapat dieratkan sekali gus menanam semangat kesukanan dalam diri pelajar.
Hasilnya tidak mustahil bahawa ada kalangan pelajar kita yang mampu untuk
mewakili negara dalam bidang sukan ini satu masa nanti.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

NURUL NABILAH BT RAZALI EN MOHD NASRUN BIN ABDULLAH


Exco Sukan Badan Wakil Pelajar 20/21 Guru Penasihat Badan Wakil Pelajar 20/21
Maktab Rendah SAINS MARA Tumpat Maktab Rendah SAINS MARA Tumpat

Tarikh: Tarikh :

Disokong oleh,

EN ASHAR BIN AB MAJID


Pemangku Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat
Maktab Rendah Sains MARA Tumpat

Tarikh :

Diluluskan oleh,

PN ARIFAH ILYANA BT ABDUL RAHMAN


Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Tumpat

Tarikh :
LAMPIRAN : PERUNTUKAN DIPOHON

BIL ITEM JUMLAH SUMBER DIPOHON

1 TEMPAT PERTAMA RM150


TEMPAT KEDUA RM100
TEMPAT KETIGA RM50

2 ANUGERAH: RM50
MOST VALUABLE PLAYER

3 CARD ROOM RM50

JUMLAH RM400

Anda mungkin juga menyukai