Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) PHOOI WAH

JELAI, BATU KURAU

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN NYANYIAN

TARIKH : 28 SEPTEMBER 2022


MASA : 10.20 – 12.50 PETANG
TEMPAT : BILIK DARJAH TAHUN 2
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN
NYANYIAN

1.0 PENDAHULUAN

Muzik berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda untuk berfikir


secara lebih aktif kearah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam aktiviti
muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi.

Selain daripada itu, melalui muzik minat dan bakat pelajar dapat dicungkil serta
diketengahkan sekaligus dapat membina dan menyerapkan keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran hidup masa akan datang.

2.0 MATLAMAT

2.1 Membolehkan pelajar menguasai pelbagai kemahiran terutamanya dari aspek


peraturan dan disiplin dalam sesebuah persembahan serta keberkesanannya dalam
membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, kognitif, kreativiti dan inovatif.

2.2 Memberi pendedahan dan pengalaman serta mencungkil bakat kepimpinan


pelajar yang menganjurkan serta mengendalikan pertandingan ini untuk menjadi
pelajar yang matang dan holistik.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkembangkan bakat pelajar


3.2 Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi
3.3 Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik
3.4 Memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri
3.5 Alternatif kearah mengisi masa lapang secara positif

4.0 JENIS PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan Nyanyian Solo

5.0 PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap 1 dan Tahap 2.

5.2 Setiap murid menyanyi satu lagu Bahasa Cina.


6.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Tarikh : 28 SEPTEMBER 2022 (Rabu)


Masa : 10:20 – 12:50 petang
Tempat : Bilik Darjah Tahun 2

7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Guru-guru SJKC Phooi Wah


(Rujuk Lampiran)

8.0 JENIS LAGU

8.1 Lagu Bahasa Cina sahaja


8.2 Lirik lagu yang dipilih hendaklah berunsur sihat dan positif

9.0 PERSEMBAHAN

9.1 Setiap peserta hanya mempersembahkan (1) sebuah lagu sahaja


9.2 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dari CD secara Minus One
atau karaoke.

10.0 MASA

10.1 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.

11.0 KRITERIA PEMARKAHAN

(i) Vokal (35%)


(ii) Gaya Persembahan (25%)
(iii) Kreativiti (25%)
(iv) Sebutan (15%)

12.0 JURI PERTANDINGAN

12.1 Juri pertandingan yang dilantik adalah dalam kalangan pihak pentadbir dan
guru-guru yang bukan merupakan guru muzik bagi murid-murid berkenaan.
12.2 Keputusan juri adalah muktamad.
13.0 PERBELANJAAN

Bil Kriteria Jumlah


Hadiah tempat pertama
1 RM 48.00
RM 8.00 X 6 orang
Hadiah tempat kedua
2 RM 30.00
RM 5.00 X 6 orang
3 Hadiah tempat ketiga
RM 24.00
RM 4.00 X 6 orang
14. 0
JUMLAH RM 102 .00
HADIAH
14.0 Tempat Pertama : Hadiah Iringan
14.1 Tempat Kedua : Hadiah Iringan
14.2 Tempat Ketiga : Hadiah Iringan

15.0 PENUTUP
Dengan pelaksanaan program ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang
berkeyakinan, berani mencuba, kreatif serta menjadi warganegara yang seimbang dari serge
jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan matlamat negara dalam membangunkan
modal insan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Disediakan oleh,

…………………………………………

TAN ROU JUN


KETUA PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
SJK((C) PHOOI WAH

Disahkan oleh,

…………………………………………
LAU PEIR SOON
GURU BESAR
SJK(C) PHOOI WAH
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi : Encik Laur Peir Soon ( Guru Besar )

Timbalan Pengerusi : Encik Ibrahim Bin Mohd Isa (GK Kokurikulum) Naib

Pengerusi : Puan Yong Wai Leng (GK Pentadbiran)

: Cik Law Pei Pei (GK HEM)

Bil Jawatankuasa Nama Huraian Tugas


1 Penyelaras LAUR PEIR SOON  Melantik ahli Kelab Seni Budaya dan
Pelancongan sebagai ahli
jawatankuasa mengelola
pertandingan.
 Memastikan program yang dirancang
berjalan lancar
 Mengadakan mesyuarat
bersama jawatankuasa untuk
memastikan setiap AJK
menjalankan tugas sebaiknya.
2 Penolong IBRAHIM BIN MOHD ISA  Membantu penyelaras untuk
Penyelaras memastikan program yang
dirancang berjalan lancar.
3 Setiausaha TAN ROU JUN  Membuat catatan dan laporan
program mengikut format
4 Bendahari CHUAH BEE HUI  Menyimpan kunci kira-kira

5 Penyelia peserta LAW PEI PEI  Mengutip borang pendaftaran


peserta.
 Memastikan peserta yang berdaftar
hadir semasa hari pertandingan.
 Pastikan nama peserta serta no kad
pengenalan peserta adalah betul.
 Menguruskan cabutan undi giliran
peserta membuat persembahan.

6 Siaraya/peralatan LIM WEI YAN  Menyediakan dan memasang


peralatan siaraya termasuk mikrofon
semasa pertandingan berlangsung.
 Memastikan minus one yang akan
digunakan oleh peserta pertandingan
sudah siap tersusun mengikut giliran.
7 Jemaah Hakim YONG WAI LENG  Mengurus perlantikan hakim-
hakim semasa pertandingan.
 Melantik penjaga masa, pengutip
markah dan juru kira.
 Menyediakan semua keperluan
penghakiman seperti borang
penghakiman dan lain-lain.
 Memastikan kelancaran
penghakiman.
8 Fotografi TEACHER NOOR NAJIHAH  Mengambil gambar sepanjang
program
9 Hadiah dan Sijil USTAZAH SITI NAFISHAH  Berhubung dengan guru untuk
memastikan bilangan hadiah yang
perlu disediakan berdasarkan
bilangan peserta pertandingan.
 Menyediakan sijil penyertaan
kepada semua peserta.

10 Persiapan Dewan CIKGU HIDAYAH  Mengambil kunci dewan serta


memastikan dewan dibuka
tepat pada waktu.
 Menyusun kerusi secukupnya
12 Juru Acara CHUAH BEE HUI /  Menyediakan skrip untuk
acara/ pertandingan termasuk
TAN ROU JUN memastikan penggunaan
terasul yang betul.
 Mengacara dari awal hingga ke
akhir majlis.
 Lain-lain urusan yang
bersangkut paut dengan juru
 acara.
13 Kawalan Murid YONG WAI LENG  Menjaga dan mengawal disiplin
pelajar yang hadir sebagai
penonton.
 Memastikan pelajar tidak
keluar dari dewan semasa
 berlangsungnya bertandingan.

Anda mungkin juga menyukai