Anda di halaman 1dari 15

N S U K A N S TA C K I N G

J OH A N A
TAKLIMAT KE K AT N E G E R I
K H A S P E R I N G
PENDIDIKAN
PE RAK 2 0 2 3
TARIKH PELAKSANAAN
NEGERI
Pertandingan / Pendaftaran : 15-21 MEI 2023
Tarikh Tutup Penyertaan : 6.00 petang

21 MEI 2023
MU M
A N U
AT UR
P E R
T D AN
YA R A
S
1. PENGENALAN

1.1 Garis panduan ini adalah sebagai rujukan bagi pengurusan Kejohanan Sukan e-Stacking Pendidikan Khas
yang dilaksanakan secara dalam talian kepada semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang
menyediakan perkhidmatan Pendidikan Khas.

1.2 Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan kokurikulum dan sukan
pendidikan khas dapat dianjurkan walaupun pertandingan secara bersemuka tidak dapat diadakan.

1.3 Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan MBK menceburi aktiviti sukan dan kokurikulum bagi
mengembangkan bakat serta potensi MBK dari peringkat yang bawah ke peringkat yang lebih tinggi.
2. ACARA, KATEGORI DAN BILANGAN PESERTA

1. Acara ini terbuka kepada peserta MBK lelaki dan perempuan mengikut kategori BP,BD,BL, SD
dan PH di sekolah menengah dan sekolah rendah mengikut jadual di bawah:
3. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

- Semua rakaman/bahan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak milik
KPM. Pihak KPM berhak menggunakan rakaman/bahan tersebut dalam apa jua
bentuk dan tujuan.

- Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak


memenuhi terma dan syarat pertandingan.

- Setiap peserta hanya boleh menyertai satu (1) kategori sahaja dan perlu
melengkapkan ketiga-tiga (3) disiplin pertandingan iaitu disiplin 3-3-3,
disiplin 3-6-3 dan disiplin Cycle.
- Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian menggunakan aplikasi yang telah
disediakan oleh pihak penganjur dengan menyertakan maklumat seperti yang berikut:

a)kategori pertandingan
b)gambar peserta
c)nama penuh
d)no. kad pengenalan
e)no. kad OKU
f)jantina
g)nama negeri
h)nama pengurus pasukan
i)e-mel ID Delima
j)no. telefon
k)pautan rakaman Youtube (unlisted)

-Salinan kad pengenalan dan kad OKU yang disahkan perlu dimuat naik semasa pendaftaran penyertaan dalam
satu (1) fail menggunakan format *pdf.

-Boleh memakai pakaian berlogo sekolah atau negeri.


-Rakaman video perserta boleh bertanda sekolah, daerah atau negeri.

-Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

-Semua urusan pendaftaran peserta wajib dilakukan oleh pengurus pasukan negeri.

-Setiap penyertaan perlu mendapatkan Surat Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga.


4.HADIAH DAN SIJIL

4.1Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.

4.2Pemenang akan menerima hadiah, sijil penyertaan dan sijil


pencapaian.
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN e-STACKING

1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan
Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Masalah Pembelajaran (BP), Kurang Upaya
Pendengaran (BD) Kurang Upaya Penglihatan (BL 2/3) dan Kurang Upaya Fizikal
(PH).

2. Pertandingan adalah secara individu mengikut kategori berikut:


i. BD Sekolah Rendah
ii. BD Sekolah Menengah
iii. BL Sekolah Rendah
iv. BL Sekolah Menengah
v. BP Sekolah Rendah
vi. BP Sekolah Menengah
vii. BP Sindrom Down Sekolah Rendah
viii. BP Sindrom Down Sekolah Menengah
ix. PH Sekolah Rendah
x. PH Sekolah Menengah
1. Disiplin pertandingan adalah seperti berikut:
i. Acara 3-3-3: Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke
kanan atau kanan ke kiri (bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) di sebelah kiri,
tengah dan kanan.

ii. Acara 3-6-3: Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke
kanan atau kanan ke kiri (bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) cawan di sebelah
kiri, enam (6) cawan di tengah dan tiga (3) cawan di sebelah kanan.

iii. Acara Cycle: Turutan susunan 3-6-3 disusun hingga menjadi 1-10-1 secara stack up
dan stack down dan diakhiri hingga membentuk set cawan 3-6-3.
1. Peserta perlu menghantar pautan (link) video rakaman pertandingan Sukan
e-Stacking bagi ketiga-tiga (3) disiplin melalui aplikasi yang akan
disediakan oleh pihak penganjur.

2. Pautan video rakaman mestilah dalam bentuk paparan landskap dan perlu
disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form yang disediakan.

3. Sukan stacking perlu menggunakan peralatan yang mengikut standard


pertandingan iaitu keluaran WSSA yang mempunyai logo “Speed Stacks” seperti
yang berikut:
i. Cawan (12 biji)
ii. Tikar (mat)
iii. Jam masa (timer)
iv. Jam besar (pilihan)
7.Pengadil akan merujuk kepada masa pertandingan dan pemenang ditentukan berdasarkan
masa terpantas.

8.Keputusan pengadil adalah muktamad.

9.Semua urusan pendaftaran peserta wajib dilakukan oleh pengurus pasukan.

10.Setiap penyertaan MBPK perlu mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga.

11.Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan mana-mana pasukan


yang bertanding jika didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
SUKAN STACKING

Q&A
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai