Anda di halaman 1dari 5

UJIAN PRA DAN PASCA LCML 2022

NAMA:.. GABRIEL HARRIS MIDOT ………….


SEKOLAH:………SK JAONG…………………..
KOD KURSUS:…………………………………………...

1. Sebagai pemimpin pertengahan apa yang perlu anda lakukan sekiranya berlaku konflik
antara Guru Besar dan para guru?

I. Menyampaikan idea secara langsung


II. Menyampaikan maklumat dengan berhemah
III. Melunakkan komunikasi antara kedua-dua pihak
IV. Menggunakan autoriti yang ada dalam menyelesaikan konflik

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

2. Cikgu Aminah merupakan seorang Ketua Panitia Mata Pelajaran yang sangat komited
dengan tugasnya. Beliau sering membantu guru-guru baharu dan murid-murid dalam
menyediakan ruang dan peluang untuk penglibatan pengajaran-pembelajaran yang bermakna.
Situasi ini menunjukkan Cikgu Aminah memiliki kompetensi

A. Perkongsian ilmu
B. Pengurusan sosial
C. Kreativiti dan inovatif
D. Pembangunan Instruksional

3. Cikgu Ali merupakan seorang Ketua Panitia yang sangat komited terhadap pencapaian
muridnya, seorang yang berketerampilan dan mampu mewujudkan budaya cemerlang dalam
kalangan warga sekolah. Semua warga sekolah amat mengagumi dan ingin mengikuti cara beliau
bekerja. Menurut Cikgu Ali beliau sentiasa membuat refleksi diri dalam setiap tindakan yang
diambil oleh beliau. Hasil dari refleksi diri yang dilaksanakan, apakah moral imperatif yang telah
dihasilkan oleh Cikgu Ali?

A. Peningkatan Imej, legasi, sumbangan dan moral


B. Peningkatan Imej, legasi, sumbangan dan penambahbaikan
C. Peningkatan Imej, emosi, sumbangan dan penambahbaikan
D. Peningkatan Imej, legasi, persekitaran dan penambahbaikan

Ujian Pra Pasca LCML 1


4. Menurut Encik Ahmad sebagai seorang pemimpin pertengahan perlu memiliki kompetensi
pengurusan sosial. Kompetensi ini boleh membantu beliau untuk

A. Menyelesaikan masalah
B. Bekerja dalam kumpulan
C. Mencetus respon terbaik daripada orang lain
D. Menetapkan objektif, jadual kerja tanpa penyeliaan pihak atasan.

5. Sebagai pemimpin pertengahan saya perlu membina Pelan Pembangunan Kendiri


bertujuan untuk

I. Membantu orang lain


II. Memastikan cara komunikasi dengan baik
III. Memilih subordinat yang boleh bekerjasama
IV. Merancang masa depan pembangunan diri dan organisasi

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

6. Hasil daripada pemantauan oleh pihak PPD mendapati bahawa anda melaksanakan
tugas yang tidak menepati standard operasi prosedur (SOP). Antara berikut, apakah tindakan
terbaik yang perlu diambil supaya keadaan ini tidak berulang?

A. menyemak perancangan tahunan


B. mengeluarkan surat tunjuk sebab
C. merujuk surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan
D. membuat penandaarasan di sekolah berhampiran

7. Ketua anda kerap menegur kerana tugas yang anda lakukan tidak mengambil kira aspek
penting tetapi tidak segera, penting dan segera, serta masalah kawalan guru-guru di bawah
seliaan anda. Antara berikut, manakah yang perlu anda lakukan untuk memperbaiki keadaan ini.

I. Membuat justifikasi sesuatu tindakan


II. Mengambil maklum teguran ketua anda
III. Mewujudkan sistem pergerakan menerusi kumpulan WhatsApp
IV. Mengadakan mesyuarat dengan ahli pasukan anda secara berkala

A. I, II dan III sahaja


B. I, II, dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

Ujian Pra Pasca LCML 2


8. Sebagai seorang Ketua Panitia, Pn Chai sentiasa merujuk kepada profil guru-guru panitia,
laporan head count murid, perancangan panitia dan Rancangan Pengajaran Harian Guru
bertujuan untuk mensistesis maklumat panitia. Apakah tujuan beliau bertindak sedemikian?

I. Mengenal pasti isu


II. Memindahkan guru bermasalah
III. Merangka program penambahbaikan
IV. Menyelesaikan masalah peribadi guru

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja

9. Pemimpin pertengahan perlu bijak memainkan peranan sebagai penghubung antara


pihak pengurusan dengan para guru. Antara peranan yang boleh dilaksanakan ialah menjadi
pemudah cara , menyediakan pelbagai pilihan serta mendapatkan maklumat-maklumat sebelum
melaksanakan sesuatu tugasan. Sekiranya pemimpin pertengahan perlu melaksanakan tugasan
mereka secara berfokus, apakah peranan yang perlu mereka laksanakan?

I. Menjuarai alternatif
II. Melaksana Strategi
III. Mensintesis maklumat
IV. Memudah cara penyesuaian

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I dan IV sahaja

10. Laporan yang dibentangkan oleh ketua anda menunjukkan ramai ahli anda kurang
berfungsi, guru yang berkursus tidak melaksanakan perkongsian profesional, dan data-data di
bawah seliaan anda sukar diperoleh dalam masa yang ditetapkan. Antara tindakan berikut, yang
manakah sesuai untuk penambahbaikan anda?

I. mengadakan perkongsian profesional secara berkala


II. meminta bantuan ketua anda memantau ahli-ahli anda
III. menyediakan senarai semak untuk setiap jawatankuasa
IV. melaksanakan latihan dalam perkhidmatan mengikut keperluan ahli

A. I,II dan III sahaja


B. I,III dan IV sahaja

Ujian Pra Pasca LCML 3


C. II,III dan IV sahaja
D. I,II,III dan IV

11. Guru-guru di bawah seliaan Cikgu Kamal terdiri daripada pelbagai latar belakang dan
kemahiran. Antara berikut, tindakan yang manakah dapat membina pasukan kerja yang baik?

A. Menerima semua ahli tanpa syarat


B. Menghormati guru yang cemerlang
C. Melaksanakan tindakan penambahbaikan
D. Melaksanakan kursus dalam perkhidmatan

12. Guru-guru di bawah seliaan Cikgu Ramasami kerap datang lewat dan ramai murid
mengadu bahawa mereka tidak suka guru berkenaan mengajar di kelas mereka. Antara berikut,
apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Cikgu Ramasami untuk membuat penambahbaikan?

I. melaksanakan learning walk


II. menukarkan guru ke kelas lain
III menyemak rekod kehadiran guru
IV menyemak buku rekod mengajar guru

A. I,II dan III sahaja


B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I,II,III dan IV

13. Prestasi mata pelajaran di bawah seliaan anda sentiasa berada dalam kumpulan yang
tidak cemerlang pada setiap kali peperiksaan awam diumumkan. Bagaimanakah anda dapat
menangani masalah ini?

I menyemak rekod kehadiran murid


II menganalisis sumbangan komuniti
III menyemak profil guru mata pelajaran
IV menganalisis keputusan peperiksaan awam

A. I,II dan III sahaja


B. I,II dan IV sahaja
C. I,III dan IV sahaja
D. I,II,III dan IV

14. Semua guru di bawah seliaan Cikgu Teoh amat seronok bertugas dengan beliau, Antara
tindakan yang berikut, yang manakah membantu Cikgu Teoh mewujudkan situasi ini?

Ujian Pra Pasca LCML 4


I. Meminta guru berkongsi amalan terbaik
II. Membudayakan Komuniti Pembelajaran Profesional
II. Memberi pujian kepada ahli yang mencapai kejayaan
IV. Mengagihkan tugasan tambahan kepada guru yang cemerlang

A. I,II dan III sahaja


B. I,II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I, II,III dan IV

15. Cikgu Dayang menerima seorang cikgu baharu dalam mata pelajaran yang diselianya.
Antara tindakan berikut, yang manakah dapat membantu Cikgu Dayang mengenal pasti
keupayaan cikgu berkenaan dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan?

A. Menyemak sijil akademik guru


B. Menyemak rekod kehadiran guru
C. Melaksanakan instructional round
D. Menyemak latihan yang pernah diikuti

Ujian Pra Pasca LCML 5

Anda mungkin juga menyukai