Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ALAUDDIN

FELDA BUKIT BESAR, GUGUSAN TAIB ANDAK


81450 KULAI
JOHOR

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI PEMBIAYAAN


PEMBANGUNAN ATLET PASUKAN OLAHRAGA
SMK SULTAN ALAUDDIN

DISEDIAKAN OLEH :
NURULHUDA BINTI RAZALI
SETIAUSAHA SUKAN & JURULATIH PASUKAN OLAHRAGA
SMK SULTAN ALAUDDIN
1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon sumbangan kewangan dari Yang Berhormat, bagi
pembiayaan pembangunan atlet Pasukan Olahraga SMK Sultan Alauddin 2022

2.0 LATAR BELAKANG

Pasukan Olahraga sekolah ini telah ditubuhkan untuk mewakili sekolah pada Kejohanan Olahraga
peringkat Daerah Kulai. Atlet-atlet dipilih berdasarkan pencapaian semasa Kejohanan Olahraga
peringkat sekolah. Pada tahun ini, atlet yang terlibat dalam pasukan ini ialah seramai 40 orang
yang terdiri daripada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pasukan ini mempunyai potensi
untuk memberi saingan kepada pasukan-pasukan gergasi dari sekolah lain. Pada tahun 2020,
pasukan ini berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa.
Walaupun pasukan ini adalah pasukan yang kerdil dan bukan pilihan, tetapi atas dasar semangat
kesukanan dan latihan intensif yang diberikan oleh jurulatih, ia mampu memberi saingan kepada
pasukan lain. Namun, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh pasukan kami untuk
menjalankan latihan intensif seperti kekurangan peralatan yang sesuai atas faktor tiada peruntukan
yang mencukupi. Selain itu, pasukan ini juga memerlukan perbelanjaan dari sudut duit wang saku
pada hari kejohanan dan kos membawa atlet ke lokasi kejohanan. Atas faktor-faktor yang
dinyatakan, pihak pengurusan dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan bagi
menampung kos pasukan olahraga sekolah yang berpotensi untuk pergi jauh.

Walaupun pada awalnya serba kekurangan dengan kebanyakkan dari mereka berlari menggunakan
kaki ayam dan kasut sekolah, namun mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu berjaya.

Target pasukan ini adalah untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang atlet mewakili daerah
ke peringkat negeri pada tahun mendatang. Berdasarkan reputasi dan pencapaian sebelumnya cita-
cita ini mampu tercapai dengan pembangunan atlet yang berkesan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan pasukan olahraga yang mantap dan berdaya saing.
3.2 Menarik minat lebih ramai murid untuk menyertai pasukan olahraga supaya lebih
banyak bakat yang dapat dicungkil.
3.3 Dapat mewujudkan “sekolah berwatak” melalui pasukan olahraga ini.
3.4 Pasukan olahraga mempunyai kelengkapan sendiri seperti pakaian yang sesuai
sewaktu berlari.
3.5 Mempunyai wakil di peringkat negeri/kebangsaan untuk lima tahun mendatang.

4.0 RASIONAL
4.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar sekolah yang meminati bidang sukan
4.2 Melalui aktiviti pasukan olahraga ini pastinya dapat mendisplinkan pelajar disamping
memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang
akedamik.
4.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti menyertai
pertandingan di peringkat bahagian, negeri malah di peringkat kebangsaan, menyertai
kejohanan olahrga sekolah dan kejohanan terbuka di luar.
4.4 Segala kemudahan dan kelengkapan pasukan olahraga juga boleh digunakan oleh
pasukan merentas desa sekolah dan untuk jangka masa panjang.

5.0 PERANCANGAN
5.1 Mewujudkan sebuah pasukan olahraga yang mempunyai ahli sekurang-kurangnya 20
orang ahli termasuk pelapis.
5.2 Mewujudkan ‘Sekolah Berwatak’ melalui ‘Olahraga’.
5.3 Menghasilkan sebuah pasukan olahraga yang mantap sekurang-kurangnya mendapat
tempat yang terbaik dalam pertandingan.
5.4 Menyediakan atlet pelapis untuk dihantar ke kejohanan besar.
5.5 Menyertai mana-mana jemputan kejohanan yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah lain.
5.6 Menghantar atlet ke peringkat kebangsaan.
6.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN
Bil Perkara Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM)
1 Running Vest 15 30 450
2 Kasut Spike 10 80 800
3 Peralatan Latihan (Mini 1 set 300 300
Hurdle)
4 Alatan perubatan 1 200 200
5 Baju t-shirt 20 20 400
6 Makanan & Minuman Atlet 20 x 4 hari 12 960
(4 hari kejohanan)
JUMLAH BESAR 3110

7.0 PENUTUP
Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Sesungguhnya
bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan membantu pasukan olahraga sekolah memberi satu
hasil yang diharapkan, disamping memberi peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk
menyertai aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Harapan kami juga, dengan adanya bantuan ini, pasukan olahraga akan muncul
sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat kebangsaan dengan membawa nama
sekolah khususnya. Malah dengan pembangunan berterusan dalam melahirkan atlet olahraga dapat
menjadikan SMK Sultan Alauddin sebuah sekolah yang di geruni oleh pihak lawan.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………… ……………………………… …………………………

(NurulHuda bt Razali) (Mohd Fuad bin Sahar) (Anim bt Mohamed Jaib)


Jurulatih Pasukan Olahraga GPK Kokurikulum Pengetua
SMK Sultan Alauddin, SMK Sultan Alauddin SMK Sultan Alauddin,
Kulai, Johor Kulai, Johor Kulai, Johor

Anda mungkin juga menyukai