Anda di halaman 1dari 16

TERMA DAN SYARAT

PROGRAM KECERGASAN
1MURID 1SUKAN
‘ONE SONG FIT WORKOUT’
(SECARA DALAM TALIAN)
PERINGKAT DAERAH 2021
ANJURAN:

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (SUKAN)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

PENGELOLA:

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (SUKAN)


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA
MATLAMAT PROGRAM KECERGASAN 1MURID 1SUKAN

1.1. Menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti sukan yang dirancang secara
teratur oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dilaksanakan
sendiri oleh murid secara individu mengikut lokasi keberadaan masing-masing;

1.2. Program yang dilaksanakan dalam bentuk BUKAN pertandingan ini akan menjadi
medium penggerak ke arah gaya hidup murid yang aktif dan sihat walaupun tidak
dilaksanakan secara bersemuka; dan

1.3. Meningkatkan peranan pihak sekolah secara berterusan dalam menyokong


pelibatan murid-murid dalam penganjuran program di bawah Dasar 1Murid 1Sukan.
MOOD DAN KAEDAH PERLAKSANAAN PROGRAM

ØProgram berbentuk aktiviti sukan terkawal melibatkan penyertaan murid.


ØDibuka penyertaan kepada semua murid WARGANEGARA yang bersekolah
sepenuh masa di sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
ØProgram Kecergasan ini akan dijalankan mengikut fasa . Setiap murid
dibenarkan menyertai satu pertandingan sahaja.1 murid 1 penyertaan.
TERMA DAN SYARAT UMUM

Ø Setiap penyertaan wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)

semasa untuk menangani penularan pandemik COVID-19.


ØPenyertaan adalah PERCUMA.

Ø Sebarang kos (sekiranya ada) sebelum, semasa dan selepas menyertai

aktiviti ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh murid / peserta.


Ø Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati peserta memuat naik catatan
kecergasan atau video kecergasan/kemahiran milik individu lain.
TERMA DAN SYARAT UMUM

ØMurid di bawah umur 18 tahun wajar ditemani / dibimbing oleh ibubapa atau orang
dewasa sewaktu menjalankan aktviti.
ØPeserta adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri semasa
menjalankan aktiviti dan bukan di bawah tanggungjawab penganjur sekiranya berlaku
perkara-perkara yang tidak diingini sepanjang menyertai program ini.
ØMurid tidak dibenarkan menyebarkan rakaman video pertandingan dimana-mana
platform media sosial. Video penyertaan adalah menjadi hak milik pihak penganjur dan
pihak penganjur boleh menggunakan video tersebut untuk mana-mana program yang
akan datang.
ØSebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.
SIJIL PENYERTAAN

Setiap murid yang menyertai program ini akan


menerima Sijil Penyertaan 1Murid 1Sukan (1M 1S)
yang (e-Sijil) akan disampaikan melalui Pejabat
Pendidikan Daerah.
KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

ØPertandingan ini terbuka kepada semua MURID WARGANEGARA

MALAYSIA yang bersekolah sepenuh masa di sekolah yang berdaftar


di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

ØPenyertaan adalah dari kalangan Murid Tahap Dua sekolah rendah

(Tahun 4 hingga Tahun 6) dan Murid Sekolah Menengah (Ting.


Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.
JADUAL JENIS AKTIVITI, JARAK DAN MASA MENGIKUT KUMPULAN UMUR

KUMPULAN UMUR MASA MASA

NEGERI KEBANGSAAN

10 - 12 TAHUN 2 MINIT 3 MINIIT

13 - 15 TAHUN 3 MINIT 4 MINIT

16 - 18 TAHUN 4 MINIT 5 MINIT

JAWATANKUASA TEKNIKAL DAERAH TELAH MENETAPKAN MASA MENGIKUT


KETETAPAN DI PERINGKAT NEGERI.
PENDAFTARAN

ØSetiap murid yang berminat menyertai program ini perlu


mendaftar melalui borang pendaftaran (Google Form) yang
disediakan oleh Penyelaras 1M1S.

ØSetiap pendaftaran hanya sah untuk seorang murid dan satu

jenis aktiviti yang disertai.


FIT WORKOUT
ØPenyertaan adalah PERCUMA dan penyertaan adalah berdasarkan mewakili sekolah.

ØFASA 1 (Sekolah) - Diuruskan oleh pihak sekolah, iaitu setiap sekolah akan melantik Panel Pemilihan dan Penghakiman untuk menilai video

penyertaan. Semua penyertaan video bagi FASA 1 akan mendapat pengiktirafan peringkat DAERAH/KAWASAN/ZON untuk pengiktirafan PAJSK.
Pihak sekolah dikehendaki menyediakan pautan pendaftaran bagi penyertaan peringkat FASA 1. Cadangan panel yang dilantik adalah seperti
berikut:-

PANEL PEMILIHAN DAN PENGHAKIMAN – FASA 1

1. Pengetua

2. Guru Kanan Kokurikulum

3. Setiausaha Sukan

4. Penolong Setiausaha Sukan

5. Ketua Panitia PJK

6. Setiausaha Panitia PJK

7. Dua (2) Orang Guru Panitia PJPK

HANYA 6 VIDEO SAHAJA YANG AKAN DI HANTAR KE PERINGKAT DAERAH.


KAEDAH PENYERTAAN MURID

ØMurid bebas untuk memilih sebarang jenis lagu yang difikirkan


sesuai dengan rutin workout yang ingin dipersembahkan. (beat
120-130 adalah sesuai) https://youtu.be/HdFDMzZtgXo
ØLagu yang dipilih tidaklah memiliki unsur-unsur keagamaan,
keganasan, lirik atau irama kurang sopan serta peka terhadap
sensitiviti amalan berbilang kaum di Malaysia.
ØMurid bebas memilih rutin workout mereka dan WAJIB
melakukan LIMA (5) jenis rutin workout yang berlainan yang
telah ditetapkan. Rujuk rutin di bawah.
ØMurid hendaklah melakukan rutin workout yang dipilih selari/seragam
dengan lagu pilihan mereka.
ØPakaian semasa workout adalah bersesuaian dengan aktiviti untuk
melakukan senaman dan tidak mencolok mata.
ØRuang melakukan rutin workout berukuran 3m x 3m dan hendaklah
ditandakan dengan alatan yang bersesuaian agar menampakkan tertib dan
kesesuaian rakaman video.
ØVideo penyertaan hendaklah dirakam dalam bentuk lanskap dan secara

pegun dengan kamera video hendaklah diletakkan di satu tempat yang tetap
dan tidak digerakkan sepanjang pengambaran video tersebut. Penggunaan
tripod kamera adalah digalakkan.
ØVideo rakaman mestilah dirakam bersama muzik berdurasi mengikut

masa yang telah ditentukan bagi setiap kategori umur.


ØVideo rakaman mestilah dibuat dalam satu rakaman terus. Suntingan

‘cut and paste’ antara video berlainan tidak dibenarkan.


ØSuntingan menambah kelajuan video daripada kelajuan asal tidak

dibenarkan.
ØSuntingan lain seperti pencahayaan, transisi, ‘visual effect’ dan lain-lain

yang tidak mengubah rakaman lakuan adalah dibenarkan.


VIDEO RUTIN FIT WORKOUT
VIDEO CONTOH FIT WORKOUT

Anda mungkin juga menyukai