Anda di halaman 1dari 5

SJK(T) LADANG RASAK

NO. 1A, JLN. METAFASA U16/1A, SEKSYEN U16


BUKIT SUBANG, 40160 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
KOD SEKOLAH : BBD 8466
______________________________________________________________________________

Kertas Kerja Pertandingan Badminton

Peringkat Sekolah

1.0 Pendahuluan/Pengenalan

Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal dilaksanakan
yang melibatkan murid-murid, dan warga SJKT Ladang Rasak. Program ini dijalankan
adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara murid dan menyemarakkan lagi
semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan ciri-ciri sahsiah
bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam
dalam diri murid. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk
semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini
dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan di kalangan
peserta. Sifat yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik kepada
generasi yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang
pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga dilihat
sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa tekanan
dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat
yang diperlukan untuk program ini.

2.0 Tajuk :

Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah.


3.0 Rasional/ Matlamat dan Objektif :

3.1 Rasional/ Matlamat :

Memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan murid


dan semua warga SJKT Ladang Rasak. Selain itu juga, aktiviti ini dapat
mengaplikasikan kemahiran asas dalam kalangan pelajar. Di samping itu, ia dapat
melahirkan sifat kepimpinan dan merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar.

3.2 Objektif :

Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat :

(a) melahirkan generasi murid yang mempunyai semangat kesukanan yang


kuat.

(b) mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga murid.


(c) melahirkan murid yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama,semangat

bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.

4.0 Tarikh dan tempat pertandingan

Tarikh : 17 JUN 2017

Tempat : Padang sekolah.

5.0 PENYERTAAN
5.1 semua murid tahap 2 SJK T Ladang Rasak.
6.0 Jawatankuasa Pertandingan

Penasihat : Cik.Monimolzhi (Guru Besar)


Penyeleras : Cik.M.Sadayamah
Setiausaha : Cik.Kalai Vani
AJK Peralatan dan Kebersihan : Pn.S.Munesvary
AJK Keselamatan : Pn.N.Yuvaneswari
Pengadil Pertandingan :
1. En.S.Govinthasamy
2. Cik.R.Mullaimalar
3.Cik.M.Suguna

7.0 Perbelanjaan

Tempat B.Sepak B.Jaring Jumlah seunit Jumlah


Johan 7 10 RM4.20×17 RM71.40
N.Johan 7 10 RM3.60×17 RM61.20
Ketiga 7 10 RM3.20×17 RM54.40
Sijil 22 30 Rm0.25×52 RM13.00
JUMLAH RM200.00
8.0 Penutup

Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati


segala objektif yang digariskan. Diharapkan semua pihak dapat memberi
kerjasama bagi menjayakan Pertandingan Badminton peringkat sekolah.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

...................................... ...............................................

(Cik.Kalai vani a/p Nadarajan ) (Cik.Monimolzhi)

Penyelaras Badminton. Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai