Anda di halaman 1dari 10

About Dream and Idea

KERTAS KONSEP

GEMAAN IRAMA
selawat dan Takbir RAYA
Remaja kebangsaan 2024

Anjuran Bersama:

matcheX About Dream and Idea


(Malaysian Trainers & Coaches of Talent Excellence Organisation
PPM-018-14-23102020)
&
GERKO MATCH EVENT MANAGEMENT
Dengan Kelulusan:
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(Bah. Sukan, Kokurikulum dan Kesenian)
KERTAS KONSEP
GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR RAYA
REMAJA KEBANGSAAN 2024 KELAB DAN PERSATUAN

1.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) adalah membawa maksud apa-apa jua kegiatan yang
dirancang daripada pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan peluang
kepada murid-murid untuk mengukuh, menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai
yang dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara
terancang oleh guru-guru pemimpin di sekolah.

GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR RAYA REMAJA KEBANGSAAN 2024 adalah satu
program berbentuk pertandingan bertujuan menyuburkan benih serta mengukuhan lagi
keyakinan mereka terhadap Junjungan Besar Muhammad SAW dan Islam yang syumul kepada
remaja-remaja Islam masa kini. Program seumpama ini secara tidak langsung dapat
membudayakan remaja-remaja Islam agar membaca Selawat dan Takbir kerana Islam amat
menuntut setiap yang beragama Islam hendaklah sentiasa membasahi bibirnya dengan
berselawat ke atas Baginda Nabi.

APAKAH hukum berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW?

Kelihatan pada zahirnya ia adalah seperti zikir yang lazim, namun jika dilihat kepada pandangan
para ulama yang arif berkaitan dengan hukum, maka ia mungkin sudah cukup untuk mendorong
kita mewajibkan diri untuk memperbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Menurut al-Hafiz al-Sakhawi yang menukilkan pandangan Imam Ibn 'Abd Al-Barr bahawa para
ulama telah bersepakat mengenai hukum berselawat kepada Nabi Muhammad adalah fardu
kepada semua yang beriman berdasarkan firman Allah dalam surah al-Ahzab, Ayat 56 yang
bermaksud:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi (Muhammad). Wahai
orang yang beriman, berselawatlah kalian kepadanya (Nabi Muhammad SAW) dan berilah
salam kesejahteraan dengan penghormatan sepenuhnya."

Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di
sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW
sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah
SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Terdapat satu riwayat di dalam Al-Sunan Al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi bahawa akan
dibentangkan setiap selawat daripada umat Nabi Muhammad SAW kepada Baginda SAW pada
setiap hari Jumaat:

1
Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat


yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat.
Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling
hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

Malaysian Trainers and Coaches of Talent Excellence Organisation (MATCHEX) akan


menganjurkan satu Pertandingan GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR RAYA REMAJA
KEBANGSAAN 2024 bertujuan untuk memupuk semangat berselawat dan bertakbir dikalangan
anak muda Islam demi menyahut seruan dan tuntutan agama sepertimana yang telah
diterangkan di atas. MATCHEX juga akan menjadikan program ini sebagai program tahunan
untuk mencungkil bakat-bakat Istimewa remaja Islam dan berlumba untuk mengejar ganjaran
pahala kepada semua yang terlibat di dalam program ini.

MATCHEX adalah merupakan sebuah pertubuhan berstatus kebangsaan yang sah dan berdaftar
di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Ianya diasaskan serta dikendalikan
oleh sekumpulan guru-guru pemimpin bersama jurulatih-jurulatih bakat yang bertauliah dalam
pelbagai bidang, sentiasa aktif bagi membawa maksud untuk menggali, meneroka, mencari,
mengembang, mengasah dan mengiktiraf bakat-bakat anak muda Malaysia untuk disetarakan
dengan bakat-bakat yang ada dipersada Antarabangsa. MATCHEX juga akan sentiasa
melakukan reformasi bakat dengan sentiasa mengalukan fikiran di luar kotak dengan tujuan
untuk menaikkan semangat anak-anak muda Malaysia agar sentiasa berani bersaing ke
peringkat yang lebih tinggi.

MATCHEX mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan ini secara dalam talian sahaja
disebabkan wabak COVID19 masih belum putus rantaiannya dan masih merebak dalam skala
yang membimbangkan. Bagi mengambil langkah berwaspada dan berjaga-jaga maka program ini
adalah dinasihatkan untuk dilaksanakan dalam persekitaran yang selamat iaitu dalam kumpulan
yang kecil serta tidak bersesak-sesak.

2.0 VISI

Merangsang peserta yang menyertai pertandingan GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR
RAYA REMAJA KEBANGSAAN 2024 ini supaya dapat menyemai kasih dan cinta yang lebih
padu terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta mengikuti syariat yang telah
dibawa oleh baginda Nabi SAW.

3.0 MISI

Membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya dalam menyediakan pelbagai


platform program bersesuaian bagi:

1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak-pihak yang berkaitan dengan program


ini.
2. Menerapkan dalam diri setiap peserta tentang peri pentingnya keimanan dalam
pembentukan sahsiah diri.
3. Mewujudkan budaya mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupan seharian.

2
4.0 ACARA DAN KATEGORI PERTANDINGAN

4.1. Acara Selawat Nabi

- Irama Selawat yang dipertandingkan adalah:


a. Irama Selawat Badariyah
b. Irama Selawat Tafrijiyyah
c. Irama Selawat Busyro.

- Kategori yang dipertandingkan iaitu: (Lelaki dan Perempuan)


a. Kategori Pasukan Lelaki 13-18 tahun (L18)
b. Kategori Pasukan Perempuan 13-18 tahun (P18)
c. Kategori Pasukan Lelaki bawah12 tahun (L12)
d. Kategori Pasukan Perempuan bawah 12 tahun (P12)

4.2. Acara Takbir Hari Raya

- Kategori yang dipertandingkan iaitu: (Lelaki Sahaja)


a. Kategori Pasukan Lelaki 13-18 tahun (L18)
b. Kategori Pasukan Lelaki bawah12 tahun (L12)

5.0 TARIKH PENDAFTARAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh untuk pendaftaran menyertai pertandingan GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR
RAYA REMAJA KEBANGSAAN 2024 (KELAB DAN PERSATUAN) ini seperti berikut:

PENDAFTARAN:-
Bermula: 1 April 2024
Tamat: 11 Mei 2024

PELAKSANAAN TUGASAN:-
Bermula: 15 Mei 2024
Tamat: 7 Jun 2024

3
6.0 SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

6.1. TERBUKA dan PERCUMA

6.2. Remaja yang beragama ISLAM

6.3. Berumur dari 7 hingga 18 tahun tanpa mengira kaum, keturunan, serta jantina.

6.4. Remaja dari semua kolej dan sekolah di pelbagai peringkat termasuklah, Kolej
Vokasional, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,
Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Rendah Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan lain-lain.

TERBUKA kepada semua yang bersekolah secara formal atau tidak formal,
dengan bantuan Kerajaan Pusat, Negeri, swasta dan juga persendirian.

6.5. Remaja yang menganggotai mana-mana kelab dan persatuan berunsur


kerohanian dan agama islam.

6.6. PENDAFTARAN penyertaan pertandingan ini hendaklah dibuat secara


berpasukan iaitu seramai 7 orang ahli dalam satu pasukan.

6.7. Tiada had penyertaan berpasukan dalam mana-mana acara bagi pertandingan ini.

6.8. Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil SATU acara sahaja untuk
pertandingan ini.

6.9. Pendaftaran penyertaan pertandingan ini perlu dibuat secara dalam talian sahaja,
dengan mengikuti link/pautan yang diberikan. Sebarang kesilapan dalam memilih
acara adalah di bawah tanggungjawab sendiri.

6.10. PERLU diambil peringatan bahawa semua hasil karya video bagi pertandingan ini
akan kekal menjadi hak milik bersama pihak penganjur dan juga peserta.
Penganjur berhak mengguna, memuatnaik atau menerbitkan semula hasil karya
dan video tersebut bagi tujuan Pendidikan dan Promosi semasa atau selepas
tamat program ini di semua saluran media. Mana-mana pasukan dan peserta
adalah DILARANG sama sekali menerbitkan video pertandingan ini di mana-
mana saluran media sehinggalah keputusan rasmi diumumkan.

6.11. SEGALA penghasilan video/karya pertandingan ini hendaklah asli serta belum
pernah menyertai mana-mana pertandingan. Ianya perlu bebas daripada
sebarang hak cipta terpelihara pihak-pihak lain dan juga bebas dari perisian cetak
rompak. Sebarang keputusan kemenangan boleh ditarik kembali jika terdapat
unsur-unsur ciplak dan penipuan.

6.12. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk tuntutan


terhadap keseluruhan atau sebahagian karya tugasan oleh mana-mana pihak
yang berkaitan jika ada.

4
6.13. Penggunaan Bahasa Melayu, Inggeris atau lain-lain Bahasa dan dialek
dibenarkan untuk digunakan dalam menghasilkan sesuatu karya tugasan. Subtitle
diwajibkan dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu sekiranya menggunakan lain-
lain Bahasa atau Dialek di dalam video.

6.14. Guru pembimbing/pengurus pasukan dan peserta digalakkan “subscribe channel”


telegram Matchex Broadcast Media bagi mengikuti perkembangan dan sebarang
pengumuman semasa berkaitan pertandingan ini berlangsung. Guru
pembimbing/pengurus pasukan juga hendaklah sentiasa berwaspada dengan
tarikh-tarikh penting dalam pertandingan ini dengan sentiasa menyemak email
yang telah didaftarkan (inbox, spam dan promotion). Segala pautan/link
penghantaran video pertandingan dan kod pasukan akan dihantar melalui email.

6.15. Semua pasukan dan peserta hendaklah mematuhi serta mengikuti segala syarat
pertandingan yang telah ditetapkan. Segala syarat yang lengkap boleh dirujuk di:
www.matchexcellence.org/gemaanselawattakbir2024

6.16. ADALAH DIINGATKAN BAHAWA SEMUA PENYERTAAN DALAM


PERTANDINGAN GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR RAYA REMAJA
KEBANGSAAN 2024 INI ADALAH SECARA BEBAS, SUKARELA DAN TIADA
SEBARANG UNSUR PAKSAAN SERTA TELAH MENDAPAT KEIZINAN
PENJAGA.

7.0 PANDUAN PENDAFTARAN PERTANDINGAN

Panduan kepada Guru Pembimbing dan pengurus pasukan.

1. Pergi ke laman sesawang - www.matchexcellence.org


2. Klik – Selawat dan Takbir Remaja Kebangsaan 2024
3. Pilih Acara – (SELAWAT, TAKBIR)
4. Baca dan Fahami syarat-syarat aktiviti
5. Klik link Daftar - Pilih Kategori (L18, L12, P18, P12)
6. Lengkapkan borang pendaftaran
7. Hantar/submit
8. Semak email

8.0. SIJIL-SIJIL

*** Segala urusan pembahagian dan pengedaran sijil-sijil serta hadiah adalah dalam tempoh 30
hari selepas tarikh pengumuman keputusan rasmi.

SIJIL DIGITAL

Sijil - Sijil Penyertaan dan Pencapaian adalah secara Digital sahaja. Sijil Penyertaan
akan diberikan kepada semua penyertaan yang telah menyempurnakan dan menghantar
video pertandingan sahaja. Tiada sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada pasukan yang
tidak menghantar video pertandingan walaupun telah mendaftar penyertaan.

5
SIJIL PENCAPAIAN

Sijil Pencapaian akan dikeluarkan kepada pasukan yang mendapat tempat Pertama
hingga ke Lima sahaja mengikut acara dan kategori.

SIJIL PENGHARGAAN

Sijil Penghargaan sebagai Fasilitator akan diberikan kepada guru pembimbing/pengurus


pasukan secara Digital melalui pautan yang akan diberikan. Pihak penganjur hanya
berurusan dengan guru pembimbing/pengurus pasukan yang didaftarkan sahaja.

9.0. YURAN PENYERTAAN PROGRAM

Penyertaan bagi pertandingan GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR RAYA


REMAJA KEBANGSAAN 2024 adalah PERCUMA

10.0. TUGASAN PERTANDINGAN

Untuk menyertai pertandingan GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR RAYA


REMAJA KEBANGSAAN 2024 ini setiap pasukan hendaklah menghasilkan satu
rakaman video kreatif seperti berikut:

10.1. Acara Selawat Nabi bagi kategori (Pasukan Lelaki dan Perempuan)

a. Durasi masa video adalah minimum 3:00 minit dan maksimum 7:00 minit
sahaja termasuk intro, kredit dan disebalik tabir.
b. Format yang dibenarkan adalah MOV atau MP4.
c. Resolusi minimum 1080p dan ke atas.
d. Kualiti gambar dan audio perlu baik dan jelas.
e. Penggunaan kesan khas adalah dibenarkan mengikut kreativiti pasukan
masing-masing.
f. Pilih SATU sahaja irama (Selawat Badriyah, Selawat Tafrijiyah, Selawat
Busyro). Remix juga dibenarkan.
g. Perlu dianggotai seramai 7 orang peserta dalam satu pasukan.
h. Pemakaian adalah perlu mengikut kesesuaian tema program.
i. Video perlulah dimasukkan logo Matchex dan logo serta nama pasukan jika
ada di awal persembahan.
j. Video perlulah kreatif dengan memasukkan latar belakang yang bersesuaian.
(teknik green screen) atau berkonsepkan muzik video.
k. Hantar segala video yang akan dipertandingkan sebelum/pada 7 Jun 2024
melalui link yang telah diberi melalui email.

10.2. Acara Takbir Hari Raya bagi kategori (Pasukan Lelaki sahaja)

a. Durasi masa video adalah minimum adalah 5:00 minit dan maksimum 10:00
minit sahaja termasuk intro, kredit dan disebalik tabir.
b. Format yang dibenarkan adalah MOV atau MP4.
c. Resolusi minimum 1080p dan ke atas.
6
d. Kualiti gambar dan audio perlu baik dan jelas.
e. Penggunaan kesan khas adalah dibenarkan mengikut kreativiti pasukan
masing-masing.
f. Perlu dianggotai seramai 7 orang peserta dalam satu pasukan.
g. Pemakaian adalah perlu mengikut kesesuaian tema program.
h. Video perlulah dimasukkan logo Matchex dan logo serta nama pasukan jika
ada di awal persembahan.
i. Video perlulah kreatif dengan memasukkan latar belakang yang bersesuaian.
(teknik green screen)
j. Alunan Takbir Raya adalah mengikut kreativiti pasukan masing-masing.
k. Hantar segala video yang akan dipertandingkan sebelum/pada 7 Jun 2024
melalui link yang telah diberi melalui email.
l. Video pemenang-pemenang acara Takbir Raya akan dimuat naik ke dalam media
rasmi Matchex dan akan disiarkan sepanjang Hari Raya Aidiladha 2024.

11.0. PEMARKAHAN

11.1. Acara Selawat Nabi


Bil KRITERIA MARKAH
1. Penyampaian Mesej Tema 25%
2. Ketepatan pilihan Irama dan Penghayatan 20%
3. Kemerduan dan ton suara 15%
4. Suntingan Video / Sinematografi 10%
5. Intro, kredit dan disebalik tabir 10%
6. Kesan khas bunyi dan latarbelakang 10%
7. Faktor WOW 10%

11.2. Acara Takbir Raya


Bil KRITERIA MARKAH
1. Kreativiti Alunan Takbir 25%
2. Ketepatan pilihan Irama dan Penghayatan 20%
3. Kemerduan dan ton suara 15%
4. Suntingan Video / Sinematografi 10%
5. Intro, kredit dan disebalik tabir 10%
6. Kesan khas bunyi dan latarbelakang 10%
7. Faktor WOW 10%

12.0. PROSES PENJURIAN

Penilaian setiap video yang dipertandingkan akan dijalankan melalui 3 peringkat saringan seperti
berikut:

Saringan 1 – 3 video kreatif terbaik setiap kategori mewakili negeri akan dipilih untuk di bawa ke
peringkat separuh akhir.
Saringan 2 – 10 video kreatif terbaik setiap kategori akan dipilih untuk dibawa ke peringkat akhir.
Saringan 3 – 5 video kreatif terbaik setiap kategori akan dipilih sebagai pemenang.

Proses penjurian akan dijalankan oleh juri dan hakim yang berpengalaman serta profesional.
Segala keputusan hakim adalah muktamad.

7
13.0. HADIAH DAN PENCAPAIAN

13.1. Pemenang Acara Selawat bagi Kategori: L12, L18, P12, P18)

KEDUDUKAN HADIAH
JOHAN Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan
NAIB JOHAN Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan
KETIGA Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan
KEEMPAT Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan
KELIMA Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan

13.2. Pemenang Acara Takbir Raya bagi Kategori: L12 & L18

KEDUDUKAN HADIAH
JOHAN Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan
NAIB JOHAN Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan
KETIGA Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan
KEEMPAT Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan
KELIMA Sijil pencapaian dan 1 plak pasukan

14.0. PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI

Keputusan rasmi pertandingan GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR RAYA


REMAJA KEBANGSAAN 2024 ini akan diumumkan pada 16 Jun 2024 (Ahad) melalui
saluran media sosial Matchex iaitu Telegram, Facebook, Instagram dan Tiktok.

15.0. PENGIKTIRAFAN MARKAH PAJSK

Penganjur akan membuat permohonan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan


Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan Pengiktirafan
Markah PAJSK bagi pertandingan GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR RAYA
REMAJA KEBANGSAAN 2024 (KELAB DAN PERSATUAN).

Segala keputusan dan pertimbangan bagi mendapatkan pengiktirafan ini adalah tertakluk kepada
pihak BSKK Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peserta serta guru-guru
pembimbing/pengurus pasukan akan dimaklumkan setelah ianya mendapat kelulusan.

16.0. PAUTAN/LINK BAGI PENDAFTARAN PENYERTAAN

Sila imbas QR code seperti yang diberikan untuk mendapatkan maklumat seterusnya
serta keterangan yang lebih lengkap.

8
17.0. PENUTUP

Pertandingan GEMAAN IRAMA SELAWAT DAN TAKBIR RAYA REMAJA KEBANGSAAN


2024 secara dalam talian adalah merupakan satu anjakan paradigma dalam mencungkil kreativiti
murid-murid era IR 4.0 agar lebih kehadapan dalam pemikiran serta pendedahan bakat-bakat
yang selama ini terpendam dapat ditonjolkan. Program ini diharap akan dapat melibatkan
pelbagai kelab dan persatuan berorientasikan agama islam di sekolah secara menyeluruh kerana
ianya akan membangkitkan bekerjasama di antara guru dan murid dari peringkat rendah
sehinggalah ke peringkat menengah. Program ini juga bakal mewujudkan peluang penyertaan
merentas sempadan bandar dan luar bandar antara peserta di samping membantu meningkatkan
daya kreativiti dan inovasi dalam setiap diri peserta.

Pertandingan ini juga akan dapat mencabar kreativiti dan bakat murid serta peranan guru-guru
pembimbing/pengurus pasukan dalam merealisasikan anak-anak muda yang sentiasa
berselawat serta mencintai Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam setiap waktu.

TALIAN BANTUAN

012-2794611 – Hotline
WhatsApp/Telegram sahaja

Anda mungkin juga menyukai