Anda di halaman 1dari 3

SGDA4103 Ethics and Teaching Professionalisme

KUIZ
Hari/Tarikh: JUMAAT
Masa: 8.15 – 10.15 pagi (2 jam)
Kumpulan: A
______________________________

Nama: NUR HUSNINA BINTI CHE ABD HALIM

No. Matrik: 273305

Arahan:
• Kuiz ini mempunyai SEMBILAN (9) soalan. Jawab SEMUA soalan.
• Tulis jawapan anda di ruangan yang disediakan.
• Hantarkan jawapan anda melalui UUM online learning.
• Masa yang diberikan untuk anda menyiapkan dan menghantar jawapan ialah
2 jam.

1. Jelaskan maksud ‘Etika’ dalam profession keguruan.

Etika keguruan merupakan prinsip moral dan nilai akhlak yang seharusnya menjadi
pegangaan dan amalan guru di Malaysia bagi memastikan profesioan keguruan
sebagai kerjaya professional serta dipandang mulia oleh masyarakat. Guru juga
dapat menjalankan tugas dengan baik dan dapat menjadi ‘role model’ kepada
masyarakat.
(4 markah)

2. Senaraikan ENAM (6) daripada 7 peraturan mengajar (7 Rules of Teaching).


i) Guru perlu mengetahui bahan mengajar yang perlu digunakan.
ii) Pelajar berminat dengan subjek atau pelajaran yang diajar.
iii) Bahasa yang digunakan dalam bilik darjah mestilah bahasa yang sama.
iv) Guru mesti mengajar sesuatu mata pelajaran dengan mengaitkannya dengan
pengetahuan yang telah difahami oleh pelajar
v) Pengajaran adalah menyeronokkan dan menggunakan minda pelajar untuk
memahami atau menguasai konsep atau seni baharu.
vi) Belajar adalah membentuk tabiat.
(6 markah)

3. Nyatakan LIMA (5) cara untuk menzahirkan konsep guru penyayang.


i) Guru mengalu-alukan kehadiran pelajar ke sekolah
SGDA4103 Ethics and Teaching Professionalisme

ii) Guru mengadakan program mentor-mentee bersama pelajar supaya dapat


mengenali pelajar dengan lebih dekat.
iii) Guru memberikan penghargaan kepada pelajar supaya pelajar akan rasa
dihargai.
iv) Guru mengambil berat tentang kebajikan dan keperluan pelajar.
v) Guru menghormati pelajar dan membimbing pelajar untuk menjadi lebih baik.
(5 markah)

4. Berikan EMPAT(4) perkataan untuk menggambarkan ciri-ciri guru yang profesional


i) Bertanggungjawab
ii) Menghormati
iii) Bijak dalam berkomunikasi
iv) Sentiasa mencintai ilmu
(4 markah)

5. Nyatakan secara ringkas DUA (2) cara bagaimana seseorang guru boleh membantu
menaikkan martabat profesionalisme keguruan di mata masyarakat dan komuniti luar
i) Mengamalkan nilai kasih sayang sama ada di dalam mahupun diluar sekolah,
dengan cara memberikan perhatian dalam setiap perkara yang dihadapi oleh
pelajar.
ii) Menunjukkan contoh yang baik dari segi tingkah laku ketika berada di luar
sekolah supaya masyarakat lebih menghormati dan menghargai
profesionalisme keguruan itu.
(4 markah)

6. Nyatakan secara ringkas DUA (2) cabaran atau halangan yang dihadapi oleh guru
dalam memartabatkan profesionalisme keguruan
i) Pengaruh media massa yang membuat seseorang guru lupa tentang etika
sebagai seorang guru kerana terlalu ingin mengikuti ‘trending’ semasa
ii) Sikap seorang guru yang hanya menganggap tanggungjawab mereka hanya
mengajar dan tidak dapat mempraktikkan sikap yang baik dalam diri mereka
dan tidak mengambil tahu tentang standard dan etika keguruan.
(4 markah)

7. Huraikan secara ringkas EMPAT (4) elemen utama dalam dalam Tatacara Profesion
Keguruan.
i) Guru sentisa meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa tentang
tren dna perkembangan Pendidikan terkini.
ii) Memgokuskan perkembangan potensi pelajar
iii) Melibatkan komuniti untuk membantu pembelajaran murid.
iv) Mengamalkan peningkatan dan refleksi kendiri.
(4 markah)
SGDA4103 Ethics and Teaching Professionalisme

8. Nyatakan secara ringkas bagaimana LIMA (5) peraturan dalam Peraturan-peraturan


Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan 2002) dapat
meningkatkan tahap profesionalisme guru.
i) Dapat menjadi panduan kepada guru dalam memastikan etika keguruan
dapat dijaga sebaik mungkin.
ii) Sebagai amaran dan peraturan kepada guru supaya tidak membuat sesuatu
perkara yang dapat mencemarkan nama baik sebagi seorang guru.
iii) Dapat membantu meningkatkan etika dan sikap seorang guru dalam
menjalankan tugas mereka.
iv) Membantu guru dalam menjadi seorang guru yang sentiasa mematuhi
undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
v) Menjadikan guru untuk lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan
yang melibatkan kredibiliti mereka sebagai seorang guru.
(5 markah)

9. Senarai dibawah merupakan kesalahan-kesalahan yang boleh dkenakan tindakan


mengikut Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
(Pindaan 2002). Nyatakan bahagian di dalam akta yang digunapakai bagi kesalahan
terbabit:

(a) Menerima dan memberi rasuah

Bahagian II, 8 (1)

(b) Membelakangkan tugas am demi kepentingan peribadi

Bahagian II, 4 (2)(a)

(c) Berkelakuan yang boleh memburukkan nama perkhidmatan awam

Bahagian II, 4 (2) (d)


(d) Tidak cekap, tiada pengetahuan dan tidak berusaha untuk memperbaiki diri

Bahagian II, 4 (2) (e)

(e) Sibuk berpolitik serta berkempen untuk parti politik di sekolah

Bahagian II, 21(1)


(10 markah)

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai