Anda di halaman 1dari 5

\

KOLEJ VOKASIONAL MATANG


KM 14, JALAN MATANG
93050 KUCHING,
SARAWAK

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA

TARIKH CADANGAN :
21-27 DISEMBER 2020

MASA :
(21-25 DISEMBER) - 7:00 PM - 10:00PM
(26-27 DISEMBER) - 3:00PM - 10:00PM

TEMPAT :
STADIUM TERTUTUP MBKS KUCHING

ANJURAN :
KELAB BOLA TAMPAR KOLEJ VOKASIONAL MATANG

ANJURAN BERSAMA :
PERSATUAN BOLA TAMPAR KUCHING DAN
PERSATUAN PENGADIL-PENGADIL KUCHING
1.0 TAJUK
Pertandingan Bola Tampar Terbuka

2.0 PENDAHULUAN

Pengelolaan dan pengurusan pertandingan bola tampar merupakan salah satu


aktiviti yang wajib dilakukan setiap tahun dalam peraturan kelab bola tampar
yang telah didaftar. Pertandingan bola tampar ini diadakan adalah untuk
mengeratkan silaturrahim antara pemain-pemain seluruh daerah Kuching,
Samarahan, Serian dan kawasan yang berhampiran. Dengan ini, bakat yang ada
dapat dicungkil dengan lebih luas.

3.0 RASIONAL
Pengurusan dan pengelolaan ini diadakan untuk memenuhi aktiviti yang diberikan
oleh Majlis Sukan Negara kepada semua kelab yang didaftarkan. Melalui
pertandingan ini, ahli-ahli kelab dan juga ajk-ajk yang mengikut akan mendapat
pengalaman, pengetahuan dalam mengurus, mengendali, mentadbir dan melibatkan
diri dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan dengan cemerlang. Selain itu,
mereka juga mendapat ilmu yang sangat berguna pada masa akan datang.

4.0 OBJEKTIF
Pengelolaan pertandingan bola tampar ini diharapkan dapat mencapai objektif
berikut :
4.1 menjelaskan serta berkebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan
dengan penuh keyakinan berkaitan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan
pengurusan aktiviti-aktiviti kokurikulum di luar kolej di samping kebolehan
merangsang peluang-peluang menjana pendapatan.
4.2 Mengaplikasi kemahiran mencari dana dan mengurus maklumat yang relevan dari
pelbagai untuk merancang, mengurus dan melaksana berdasarkan integrasi TKM
serta berkebolehan mencari idea dan penyelesaian alternatif peranan silih berganti
antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan dalam perancangan aktiviti dan
pelakasanaan projek
4.3 Mempaerkan nilai dari etika profesionalisme semasa pengelolaan dan pelaksanaan
serta mampu memimpin aktiviti kokurikulum.
4.4 Bertujuan agar pelajar mendapat pengetahuan, menguasai kemahiran serta
memperkembangkan ilmu dalam pengurusan kokurikulum. Mempamerkan
pemikiran kritis dalam penyelesaian masalah, bekerjasama sebagai satu pasukan
mengamalkan etika dalam pengurusan.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERLAKSANAAN


Butiran aktiviti adalah seperti berikut :
Tarikh : 21-27 Disemeber 2020
Hari : Isnin - Ahad
Masa : 21-25 Disember - 7:00pm - 10:00pm
26-27 Disember - 3:00pm - 10:00pm
Tempat pelaksanaan : Stadium Tertutup MBKS, Kuching, Sarawak

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pemain kelab dan pasukan Bola Tampar sekitar Kuching, Serian,
Samarahan dan seluruh Sarawak.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran I

8.0 SUMBER KEWANGAN


8.1 Yuran pertandingan yang dikutip setiap kelab atau pasukan yang berdaftar
sebanyak RM200.00
8.2 Peruntukan yang diberi oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak sebanyak RM5,000
8.3 Permohonan tajaan daripada F&N
8.4 Permohonan tajaan daripada PIBG Kolej Vokasional Matang sebanyak RM 1,500
8.5 Peruntukan diberi oleh Persatuan Bola Tampar Kuching sebanyak RM 3,000
9.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Jawatankuasa Induk
Penaung : Tuan Haji Mohamad Sahran bin Haji Amin
(Pengarah Kolej Vokasional Matang)
: Dato’ Sim Moh
(Pengerusi Persatuan Bola Tampar Kuching)

Pengerusi : Muhammad Aminuddin Bin Malek


Setiausaha :’Ain Azlia Azah binti Ladis
Penasihat : Mohd Nazhan bin Abdul Majid

Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi : Emmanuel Joan anak Januarius
Naib Pengerusi : Muhammad Iqbal Dzikri bin Jemat
Setiausaha : Liza Rolia anak Gerynine
Bendahari : Olivia anak Kippen
AJK Pengadil : Encik Chiew Soon Nguong
AJK Peralatan dan Tempat : Mohammad Shafiq
AJK Keselamatan dan Kebersihan : George anak Tiong
AJK Fotografi : Muhammad Ainul Izzuddin Bin Hamsah
AJK Hadiah : Alicia Petrus Walter

10.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Rujuk Lampiran II

11.0 HAKIM & PENGADIL PERTANDINGAN


Semua pengadil dari Persatuan Pengadil-Pengadil Kuching

12.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran IV

13.0 BORANG PERTANDINGAN


Rujuk Lampiran III
14.0 PENUTUP
Dengan mengadakan Pertandingan Bola Tampar ini, diharapkan dapat membantu
meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar yang mengendali dan
menjadi pembantu serta AJK dalam program ini dilaksanakan. Selain itu,
pertandingan ini iaitu banyak membawa manfaat selaras dengan obejktif
pertandingan ini iaitu mengeratkan perhubungan sesama pemain sama ada di
dalam mahupun diluar Kuching. Ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara
kaum dengan kaum yang lain. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi
daripada pengelolaan dan pengurusan bol tampar ini dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian terutamanya dalam profesion pengendalian sesuatu program.
Diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama bagi menjayakan pertandingan.

Disediakan Oleh;

….………………………………
(Muhd Aminuddin bin Malek)
Pengarah Program
Pertandingan Bola Tampar Terbuka
Kolej Vokasional Matang

Disemak Oleh ;

….……………………………
(En. Thomas anak Reddy)
Pensyarah Pembimbing

Anda mungkin juga menyukai