Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Educational Resources and Technology Division
Persiaran Bukit Kiara Tel: 603-2081 7777
50604 KUALA LUMPUR Faks: 603-2081 7788
MALAYSIA Laman Web: www.moe.gov.my

Ruj. Kami : KPM.600-12/1/1 JLD 19 ( 44 )


Tarikh : 3 Jun 2022
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri

(u.p: Ketua Penolong Pengarah


Sektor Sumber dan
Teknologi Pendidikan)
Teknologi Pendidikan)

Tuan,

PERTANDINGAN MINECRAFT CHALLENGE: EDUCATION EDITION 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor selaku tuan
rumah akan melaksanakan Pertandingan Minecraft Challenge: Education Edition 2022. Objektif pertandingan
ini adalah untuk menyediakan murid yang berkemahiran menggunakan coding atau kod arahan dalam bahasa
pengaturcaraan, memberi pengalaman dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda
kritis dan kreatif serta unik seterusnya melahirkan murid yang fasih digital.

3. Pertandingan ini akan bermula pada 15 Jun sehingga 31 Julai 2022. Untuk tujuan tersebut satu sesi
taklimat dan pelancaran akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh: 15 Jun 2022 (Rabu)


Masa: 3.00 – 4.30 petang
Pautan: https://aka.ms/MEEeventlaunch

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak tuan agar dapat
memanjangkan maklumat berkaitan pertandingan ini kepada semua sekolah di bawah tadbir urus pihak tuan.
Maklumat lanjut, mengenai pertandingan ini boleh diakses melalui portal DELIMa KPM atau melalui pautan /
kod QR di bawah dan klik Minecraft:

https://bit.ly/PEMERKASAANDIGITAL

5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak tuan dimohon menghubungi urus setia pertandingan
daripada JPN Johor, En. Yu Kok Hui di talian 07 5581893. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan
pertandingan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID)


Timbalan Pengarah
b.p Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
SYA/Minecraft2022

_______________________________________________“Peneraju Generasi Digital”________________________________________________


KPM.600-12/1/1 JLD 19 ( 44 )

SENARAI EDARAN

1. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

2. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

3. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

4. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

5. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

6. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

7. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

8. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

9. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

10. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

11. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

12. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

13. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

14. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

15. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

16. Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan WP Labuan

_______________________________________________“Peneraju Generasi Digital”________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai