Anda di halaman 1dari 30

Kertas Konsep

Pertandingan Kemahiran Bola Baling


MSS Sipitang 2021
1.0 Pengenalan

Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Baling MSS Daerah Sipitang dengan kerjasama UNIT BAKAT (SUKAN), SPM, Pejabat Pendidikan
Sipitang telah merangka program utama bagi memastikan murid terus proaktif dalam permainan bola baling. Antara yang menjadi keutamaan ialah membekalkan jadual
latihan atau dos latihan kepada para pemain yang berpotensi untuk tahun 2021 mengekalkan kecergasan dan kemahiran mereka di rumah. Selain Itu,
menggalakan penyertaan semua murid di Malaysia untuk menambah nilai ilmu dalam permainan bola baling, dan seterusnya menggalakkan penyertaan mereka dalam
peringkat lebih tinggi.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Teknikal Bola Baling mencadangkan pertandingan kemahiran bola baling ini bagi menguji keupayaan psikomotor,
kognitif dan afektif semua murid. Berperang dengan musuh yang tidak nampak, Covid-19 telah mengubah norma baru kehidupan semua warga pendidikan, terutamanya
dalam penganjuran sukan di kalangan murid. Bertindak atas rasa tanggungjawab kepada keterujaan murid yang sudah lama bercuti, Jawatankuasa Teknikal Bola Baling
MSSS mengambil langkah ke hadapan dalam melaksanakan program utama ini.
Kumpulan sasaran sudah semestinya golongan murid yang berbakat dan berminat dalam permainan bola baling. Program ini bakal menguji keupayaan
psikomotor, kognitif dan afektif para murid dalam menambah nilai ilmu di samping mengekalkan tahap kecergasan yang tinggi walaupun murid berada di rumah.
Kemahiran menguasai dan menggunakan pelbagai medium atas talian akan menjadi nilai tambah kepada keupayaan murid untuk berjaya dalam pertandingan ini.

2.0 Rasional

Program ini adalah merupakan langkah ke arah memberikan murid peluang menambah markah PAJSK yang tinggi, disamping memperlihatkan kemahiran dan
kreativiti mereka bertanding secara atas talian, berdisplin mengekalkan kecergasan serta meningkatkan kemahiran murid dalam permainan bola baling.
Memandangkan isu semasa yang melanda berkaitan dengan Covid-19, murid akan ketinggalan dari segi pencapaian khususnya PAJSK berbanding tahun
sebelumnya.
Objektif

 Memastikan pemain yang yang telah di kenalpasti berbakat untuk mewakili negeri masing- masing menjalani latihan kemahiran dalam
mengekalkan prestasi mereka.
 Memberi ruang kepada semua murid meraih markah PAJSK yang tinggi dalam norma baru dengan menyertai program pembangunan dan
pertandingan berkaitan dengan bola baling.
 Memastikan semua murid kekal produktif, kreatif dan berinovatif dalam memperlihatkan kemahiran mereka secara psikomotor, kognitif dan
afektif dengan menggunakan medium media sosial di atas talian bagi kemahiran dalam bidang yang diceburi.

4.0 Penyertaan
Semua sekolah rendah dan menengah daerah Sipitang

Kategori
- 12 Tahun dan Ke Bawah (Lelaki dan Perempuan)
- 15 Tahun dan Ke Bawah (Lelaki dan Perempuan)
- 18 Tahun dan Ke Bawah (Lelaki dan Perempuan)

6.0 Tarikh Pertandingan


Tarikh Pendaftaran 30 Ogos 2021
Tarikh Penerimaan Youtube 10 September 2021
Tarikh Penilaian Peringkat MSS 12 – 13 September 2021

7.0 Pengelola
Sekolah Kebangsaan Pantai, Sipitang.
8.0 Prosedur Standard Operasi (SOP)
Sila rujuk Lampiran A

9.0 Syarat Pertandingan


Sila rujuk Lampiran B

10.0 Peraturan Pertandingan


Sila rujuk Lampiran C

11.0 Rubrik Penskoran


Sila rujuk Lampiran D

Penutup
Dengan terlaksananya Program Pembangunan ini, diharapkan pemain yang terpilih akan berusaha mengekalkan prestasi seterusnya akan menjadi pemain yang lebih
baik menjelang tahun 2022 nanti. Program ini juga akan menjadi platform dalam mengembangkan sukan bola baling dan menarik minat lebih ramai murid dan menjadi
sukan yang digemari. Kerjasama serta sumbangan daripada semua pihak sama ada dalam bentuk moral dan material diucapkan terima kasih dan amat dihargai.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

(J.R. D’SURIAN SEBASTIAN BIN BONIOR) (WALTER ALVIN JANITI ) (HAJI ADNAN BIN OTHMAN)
PTPS Bola Baling MSS (Sek Men) Sipitang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid
Sektor Pembangunan Murid
Lampiran A

SOP PERTANDINGAN

1. Pastikan memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan kontak rapat. (jika berkenaan)

2. Pastikan mengisi nama dan maklumat peribadi yg diperlukan dalam borang pendaftaran sekiranya tiada apikasi MySejahtera. (jika berkenaan)

3. Pastikan aktiviti dilakukan di kawasan kediaman / fasiliti sukan yang mematuhi SOP diluluskan oleh MKN.

4. Pastikan pemakaian pelitup muka (face mask) sebelum dan selepas aktiviti.

5. Pastikan aktiviti dilakukan di kawasan lapang yang tidak terlalu ramai orang.

6. Pastikan penjarakan sosial (social distancing)

7. Pastikan langah-langkah kebersihan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti dipatuhi.

8. Dilarang meludah sembarangan / merata-rata.

9. Pastikan peralatan yang dikongsi dibersihkan, dinyahkuman dan disimpan dalam keadaan yang baik.

10. Pastikan meninggalkan premis / tempat pertandingan secepat mungkin selepas aktiviti.

11. Pastikan tidak bersalaman / bersentuhan dan kurangkan interaksi sosial.

12. Dilarang berkongsi air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan peralatan peribadi.
Lampiran B

SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini TERBUKA kepada semua murid sekolah yang berdaftar dengan MSSS;
Tertakluk kepada peraturan am MSSM;
Terdapat TIGA (3) kemahiran dipertandingkan untuk setiap kategori;
Setiap daerah digalakkan menyertai kemahiran yang dipertandingkan;
Setiap peserta diwajibkan melakukan ketiga-tiga kemahiran dalam maksimum 4 set lakuan;
Setiap kategori hanya diwakili oleh TIGA (3) peserta sahaja;
Tempoh Rakaman adalah 3 minit termasuk sesi pengenalan.
Setiap peserta wajib menghantar rakaman video kemahiran 3 dalam 1. Sekiranya peserta gagal untuk mengemukakan video
tersebut, penyertaan peserta terlibat DIBATALKAN;
Perlanggaran syarat dan peraturan akan membawa kepada pembatalan penyertaan dan tindakan akan dikenakan terhadap
daerah terlibat;
Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki sesuai dengan permukaan gelanggang serta berpakaian sukan yang lengkap.
Pengunaan gam / glue tidak dibenarkan
Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya
bantahan tidak berasas.
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan
adalah muktamad.
Penyertaan WAJIB melalui Pejabat Pendidikan Daerah dan Pengerusi Teknik Daerah masing-masing;
Perkiraan umur dikira dari tarikh dilahirkan pada atau selepas 1 Januari tahun semasa;
Setiap daerah DIGALAKKAN menghantar peserta bagi semua kemahiran yang dipertandingkan;
Setiap peserta perlu melengkapkan dokumen pertandingan seperti berikut :

a. Borang Maklumat Pendaftaran Pertandingan Peserta


b. Rakaman Video Pertandingan bagi peringkat daerah Sipitang SAHAJA dibuat secara memuatnaik di Google Form menerusi link
(Sementara di video yang terpilih ke peringkat negeri dihantar melalui youtube yang unlisted setting.)
UNJURAN PENYERTAAN PERTANDINGAN MENGIKUT KATEGORI, KEMAHIRAN, PESERTA DAN DAERAH

BIL KATEGORI UMUR JUMLAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH


KEMAHIRAN PESERTA SETIAP DAERAH PENYERTAAN
DIPERTANDINGKAN DAERAH KESELURUHAN

1. Lelaki Bawah 12 Tahun 3 3 24 72

2. Lelaki Bawah 15 Tahun 3 3 24 72

3. Lelaki Bawah 18 Tahun 3 3 24 72

4. Perempuan Bawah 12 Tahun 3 3 24 72

5. Perempuan Bawah 15 Tahun 3 3 24 72

6. Perempuan Bawah 18 Tahun 3 3 24 72

JUMLAH KESELURUHAN PENYERTAAN MSSD 2021 432

Nota : Setiap sekolah hanya menghantar TIGA (3) penyertaan untuk setiap kategori umur.

KEMAHIRAN DIPERTANDINGKAN
Mengelecek
Mengacah
Menjaring

VENUE PERTANDINGAN

Peserta boleh melakukan kemahiran di kawasan yang bersimen, rata dan sesuai dengan mengambil kira pematuhan Standard Operasi Prosedur
(S.O.P) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari masa ke masa.

Penyediaan Video Kemahiran (VK)


Rakaman menggunakan telefon pintar, perakam video atau kamera;
Rakaman hendaklah dibuat secara audio dan visual;
Rakaman mestilah jelas, berterusan dan tidak diubah suai;
Elemen multimedia seperti animasi, grafik, ilustrasi dan muzik ketika pengujian kemahiran adalah TIDAK DIBENARKAN;
Format VK adalah dalam bentuk MP4 atau MOV ;
Rakaman video adalah secara melintang (Landscape) dan format video minimum yang dihantar hendaklah
menggunakan saiz 1280x720 HD (720p) atau 1920x1080 FHD (1080p) dan dalam bentuk format MP4 atau MOV;

Peserta dikehendaki berpakaian sukan lengkap dan bersesuaian; DAN


Peserta dikehendaki memberi sesi pengenalan berdurasi 3 minit tanpa edit berikut :

i. Nama Peserta
ii. Sekolah
iii. Daerah
iv. Negeri
v. Kod Sekolah
(Contoh : ABU BIN DALI, SMK LIKAS, KOTA KINABALU, SABAH, XEE4020)

Penghantaran Rakaman Video Kemahiran (VK)


VK yang dihantar hendaklah dinamakan mengikut KEMAHIRAN_NAMA PESERTA_KATEGORI : Contoh : ABU BIN DALI,
BERSEKOLAH DI SMK BUNDU TUHAN, DAERAH RANAU, SABAH)
Bagi daerah Sipitang, peserta hendaklah memuat naik (upload) VK ke menerusi google form yang disediakan PTPS Bola Baling Daerah manakala bagi peringkat
negeri menerusi aplikasi Youtube dalam tetapan “Unlisted” sahaja.
Peserta diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
Semua VK yang dihantar menjadi hak milik MSSS. Oleh itu, peserta tidak dibenarkan memuat naik atau menyebarkan VK
berkenaan di media sosial.
Peserta yang didapati melanggar syarat di atas akan dibatalkan penyertaannya.
Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang atau Jabatan Pendidikan Negeri tidak akan bertanggung jawab untuk menanggung
sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa proses menyediakan VK.
Kandungan VK hendaklah merangkumi Tajuk, komponen 1 dan komponen 2 berikut :

BIL PERKARA ARAHAN / AKTIVITI

1. TAJUK 1. PERINGKAT : MSSS

Thumbnail Youtube 2. DAERAH : PAPAR

(Image) 3. SUKAN : BOLA BALING

4. KATEGORI : 12 TAHUN DAN KE BAWAH

5. JANTINA : LELAKI

2. KOMPONEN 1 1. Menyatakan NAMA PENUH PESERTA

Pengenalan Diri 2. Menyatakan SEKOLAH

3. Menyatakan DAERAH

4. Menyatakan NEGERI

5. Menyatakan KOD SEKOLAH

3. KOMPONEN 2 1. Melakukan kemahiran 4 set lakuan

Lakuan Kemahiran Pilihan 2. Aktiviti kemahiran mesti menepati syarat yang dinyatakan
STRATEGI PELAKSANAAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSS SABAH ONLINE 2021

Kronologi Pertandingan

BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN

1. Hebahan peringkat Daerah 1. PT Daerah

2. Penolong Kanan Kokurikulum

3. Guru Penasihat

4. Jurulatih

Pendaftaran Penilaian Jawatankuasa Pendaftaran

Penilaian Jawatankuasa Panel Penilai

Pengumuman Keputusan Pegawai Pendidikan Daerah

2. Hebahan peringkat MSSS 1. PTPS Negeri

2. PTPS Daerah

Pendaftaran Penilaian Jawatankuasa Pendaftaran

Penilaian melalui Google Meet/Telegram Jawatankuasa Panel Penilai

Pengumuman keputusan Sektor Pembangunan Murid,

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.


Penjurian dan penghakiman
1.Tuan Haji Adnan bin Othman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid (Pemerhati)
2. Wakil Pengelola, SK Pantai Sipitang. (Ketua Juri)
3. En JRD Surian Sebastian bin Bonior, PTPS MSS Sipitang Sek Men, SMK Sindumin
4. En Affiq Ariffin bin Mohd Samsi, PTPS MSS Sipitang Sek Ren, SK Ulu Bole.
5. En Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Sait, Sek Keb Kawang, Sipitang, (Pengadil Bola Baling MSS Sabah).
6. En Japli bin Timbang, SMK Kota Klias Beaufort. (Panel Juri luar)

Segala keputusan penjurian adalah MUKTAMAD;


Sebarang bantahan tidak akan dipertimbangkan; DAN
Lain-lain yang dipertimbangkan.
Lampiran C

PERATURAN PERTANDINGAN

GAMBAR RAJAH PENGELOLAAN STESYEN KEMAHIRAN BOLA BALING


- Peserta akan berlari dari stesyen 1 sambil melantun bola ke hadapan dengan menggunakan tangan kanan.

- Seterusnya peserta berlari ke stesyen 2 dengan bola untuk melakukan kemahiran mengacah di dalam zon penanda kon ungu.

- Kemahiran acahan adalah mengikut kreativiti peserta.

- Selepas itu, peserta berlari ke stesen 3 bersama bola untuk melakukan kemahiran menjaring ke sasaran A dengan cara “jumping shot”.
- Peserta akan berlari dari stesyen 1 sambil melantun bola ke hadapan menggunakan tangan kiri.

- Seterusnya peserta berlari ke stesyen 2 dengan bola untuk melakukan kemahiran mengacah di dalam zon penanda kon ungu.

- Kemahiran acahan adalah mengikut kreativiti peserta.

- Selepas itu, peserta berlari ke stesen 3 bersama bola untuk melakukan kemahiran menjaring ke sasaran B dengan cara
“Standing Shot”.
- Peserta akan berlari dari stesyen 1 sambil melantun bola secara zig zag ke hadapan menggunakan tangan kiri dan kanan.

- Seterusnya peserta berlari ke stesyen 2 dengan bola untuk melakukan kemahiran mengacah di dalam zon penanda kon ungu.

- Kemahiran acahan adalah mengikut kreativiti peserta.

- Selepas itu, peserta berlari ke stesen 3 bersama bola untuk melakukan kemahiran menjaring ke sasaran C dengan cara “Side
Shot”
- Peserta akan berlari dari stesyen 1 sambil melantun bola mengikut kemahiran dan kreativiti sendiri.

- Seterusnya peserta berlari ke stesyen 2 untuk melakukan kemahiran mengacah di dalam zon penanda kon ungu dengan
bola.

- Kemahiran acahan adalah mengikut kreativiti peserta.

- Selepas itu, peserta berlari ke stesen 3 bersama bola untuk melakukan kemahiran menjaringkan gol mengikut sasaran
pilihan sendiri.
Kemahiran Menjaring ( Shooting )

- Jarak kon hijau ke kawasan untuk menjaring minima 5.0 meter

- Ketinggian sasaran A (2.0 meter)

- Ketinggian sasaran B (1.5 meter)

- Ketinggian sasaran C (1.0 meter)

- Sasaran tambahan adalah mengikut ketinggian dan kreativiti peserta


Peralatan yag diperlukan

1. Bola yang digunakan mestilah mengikut saiz kategori umur seperti berikut :

Kategori Saiz Bola


12 TKB(Perempuan) 1

12 TKB (Lelaki) 1

15 TKB (Perempuan) 2

15 TKB (Lelaki) 2

18 TKB (Perempuan) 2

18 TKB (Lelaki) 3

2. Maksimum 4 biji bola

3. Ukuran tiang gol (3m x 2m) mengikut kreativiti peserta (tiada markah tambahan untuk kreativiti tiang gol)

4. Kon / marker atau sebarang alatan yang sesuai sebagai penanda


BILANGAN PENYERTAAN PERINGKAT NEGERI

Kategori Jumlah Pemain Jumlah Daerah Jumlah


1 Sekolah

12 TKB (L) 3 24 72

12 TKB (P) 3 24 72

15 TKB (L) 3 24 72

15 TKB (P) 3 24 72

18 TKB (L) 3 24 72

18 TKB (P) 3 24 72

Keseluruhan 18 144 432


JUMLAH MEDAL & SIJIL PEMENANG INDIVIDU (TERBAIK) :
Kategori JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA JUMLAH

12 TKB (L) 1 1 1 1 1 5

12 TKB (P) 1 1 1 1 1 5

15 TKB (L) 1 1 1 1 1 5

15 TKB (P) 1 1 1 1 1 5

18 TKB (L) 1 1 1 1 1 5

18 TKB (P) 1 1 1 1 1 5

Keseluruhan 6 6 6 6 6 30

JUMLAH SIJIL PENYERTAAN KESELURUHAN

Kategori Jumlah Pemain Jumlah Jumlah Penyertaan


1 Daerah Sekolah
6 18 24 480
JUMLAH PENGADIL DAN TEKNIKAL YANG TERLIBAT

AJK PTPS Daerah Juri Bebas TUAN RUMAH JUMLAH

PANEL PENILAI 2 2 1 5

JUMLAH VIDEO KLIP UNTUK PENILAIAN

KEMAHIRAN KATEGORI 12 TKB 12 TKB 15 TKB 15 TKB 18 TKB 18 TKB


(LELAKI) (PEREMPUAN) (LELAKI) (PEREMPUAN) (LELAKI) (PEREMPUAN)
3 in 1 Skill
72 klip / 3 hari = 72 klip / 3 hari = 72 klip / 3 hari = 72 klip / 3 hari = 72 klip / 3 hari = 72 klip / 3 hari =
24 klip sehari 24 klip sehari 24 klip sehari 24 klip sehari 24 klip sehari 24 klip sehari

12 TKB 12 TKB 15 TKB 15 TKB 18 TKB 18 TKB


ANGGARAN JAM SEHARI
(LELAKI) (PEREMPUAN) (LELAKI) (PEREMPUAN) (LELAKI) (PEREMPUAN)

4 Minit X 24 Klip = 4 Minit X 24 Klip = 4 Minit X 24 Klip = 4 Minit X 24 Klip = 4 Minit X 24 Klip = 4 Minit X 24 Klip =
3 in 196
Skill
Minit 96 Minit 96 Minit 96 Minit 96 Minit 96 Minit
(1 Jam 36 Minit) (1 Jam 36 Minit) (1 Jam 36 Minit) (1 Jam 36 Minit) (1 Jam 36 Minit) (1 Jam 36 Minit)
PROSES KERJA PENYEDIAAN VIDEO KEMAHIRAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN MSSM SECARA DALAM TALIAN 2021
PERINGKAT SEKOLAH
PERINGKAT DAERAH
PERINGKAT NEGERI
PERINGKAT KEBANGSAAN
BORANG SKOR PEMARKAHAN
PERTANDINGAN BOLA BALING MSSS SECARA DALAM TALIAN 2021

NAMA : ________________________________________________________ KATEGORI : ___________________________________


SEKOLAH : ________________________________________________________ DAERAH : ___________________________________

SKALA PEMARKAHAN
BIL KEMAHIRAN CATATAN
LEMAH SEDERHANA MEMUASKAN BAIK CEMERLANG
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 Pengenalan Diri
SET 1
 Kemahiran Menggelecek (kanan)
2  Kemahiran Mengacah (bebas)
 Kemahiran Menjaring (melompat & sasaran A)
 Kelancaran Pergerakan
SET 2
 Kemahiran Menggelecek (kiri)
3  Kemahiran Mengacah (bebas)
 Kemahiran Menjaring (statik & sasaran B)
 Kelancaran Pergerakan
SET 3
 Kemahiran Menggelecek (zig-zag)
4  Kemahiran Mengacah (bebas)
 Kemahiran Menjaring (sisi & sasaran C)
 Kelancaran Pergerakan
SET 4
 Kemahiran Menggelecek (bebas)
5  Kemahiran Mengacah (bebas)
 Kemahiran Menjaring (bebas)
 Kelancaran Pergerakan

JUMLAH MARKAH 170


MAKLUMAT PEGAWAI PENILAI PEGAWAI PENGESAH
Tandatangan

Nama
MyKad & Negeri
RUBRIK PENSKORAN

PERTANDINGAN BOLA BALING MSSM SECARA DALAM TALIAN 2021


BIL KEMAHIRAN SKALA PEMARKAHAN KRITERIA
LEMAH (1-2) SEDERHANA (3-4) MEMUASKAN (5-6) BAIK (7-8) CEMERLANG (9-10)
1 Pengenalan Diri Menampakkan Menampakkan Menampakkan Menampakkan Menampakkan Menyatakan dengan jelas : nama penuh / nama
keyakinan diri yang keyakinan diri yang keyakinan diri yang keyakinan diri yang keyakinan diri yang sekolah / daerah dan kod sekolah
amat rendah rendah memuaskan tinggi amat tinggi
1. Pergerakan 1. Pergerakan 1. Pergerakan 1. Pergerakan 1. Pergerakan 1. Melakukan lantunan bola yang terkawal.
kawalan bola yang kawalan bola yang kawalan bola yang kawalan bola yang kawalan bola yang 2. Menyentuh tangan pada bahagian
lemah sederhana memuaskan baik cemerlang atas bola manakala jari sentiasa terbuka.
2 Menggelecek (Dribbling) 2. Keseimban 2. Keseimban 2. Keseimban 2. Keseimban 2. Keseimban 3. Melakukan lantunan bola dengan
gan dan postur gan dan postur gan dan postur gan dan postur gan dan postur jari dan bukan dengan tapak tangan.
badan yang lemah. badan yang badan yang badan yang baik badan yang 4. Menolak bola ke permukaan
3. Kelancaran sederhana memuaskan 3. Kelancaran cemerlang gelanggang dengan pergerakkan pada
lakuan dan 3. Kelancaran 3. Kelancaran lakuan dan 3. Kelancaran pergelangan tangan.
kesinambungan lakuan dan lakuan dan kesinambungan lakuan dan 5. Tinggi lantunan hendaklah pada
kemahiran ke stesyen kesinambungan kesinambungan kemahiran ke stesyen kesinambungan aras yang sesuai.
seterusnya lemah kemahiran ke stesyen kemahiran ke stesyen seterusnya baik kemahiran ke stesyen
seterusnya seterusnya seterusnya
sederhana memuaskan cemerlang
1. Keseimban 1. Keseimba 1. Keseimba 1. Keseimba 1. Keseimba 1. Posisi untuk mengubah
gan dan postur ngan dan postur ngan dan postur ngan dan postur ngan dan postur arah bagi mengelirukan pihak
badan yang lemah. badan yang badan yang badan yang baik badan yang lawan.
2. Lakuan sederhana memuaskan 2. Lakuan cemerlang 2. Gerakan kaki sambil mengawal
3 Mengacah (Feinting) gerakan 2. Lakuan 2. Lakuan gerakan 2. Lakuan bola pada paras pinggang.
mengelirukan yang gerakan gerakan mengelirukan yang gerakan 3. Gerakan badan untuk
lemah mengelirukan yang mengelirukan yang baik mengelirukan yang mengelirukan pihak lawan.
3. Kelancaran sederhana memuaskan 3. Kelancaran cemerlang 4. Gerakan maju ke hadapan untuk
lakuan dan 3. Kelancaran 3. Kelancaran lakuan dan 3. Kelancaran melakukan gerak keliru ke arah pihak lawan.
kesinambungan lakuan dan lakuan dan kesinambungan lakuan dan 5. Mempunyai imbangan dalam
kemahiran ke stesyen kesinambungan kesinambungan kemahiran ke stesyen kesinambungan pergerakan badan
seterusnya lemah kemahiran ke stesyen kemahiran ke stesyen seterusnya baik kemahiran ke stesyen
seterusnya seterusnya seterusnya
sederhana memuaskan cemerlang
1. Kawalan 1. Kawalan 1. Kawalan 1. Kawalan 1. Kawalan 1. Hayunan tangan yang betul
bola dan postur bola dan postur bola dan postur bola dan postur bola dan postur mengikut jenis jaringan.
pergerakan yang pergerakan yang pergerakan yang pergerakan yang pergerakan yang 2. Berkemampuan mengawal
lemah. sederhana. memuaskan baik. cemerlang. imbangan dan pergerakan badan.
2. Mencipt 2. Mencipt 2. Mencipt 2. Mencipt 2. Mencipt 3. Memberi tumpuan dan perhatian penuh.
4 Menjaring (Shooting) a ruang yang a ruang yang a ruang yang a ruang yang a ruang yang 4. Bijak mencari ruang.
sesuai dan sesuai dan sesuai dan sesuai dan sesuai dan 5. Ikut lajak.
mengikut lajak mengikut lajak mengikut lajak mengikut lajak mengikut lajak
selepas lakuan selepas lakuan selepas lakuan selepas lakuan selepas lakuan
jaringan jaringan jaringan jaringan jaringan
adalah lemah adalah sederhana adalah memuaskan adalah baik adalah cemerlang
3. Jaringa 3. Jaringa 3. Jaringa 3. Jaringa 3. Jaringa
n ke sasaran n ke sasaran n ke sasaran n ke sasaran n ke sasaran
yang ditetapkan yang ditetapkan yang ditetapkan yang ditetapkan yang ditetapkan
adalah adalah adalah adalah adalah
amat tidak tepat tidak tepat hampir tepat tepat amat tepat
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai