Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SAGU

25740 KUANTAN

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN NYANYIAN
ANTARA KELAB DAN PERSATUAN

ANJURAN :
KELAB SENI BUDAYA DAN PELANCONGAN
SMK BUKIT SAGU
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN
NYANYIAN
ANTARA KELAB DAN PERSATUAN

1.0 PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu pilihan
dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama masa kini dimana gejala
sosial berleluasa khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda untuk berfikir


secara lebih aktif kearah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam aktiviti
muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi.

Selain daripada itu, melalui muzik minat dan bakat pelajar dapat dicungkil serta
diketengahkan sekaligus dapat membina dan menyerapkan keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran hidup masa akan datang.

2.0 MATLAMAT
2.1 Membolehkan pelajar menguasai pelbagai kemahiran terutamanya dari aspek
peraturan dan disiplin dalam sesebuah persembahan serta keberkesanannya dalam
membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, kognitif, kreativiti dan inovatif.
2.2 Memberi pendedahan dan pengalaman serta mencungkil bakat kepimpinan
pelajar yang menganjurkan serta mengendalikan pertandingan ini untuk menjadi
pelajar yang matang dan holistik.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memperkembangkan bakat pelajar
3.2 Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi
3.3 Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik
3.4 Memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri
3.5 Alternatif kearah mengisi masa lapang secara positif

4.0 JENIS PERTANDINGAN


4.1 Pertandingan Nyanyian Solo

5.0 PENYERTAAN
5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan SMK Bukit Sagu.
5.2 Setiap Kelab dan Persatuan dialu-alukan untuk menghantar seorang wakil.
5.3 Setiap kelab dan persatuan yang ingin menghantar penyertaan perlu
membayar yuran penyertaan sebanyak RM2 sahaja
5.3 Had maksimum peserta dalam pertandingan ini adalah seramai 8 orang
sahaja.

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN


Tarikh : 28 MAC 2018 (Rabu)
Masa : 2:40 – 3:40 petang
Tempat : Dewan Khalid Al-Walid

7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA


Ahli Kelab Seni Budaya dan Pelancongan
(Rujuk Lampiran)

8.0 JENIS LAGU


8.1 Lagu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja
8.2 Lirik lagu yang dipilih hendaklah berunsur sihat dan positif

9.0 PERSEMBAHAN
9.1 Setiap peserta hanya mempersembahkan (1) sebuah lagu sahaja
9.2 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dari CD secara Minus One
atau karaoke.

10.0 MASA
10.1 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.

11.0 KRITERIA PEMARKAHAN


(i) Vokal (35%)
(ii) Gaya Persembahan (25%)
(iii) Kreativiti (25%)
(iv) Sebutan (15%)

12.0 JURI PERTANDINGAN


12.1 Juri pertandingan yang dilantik adalah dalam kalangan pihak pentadbir dan
guru-guru yang bukan merupakan guru penasihat bagi mana- mana kelab dan
persatuan.
12.2 Keputusan juri adalah muktamad.

13.0 PERBELANJAAN

Bil Kriteria Jumlah


Hadiah tempat pertama
1 RM 10.00
RM 10.00 X 1 orang
Hadiah tempat kedua dan ketiga
2 RM 10.00
RM 5.00 X 2 orang
3 Hadiah saguhati RM 10.00
RM 2.00 X 5 orang

Jumlah RM 30.00
14.0 HADIAH
14.1 Tempat Pertama : Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan
14.2 Tempat Kedua : Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan
14.3 Tempat Ketiga : Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan
14.4 Saguhati : Hadiah iringan dan Sijil penyertaan

15.0 PENUTUP
Dengan pelaksanaan program ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang
berkeyakinan, berani mencuba, kreatif serta menjadi warganegara yang seimbang dari serge
jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan matlamat negara dalam membangunkan
modal insan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………… ………………………………….
WAN NALIZA BINTI WAN JAAFAR MOHD ZAINUDDIN BIN MOHD NOOR
Guru Penasihat, GPK Kokurikulum,
Kelab Seni Budaya dan Pelancongan, SMK Bukit Sagu,
SMK Bukit Sagu, 25740 Kuantan.
25740 Kuantan.

Disahkan oleh,

…………………………
PN SHARIDA BINTI ABDUL LATIF
Pengetua,
SMK Bukit Sagu,
25740 Kuantan
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi : Puan Sharida binti Abdul Latif ( Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Encik Mohd Zainuddin bin Mohd Noor (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi : Encik Zarapi bin Mat Yacob (PK Pentadbiran)

: Encik Mohd Anuar bin Mohd Amin (PK HEM)

Bil Jawatankuasa Nama Huraian Tugas


1 Penyelaras MOHAMAD HASRUL AZHAR  Melantik ahli Kelab Seni Budaya
BIN ROSMAN dan Pelancongan sebagai ahli
jawatankuasa mengelola
pertandingan.
 Memastikan program yang
dirancang berjalan lancar
 Mengadakan mesyuarat
bersama jawatankuasa untuk
memastikan setiap AJK
menjalankan tugas sebaiknya.
2 Penolong NOOR MAISARAH  Membantu penyelaras untuk
Penyelaras BINTI memastikan program yang
SYARAPUDDIN dirancang berjalan lancar.
3 Setiausaha SITI AISYAH BINTI LAMRI  Membuat catatan dan laporan
program mengikut format (rujuk
guru)
4 Bendahari SYED MUHAMAD  Mengutip wang yuran pendaftaran
AIMAN FAIS SYED pertandingan dari AJK Publisiti
MOHD NAJIB dan serahkan kepada guru
penasihat.
 Menyimpan kunci kira-kira
5 Publisiti  Mewar-warkan tentang
pertandingan yang dianjurkan
kepada semua warga sekolah.
 Mengumumkan tentang
pertandingan di dataran
perhimpunan.
 Menampal poster pertandingan di
papan kenyataan Kelab Seni
Budaya dan Pelancongan
 Mengedarkan borang
penyertaan kepada peserta yang
berminat.
 Memastikan bilangan peserta
yang berminat tidak melebihi
dari 8 orang dan sekurang-
kuranya 6 peserta.
 Mengutip borang penyertaan
serta wang pendaftaran.
6 Penyelia peserta  Mengutip borang pendaftaran
peserta dari AJK Publisiti.
 Memastikan peserta yang
berdaftar hadir semasa hari
pertandingan.
 Pastikan nama peserta serta no
kad pengenalan peserta adalah
betul.
 Menguruskan cabutan undi giliran
peserta membuat persembahan.
 Menyediakan kad nama bagi
peserta.

7 Siaraya/peralatan  Menyediakan dan memasang


peralatan siaraya termasuk
mikrofon dan kerusi semasa
pertandingan berlangsung
 Memastikan minus one yang akan
digunakan oleh peserta
pertandingan sudah siap tersusun
mengikut giliran.
8 Jemaah Hakim  Mengurus perlantikan hakim-
hakim semasa pertandingan.
 Melantik penjaga masa, pengutip
markah dan juru kira.
 Menyediakan semua keperluan
penghakiman seperti borang
penghakiman dan lain-lain.
 Memastikan kelancaran
penghakiman.
9 Fotografi  Mengambil gambar sepanjang
program
10 Hadiah dan Sijil  Berhubung dengan guru untuk
memastikan bilangan hadiah yang
perlu disediakan berdasarkan
bilangan peserta pertandingan.
 Menyediakan sijil penyertaan
kepada semua peserta.

11 Persiapan Dewan  Mengambil kunci dewan serta


memastikan dewan dibuka
tepat pada waktu.
 Menyusun kerusi secukupnya
untuk tetamu kehormat dan
guru-guru.
 Menyediakan tempat duduk
untuk penonton.
 Mengemas dewan sebaik
sahaja tamat pertandingan.
12 Juru Acara  Menyediakan skrip untuk
acara/ pertandingan termasuk
memastikan penggunaan
terasul yang betul.
 Mengacara dari awal hingga ke
akhir majlis.
 Lain-lain urusan yang
bersangkut paut dengan juru
acara.
13 Kawalan Murid  Menjaga dan mengawal disiplin
pelajar yang hadir sebagai
penonton.
 Memastikan pelajar tidak
keluar dari dewan semasa
berlangsungnya bertandingan.

Anda mungkin juga menyukai